Lasix

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Lasix Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Lasix?

Lasix® adalah loop diuretik (pil air) yang menghalang tubuh anda daripada menyerap terlalu banyak garam. Hal ini membolehkan garam untuk dikeluarkan ke dalam air kencing anda.

Lasix® digunakan untuk merawat pengekalan air dalam badan  (edema) pada orang yang mengalami kegagalan jantung kongestif, penyakit hati, atau gangguan buah pinggang seperti sindrom nefrotik.

Lasix® juga digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi).

Bagaimanakah kegunaan Lasix?

Ambil tepat seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jangan mengambil ubat ini lebih daripada yang disyorkan. Dos Lasix® yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan pendengaran yang kekal. Ikuti arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin akan mengubah dos anda untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik.

Ukur ubat cecair dengan sudu dos khas atau cawan ubat, bukan dengan sudu dapur biasa. Sekiranya anda tidak mempunyai alat mengukur dos, dapatkan satu daripada ahli farmasi anda.

Lasix® akan membuat anda kencing lebih kerap dan anda boleh mendapat dehidrasi dengan mudah. Ikuti arahan doktor anda tentang penggunaan suplemen potassium atau cara mendapatkan garam serta potassium yang mencukupi dalam diet anda.

Semasa menggunakan Lasix®, anda mungkin memerlukan ujian darah di pejabat doktor anda. Lawati doktor anda dengan kerap.

Sekiranya anda dirawat untuk tekanan darah tinggi, teruskan menggunakan ubat ini walaupun anda berasa lebih baik. Tekanan darah tinggi selalunya tidak mempunyai apa-apa gejala.

Bagaimana saya menyimpan Lasix?

Lasix® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Lasix®  di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Lasix® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Lasix®  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Lasix?

Sebelum mengambil Lasix®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Lasix® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Beritahu doktor anda jika anda menjalani MRI (pengimejan resonans magnetik) atau sebarang jenis imbasan menggunakan pewarna radioaktif yang disuntik ke dalam urat anda.

Kedua-dua pewarna kontras dan furosemide boleh membahayakan buah pinggang anda.

Adalah tidak diketahui sama ada Lasix® akan membahayakan bayi yang belum lahir. Beritahu doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil semasa menggunakan ubat ini.

Furosemide boleh masuk ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan bayi yang menyusu. Ubat ini juga boleh memperlahankan pengeluaran susu ibu. Beritahu doktor anda jika anda sedang menyusu badan.

Adakah selamat untuk mengambil Lasix semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori C dalam risiko kehamilan, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti positif risiko
  • X = Tidak boleh sama sekali
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang kurang serius mungkin termasuk:

  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Pening
  • Sensasi berpusing
  • Gatal-gatal yang ringan atau ruam

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami:

  • Dengungan di telinga anda, kehilangan pendengaran
  • Gatal-gatal, kehilangan selera makan, air kencing berwarna gelap, najis berwana tanah liat, jaundis (kuning pada kulit atau mata)
  • Kesakitan yang teruk di bahagian atas perut anda yang merebak ke belakang anda
  • Pening dan muntah
  • Pengurangan berat badan
  • Sakit-sakit badan
  • Rasa kebas
  • Bengkak, peningkatan berat badan yang cepat, kencing kurang daripada biasa atau tiada sama sekali
  • Kesakitan dada, batuk atau batuk yang memburuk dengan demam, masalah pernafasan
  • Kulit pucat, lebam, pendarahan luar biasa, rasa kepala pening, denyutan jantung yang laju, masalah menumpukan perhatian
  • Tahap potassium yang rendah (kekeliruan, kadar denyutan jantung yang tidak seimbang, ketidakselesaan pada kaki, kelemahan otot atau rasa letih)
  • Tahap kalsium yang rendah (merasakan kebas di sekeliling mulut anda, otot mengeras atau kontraksi otot, refleks yang terlalu aktif)
  • Sakit kepala, rasa tidak stabil, pernafasan yang lemah atau cetek
  • Reaksi kulit yang teruk – rasa sakit pada kulit diikuti dengan ruam kulit berwarna merah atau ungu yang merebak (terutamanya di muka atau bahagian atas badan) dan menyebabkan melepuh dan mengelupas

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Lasix?

Lasix® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Pengambilan ubat ini dengan alkohol atau dengan ubat lain yang membuat anda mengantuk boleh memburukkan lagi kesan ini. Tanya doktor anda sebelum mengambil Lasix® dengan pil tidur, ubat penahan sakit narkotik, ubat untuk mengendurkan otot, atau ubat untuk merawat kegelisahan, kemurungan, atau sawan.

Lasix® boleh membahayakan buah pinggang anda. Kesan ini meningkat apabila anda menggunakan ubat-ubatan lain, termasuk: antiviral, kemoterapi, suntikan antibiotik, ubat untuk gangguan usus, ubat untuk mencegah penolakan organ selepas pemindahan organ, ubat osteoporosis yang disuntik, dan beberapa ubat tahan sakit atau ubat  arthritis (termasuk aspirin, Tylenol, Advil , dan Aleve).
Beritahu doktor anda tentang semua ubat-ubatan anda yang anda gunakan sekarang dan mana yang anda sudah mulakan atau hentikan penggunaannya, terutamanya:

  • Chloral hydrate
  • Digoxin
  • Digitalis
  • Lithium
  • Phenytoin
  • Ubat sakit jantng atau tekanan darah tinggi
  • Ethacrynic acid

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Lasix?

Lasix® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Lasix?

Lasix® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Edema

Dos biasa Lasix® adalah 20 hingga 80 mg diberikan sebagai dos tunggal. Selalunya diuresis segera berlaku. Sekiranya diperlukan, dos yang sama boleh diberikan 6 hingga 8 jam kemudian atau dos mungkin ditingkatkan.

Dos boleh dinaikkan sebanyak 20 atau 40 mg dan diberikan tidak kurang daripada 6 hingga 8 jam selepas dos sebelumnya sehingga kesan diuretik yang dikehendaki diperolehi. Dos tunggal yang ditentukan secara individu hendaklah diberikan sekali atau dua kali sehari (contohnya, pada jam 8 pagi dan 2 petang). Dos Lasix® boleh ditapis dengan berhati-hati sehingga 600 mg / hari pada pesakit dengan keadaan edema klinikal yang teruk.

Edema mungkin paling berkesan dan selamat dirawat dengan memberikan Lasix® pada 2 hingga 4 hari berturut-turut setiap minggu.

Apabila dos melebihi 80 mg / hari diberikan untuk tempoh yang berpanjangan, pemerhatian klinikal yang teliti dan pemantauan makmal amatlah digalakkan.

Untuk Hipertensi

Dos permulaan biasa Lasix® untuk hipertensi adalah 80 mg, biasanya dibahagikan kepada 40mg dua kali sehari. Dos perlu diselaraskan mengikut respon. Sekiranya tindak balas tidak memuaskan, tambah agen antihipertensi yang lain.

Perubahan pada tekanan darah mesti dipantau dengan teliti apabila Lasix® digunakan dengan ubat antihipertensi yang lain, terutamanya semasa terapi permulaan. Untuk mengelakkan penurunan tekanan darah yang berlebihan, dos agen lain harus dikurangkan sekurang-kurangnya 50% apabila Lasix® ditambah kepada rejimen.

Memandangkan tekanan darah berada di bawah pengaruh Lasix®, berkemungkinan adalah perlu untuk mengurangkan dos atau menghentikan ubat antihipertensi yang lain.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Untuk Edema

Dos permulaan biasa Lasix® dalam pesakit kanak-kanak adalah 2 mg / kg berat badan, diberikan sebagai dos tunggal. Sekiranya tindak balas diuretik tidak memuaskan selepas dos permulaan, dos mungkin ditingkatkan sebanyak 1 atau 2 mg / kg tidak kurang daripada 6 hingga 8 jam selepas dos sebelumnya.

Dos yang melebihi 6 mg / kg berat badan adalah tidak digalakkan. Untuk terapi pengekalan dalam kalangan pesakit kanak-kanak, dos harus diselaraskan ke tahap minimum yang efektif.

Untuk Hipertensi

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Lasix® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet: furosemide 20mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Lasix®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018