Levofloxacin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Levofloxacin Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Levofloxacin?

Levofloxacin biasanya digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria. Levofloxacin tergolong dalam kelas ubat yang dipanggil antibiotik quinolone. Ia berfungsi dengan cara menghentikan pertumbuhan bakteria.

Ubat ini tidak akan berfungsi dalam jangkitan virus (seperti selsema, flu). Penggunaan yang tidak perlu atau penyalahgunaan antibiotik  boleh menyebabkan keberkesanan antibiotik menurun.

Bagaimanakah kegunaan Levofloxacin?

Pengambilan air yang banyak semasa anda mengambil Levofloxacin adalah disyorkan. Rujuk dengan doktor anda untuk arahan.

Levofloxacin biasanya diberikan melalui suntikan di pejabat, hospital, atau klinik doktor anda. Sekiranya anda menggunakan Levofloxacin di rumah, pembekal penjagaan kesihatan akan mengajar anda cara menggunakannya. Pastikan anda memahami cara penggunaan Levofloxacin. Ikuti prosedur yang diajar apabila anda menggunakan dosnya. Hubungi pembekal penjagaan kesihatan anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Jangan gunakan Levofloxacin jika ia mengandungi bendasing, keruh atau berubah warna, atau jika botol itu retak atau rosak.

Simpan produk ini, picagari serta jarum suntik, dari jangkauan kanak-kanak dan haiwan kesayangan. Jangan guna semula picagari, jarum suntik, atau bahan lain. Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda bagaimana untuk membuang bahan-bahan ini selepas digunakan. Ikuti semua peraturan di tempat anda untuk pelupusan.

Levofloxacin berfungsi dengan baik jika diambil pada masa yang sama setiap hari.

Untuk merawat sepenuhnya jangkitan anda, gunakan rawatan penuh Levofloxacin. Teruskan mengambilnya walaupun anda sudah berasa lebih baik dalam masa beberapa hari.

Bagaimana saya menyimpan Levofloxacin?

Levofloxacin paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Levofloxacin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Levofloxacin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Levofloxacin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Levofloxacin?

Sebelum mengambil Levofloxacin, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Levofloxacin atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sejarah cirit-birit yang teruk atau berterusan, sensitiviti kulit kepada matahari, kencing manis atau tahap gula dalam darah yang tinggi, tahap gula dalam darah yang rendah, paras potassium dalam darah yang rendah, sakit dada, angina, masalah jantung (contohnya, jantung yang membesar, kegagalan fungsi jantung), serangan jantung , degupan jantung yang tidak teratur, atau jika anda mempunyai ahli keluarga dengan sejarah degupan jantung yang tidak teratur (contohnya, pemanjangan QT).
  • Anda mempunyai jangkitan perut, masalah otak atau sistem saraf, myasthenia gravis, peningkatan tekanan dalam otak, masalah saluran darah otak, atau sejarah sawan.
  • Anda mempunyai sejarah masalah tulang, sendi, atau tendon;  rheumatoid arthritis; masalah hati; masalah buah pinggang atau kekurangan fungsi buah pinggang; myasthenia gravis; masalah saraf; atau pemindahan hati, buah pinggang, atau pemindahan paru-paru.
  • Anda mengambil bahagian dalam kerja atau latihan fizikal yang berat.
  • Anda mengambil apa-apa ubat yang boleh meningkatkan risiko serangan sawan. Semak dengan doktor atau ahli farmasi anda jika anda tidak pasti jika mana-mana ubat yang anda ambil boleh meningkatkan risiko serangan sawan.

Adakah selamat untuk mengambil Levofloxacin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori C dalam risiko kehamilan , menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti positif risiko
  • X = Tidak boleh sama sekali
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang kurang serius mungkin termasuk:

  • Cirit-birit yang ringan, sembelit, muntah
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Sakit kepala yang ringan atau pening
  • Gatal di bahagian faraj atau keluar lendir

Berhenti menggunakan Levofloxacin dan hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:

  • Kesakitan dada dan pening kepala yang teruk, pengsan, jantung berdegup cepat atau berdebar-debar
  • Kesakitan secara mendadak, bunyi ketukan atau patah, lebam, bengkak, kesakitan, kekakuan, atau kehilangan pergerakan di mana-mana bahagian sendi anda
  • Cirit-birit yang berair atau berdarah
  • Kekeliruan, halusinasi, kemurungan, terketar-ketar, rasa gelisah atau bimbang, pemikiran atau tingkah laku yang luar biasa, insomnia, mimpi buruk, sawan (kekejangan)
  • Sakit kepala yang teruk, berdering di telinga, mual, masalah penglihatan, sakit di belakang mata anda
  • Kulit pucat, demam, keletihan, mudah lebam atau berdarah
  • Mual, sakit perut di bahagian atas, gatal-gatal, kehilangan nafsu makan, air kencing berwarna gelap, najis berwarna cerah, jaundis (kuning kulit atau mata)
  • Air kencing kurang daripada kebiasaan atau tiada
  • Rasa sakit, kepedihan yang membakar, atau merasa kebas di tangan atau kaki anda
  • Tanda pertama untuk ruam kulit, tidak kira betapa ringan
  • Reaksi kulit yang teruk – demam, sakit tekak, bengkak di muka atau lidah anda, rasa pedih di mata anda, sakit kulit, diikuti dengan ruam kulit berwarna merah atau ungu yang merebak (terutamanya di muka atau bahagian atas badan) dan menyebabkan melepuh dan mengelupas

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alahan terhadap Levofloxacin: gatal-gatal; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Levofloxacin?

Levofloxacin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Antiarithmik (contohnya amiodarone, dofetilide, procainamide, quinidine, sotalol), arsenik, asenapine, bipridil, chloroquine, cisapride, citalopram, clozapine, crizotinib, dolasetron, droperidol, halofantrine, haloperidol, iloperidone, imidazole (contohnya fluconazole, ketoconazole) makrolid (contohnya erythromycin), maprotiline, methadone, nilotinib, ondansetron, paliperidone, pentamidine, phenothiazine (chlorpromazine), pimozide, quetiapine, romidepsin, tacrolimus, telithromycin, tetrabenazine, toremifene, tricyclic antidepressant  (cth; nortriptyline) inhibitor tyrosine kinase (cth; sunitinib), vandetanib, atau ziprasidone kerana risiko masalah jantung yang serius, termasuk denyutan jantung yang tidak teratur, boleh meningkat.
  • Insulin atau ubat kencing manis (cth; glyburide) kerana risiko gula dalam darah yang tinggi atau rendah dapat meningkat.
  • Kortikosteroid (cth; Prednison) kerana risiko masalah tendon boleh meningkat.
  • Antikoagulan (cth; Warfarin) kerana risiko pendarahan mungkin meningkat.
  • Ubat anti-radang nonsteroidal  (NSAIDs) (cth;, ibuprofen) atau theophylline kerana risiko kesan sampingan yang serius, termasuk sawan, mungkin meningkat

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Levofloxacin?

Levofloxacin mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Levofloxacin?

Levofloxacin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa Biasa untuk Pneumonia Nosokomial:

750 mg secara oral atau IV setiap 24 jam selama 7 hingga 14 hari.

Dos Dewasa biasa untuk radang paru-paru:

750 mg secara oral atau IV setiap 24 jam selama 5 hari.

Dos Dewasa Biasa untuk Sinusitis:

500 mg secara oral atau IV setiap 24 jam selama 10 hingga 14 hari atau 750 mg secara oral atau IV setiap 24 jam selama 5 hari.

Dos Dewasa Biasa untuk Bronkitis:

500 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 7 hari.

Dos Dewasa biasa untuk Kulit atau Jangkitan Tisu lembut:

Tiada komplikasi: 500 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 7 hingga 10 hari.
Komplikasi: 750 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 7 hingga 14 hari.

