Lexapro

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Lexapro Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Lexapro?

Lexapro® biasanya digunakan untuk merawat kegelisahan dalam kalangan orang dewasa. Lexapro® juga digunakan untuk merawat gangguan kemurungan utama dalam kalangan orang dewasa dan remaja yang berumur sekurang-kurangnya 12 tahun.

Lexapro® boleh ditetapkan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Lexapro?

Ambil Lexapro® betul-betul seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikuti semua arahan pada label preskripsi anda.

Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Ambil Lexapro® melalui mulut dengan segelas air penuh, jangan mengunyah atau memecahkannya, telan keseluruhan tablet.

Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda jika ada sebarang pertanyaan mengenai cara pengambilan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan Lexapro?

Lexapro® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Lexapro®  di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Lexapro® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Lexapro®  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Lexapro?

Sebelum mengambil Lexapro®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Lexapro® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Lexapro semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori C dalam risiko kehamilan, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti positif risiko
  • X = Tidak boleh sama sekali
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Lexapro® boleh menyebabkan kesan sampingan yang berikut:

  • Cirit-birit
  • Mengantuk
  • Gangguan ejakulasi
  • Sakit kepala
  • Insomnia
  • Loya
  • Ejakulasi yang lewat
  • Anorgasmia
  • Sembelit
  • Pening
  • Dyspepsia
  • Keletihan
  • Mengurangkan libido
  • Diaphoresis (peluh berlebihan)
  • Xerostomia (mulut kering)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Lexapro?

Lexapro® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Sesetengah produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • Bupropion, ubat yang membantu merawat ketagihan nikotin
  • Ubat yang digunakan untuk merawat refluks asid dan ulser, seperti cimetidine, omeprazole, esomeprazole dan lansoprazole
  • Ubat yang diketahui memanjangkan tempoh pendarahan, cth; Aspirin atau ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDS)
  • Ticlopidine dan warfarin, ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah pembekuan darah
  • Mefloquine, ubat anti-malaria
  • Sumatriptan, digunakan untuk merawat migrain
  • Tramadol, digunakan untuk melegakan kesakitan
  • Ubat yang menjejaskan bahan kimia di dalam otak
  • Sesetengah ubat sakit jantung, cth; Flecainide, propafenone, metoprolol
  • Tryptophan, sejenis asid amino
  • Lithium, digunakan untuk merawat perubahan mood dan beberapa jenis kemurungan
  • Antipsikotik, kelas ubat yang digunakan untuk merawat keadaan mental dan emosi tertentu, cth; Risperidone, thioridazine dan haloperidol
  • Tricyclic antidepressant, cth; Imipramine, desipramine
  • St john’s wort (hypericum perforatum), sejenis ubat herba

Apa-apa ubat lain untuk kemurungan, keresahan, gangguan obsesif-kompulsif atau ‘pre-menstrual dysphoric disorder’

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Lexapro?

Lexapro® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Lexapro?

Lexapro® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Terutama sekali jika anda mempunyai:

  • Penyakit hati atau buah pinggang
  • Sawan atau epilepsi
  • Diabetes
  • Glaukoma dengan sudut sempit
  • Penyakit jantung
  • Gangguan bipolar (kemurungan maniak)
  • Sejarah penyalahgunaan dadah atau pemikiran bunuh diri

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang standard adalah 10 mg sehari. (Ini boleh ditingkatkan oleh doktor anda hingga 20 mg sehari).

Dos maksimum untuk pesakit tua ialah 10 mg sehari.

Pesakit dengan penyakit hati:

  • Dos awal 5 mg setiap hari untuk dua minggu pertama.
  • Doktor anda boleh meningkatkan dos sehingga 10 mg setiap hari.

Doktor anda mungkin akan menetapkan dos yang berbeza.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Lexapro® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Lexapro® 5 mg Tablet bersalut selaput
  • Lexapro® 10 mg Tablet bersalut selaput
  • Lexapro® 15 mg Tablet bersalut selaput
  • Lexapro® 20 mg Tablet bersalut selaput

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Lexapro® , sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut