Linzess

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Linzess Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Linzess?

Linzess® berfungsi dengan meningkatkan rembesan klorida dan air di dalam usus, yang dapat melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.

Linzess® adalah ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat sembelit kronik atau sindrom usus besar kronik (IBS) dalam kalangan orang dewasa yang mengalami sembelit sebagai gejala utama. Keselamatan dan keberkesanan Linzess® belum terbukti lagi dalam kalangan pesakit di bawah umur 18 tahun.

Bagaimanakah kegunaan Linzess?

Ambil Linzess® seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Ambil Linzess® pada waktu pagi dengan perut kosong, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan pagi anda.

Jangan menghancurkan, mengunyah, atau memecahkan kapsul Linzess®. Telan keseluruhan kapsul.

Sekiranya anda tidak boleh menelan keseluruhan kapsul, anda boleh membuka kapsul dan menaburkan ubat itu ke dalam sos epal atau air botol. Telan campuran tersebut dengan segera tanpa mengunyah. Jangan simpan untuk kegunaan kemudian.

Walaupun anda telah mengambil ubat ini dengan sos epal, tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan.

Sekiranya diperlukan, ubat dari kapsul Linzess® boleh diberikan melalui tiub nasogastrik (NG) atau tiub gastronomy.

Ia mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu sebelum gejala anda bertambah baik. Terus menggunakan ubat seperti yang diarahkan. Hubungi doktor anda jika gejala anda tidak bertambah baik, atau menjadi lebih teruk semasa menggunakan Linzess®.

Jauhkan ubat ini daripada jangkauan kanak-kanak. Linzess® boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk dan dehidrasi pada kanak-kanak yang sengaja menelan ubat ini. Dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika ini berlaku.

Simpanlah kapsul dalam bekas asalnya, bersama-sama dengan paket penyerap kelembapan yang datang bersama dengan ubat ini. Pastikan botol ditutup dengan ketat apabila tidak digunakan.

Bagaimana saya menyimpan Linzess?

Linzess® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Linzess®  di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Linzess® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Linzess®  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Linzess?

Sebelum mengambil Linzess®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Linzess® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai halangan dalam usus anda.

Linzess® tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun. Linaclotide boleh menyebabkan dehidrasi yang teruk pada kanak-kanak. Jangan berikan ubat ini kepada mana-mana kanak-kanak atau remaja tanpa nasihat doktor.

Adakah selamat untuk mengambil Linzess semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori C dalam risiko kehamilan, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti positif risiko
  • X = Tidak boleh sama sekali
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alahan terhadap Linzess®: gatal-gatal; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Berhenti menggunakan Linzess® dan hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Cirit-birit yang teruk atau berterusan
  • Cirit-birit dengan pening atau perasaan pusing (seperti anda mungkin pitam)
  • Tanda-tanda ketidakseimbangan elektrolit – kehausan atau air kencing yang meningkat , kekejangan kaki, perubahan mood, kekeliruan, rasa tidak stabil, degupan jantung yang tidak teratur, berdebar-debar di dada anda, kelemahan otot atau rasa letih
  • Kesakitan perut yang teruk
  • Najis hitam atau berdarah

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Angin
  • Kembung atau perasaan mengah dalam perut anda

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Linzess?

Linzess® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Linzess?

Linzess® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Linzess?

Linzess® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa Biasa untuk Sindrom usus besar kronik:

290 mcg secara oral sekali sehari.

Dos Dewasa Biasa untuk Sembelit:

145 mcg secara oral sekali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Linzess® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul, bersalut gelatin: linaclotide 145ug

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Linzess®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Rujukan