Dos Dewasa Biasa untuk Prostatitis:

500 mg secara oral atau IV setiap 24 jam selama 28 hari

Dos Dewasa Biasa untuk Jangkitan Saluran Kencing:

Dengan komplikasi:
Jangkitan disebabkan Enterococcus faecalis, Enterobacter cloacae, E coli, K. pneumoniae, Proteus mirabilis, atau Pseudomonas aeruginosa: 250 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 10 hari
Jangkitan disebabkan E coli, K pneumoniae, atau P mirabilis: 750 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 5 hari
Tiada komplikasi: 250 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 3 hari.

Dos Dewasa biasa untuk Pyelonephritis:
Akut:
Jangkitan disebabkan Escherichia coli: 250 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 10 hari
Jangkitan disebabkan E. coli (termasuk kes dengan jangkitan kuman dalam darah): 750 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 5 hari

Dos Dewasa Biasa untuk Cystitis:

250 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 3 hari

Dos Dewasa Biasa untuk Pencegahan Anthrax:

Pencegahan selepas terdedah kepada sedutan Bacillus anthracis: 500 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 60 hari selepas pendedahan.

Dos dewasa biasa untuk wabak:

Untuk rawatan wabak (termasuk wabak pneumonik dan septisemik) dan pencegahan untuk wabak: 500 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 10 hingga 14 hari

Pemberian ubat harus bermula secepat mungkin selepas disyaki atau disahkan terdedah kepada Yersinia pestis. Dos yang lebih tinggi (750 mg secara oral atau IV sekali sehari) boleh digunakan untuk rawatan wabak jika terbukti secara klinikal.

Dos Dewasa Biasa untuk Pencegahan Wabak:

Untuk rawatan wabak (termasuk wabak pneumonik dan septisemik) dan pencegahan untuk wabak: 500 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 10 hingga 14 hari. Pemberian ubat harus bermula secepat mungkin selepas disyaki atau disahkan terdedah kepada Yersinia pestis. Dos yang lebih tinggi (750 mg secara oral atau IV sekali sehari) boleh digunakan untuk rawatan wabak jika terbukti secara klinikal.

Dos Dewasa Biasa untuk Penyedutan Bacillus anthracis:

Rawatan mangsa bencana: 500 mg secara oral atau IV sekali sehari selama 60 hari.

Dos Dewasa Biasa untuk Tuberkulosis – Aktif:

500 hingga 1000 mg secara oral atau IV sekali sehari.

Dos Dewasa Biasa untuk Urethritis Non-gonokokal:

Cadangan CDC: 500 mg secara oral sekali sehari selama 7 hari.

Dos Dewasa Biasa untuk Jangkitan Chlamydia:

Cadangan CDC: 500 mg secara oral sekali sehari selama 7 hari.

Dos Dewasa Biasa untuk Penyakit Radang Pelvik:

PID akut yang ringan hingga sederhana teruk: 500 mg secara oral sekali sehari selama 14 hari.

Dos Dewasa Biasa untuk Epididymitis – Transmisi Seksual:

Cadangan CDC: 500 mg secara oral sekali sehari selama 10 hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa untuk Pencegahan Anthrax:

Pencegahan selepas terdedah kepada sedutan anthracis B:

6 bulan atau lebih:

Kurang daripada 50 kg: 8 mg / kg secara oral atau IV setiap 12 jam selama 60 hari; tidak melebihi 250 mg untuk setiap dos

50 kg atau lebih: 500 mg secara oral atau IV setiap 24 jam selama 60 hari.

Dos Pediatrik Biasa untuk Wabak:

Untuk rawatan wabak (termasuk wabak pneumonik dan septisemik) dan pencegahan untuk wabak:

Dos Pediatrik Biasa untuk Pencegahan Wabak:

Untuk rawatan wabak (termasuk wabak pneumonik dan septikemik) dan profilaksis untuk wabak:

6 bulan atau lebih:

Kurang daripada 50 kg: 8 mg / kg secara oral atau IV setiap 12 jam selama 10 hingga 14 hari; tidak melebihi 250 mg untuk setiap dos.

50 kg atau lebih: 500 mg secara oral atau IV setiap 24 jam selama 10 hingga 14 hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Levofloxacin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Solusi, Oral: 25 mg/mL.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Levofloxacin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Jun 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.