Larutan Topikal Gentian Violet

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Larutan Topikal Gentian Violet Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Larutan Topikal Gentian Violet?

Gentian violet biasanya digunakan untuk merawat jangkitan kulat pada kulit (seperti kurap, kaki atelt). Ia juga memberi kesan antibakteria sederhana dan boleh digunakan pada luka kecil untuk mencegah jangkitan.

Doktor anda juga akan preskrip ubat ini untuk jangkitan kulat pada mulut (thrush).

Bagaimanakah kegunaan Larutan Topikal Gentian Violet?

Sebelum menggunakan ubat ini, bersihkan dengan teliti bahagian yang dijangkiti dan keringkan. Pastikan bahagian tersebut kering sebelum menggunakan ubat ini. Gunakan kapas untuk mengelak daripada tangan anda terkena warna ubat, letakkan gentian violet pada bahagian tersebut, sekali atau dua kali sehari atau seperti arahan doktor anda.

Gunakan pada bahagian terjejas sahaja dan elakkan terkena kulit yang sihat.

Basuh tangan anda selepas menggunakan ubat tersebut kecuali bahagian yang terjejas melibatkan tangan anda. Elakkan daripada terkena mata. Jika ubat ini terkena mata, bilas sesegera mungkin dengan air bersih selama 15 minit. Cari bantuan perubatan jika mata anda berasa pedih.

Jangan tutup bahagian yang terjejas dengan plastik atau kain penganduh kalis air. Menutup bahagian tersebut akan meningkatkan risiko berlaku iritasi kulit.

Produk ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan gunakan ubat ini di dalam mulut, hidung atau telinga kecuali atas arahan doktor. Ubat ini adalah pewarna dan akan memberi kesan kepada kulit dan pakaian anda. Jangan gunakan pada luka terbuka (ulser kulit). Ini akan menyebabkan “tatoo” kekal pada kulit.

Jika doktor preskrip ubat ini untuk digunakan di bahagian mulut, anda /anak anda perlu berhati-hati daripada tertelan ubat ini. Tanya profesional penjaga kesihatan, jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang penggunaan yang betul.

Gunakan ubat ini secara kerap untuk mendapat manfaat daripadanya. Gunakan pada masa yang sama setiap hari. Jika doktor preskrip ubat ini untuk anda, habiskan ubat seperti yang disyorkan, walaupun simptom anda sudah tiada selepas beberapa hari. Berhenti menggunakan ubat ini terlalu awal akan menyebabkan jangkitan berlaku semula.

Maklumkan kepada doktor sekiranya keadaan anda tidak pulih dalam masa  hari atau keadaan menjadi semakin teruk. Jika anda mempunyai masalah perubatan serius, carilah bantuan perubatan sesegera mungkin.

Bagaimana saya menyimpan Larutan Topikal Gentian Violet?

Gentian violet paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Larutan Topikal Gentian Violet?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika :

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada gentian violet atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Anda mengalami beberapa penyakit matabolik  (porphyria).

Adakah selamat untuk mengambil Larutan Topikal Gentian Violet semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila anda menggunakan ubat ini ialah:

  • Kemerah-merahan
  • Bengkak
  • Rasa pedih pada bahagian yang disapu ubat ini

Berhenti menggunakan ubat ini dan beritahu doktor anda sekiranya anda mengalami tanda-tanda baru jangkitan kulit (rasa panas, sakit apabila disentuh, nanah) dan luka.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Larutan Topikal Gentian Violet?

Gentian violet mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Larutan Topikal Gentian Violet?

Gentian violet mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Larutan Topikal Gentian Violet?

Gentian violet akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas dengan ubat ini ialah keadaan ulser kulit pada muka. Penggunaan ubat ini akan menyebabkan terjadi tatu pada bahagian tersebut.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos gentian violet berbeza mengikut individu. Patuhi arahan doktor atau arahan pada label ubat. Maklumat berikut termasuklah dos purata. Jika dos anda berbeza, jangan ubat kecuali doktor memberi arahan sedemikian.

Jumlah ubat yang anda ambil bergantung kepada kekuatan ubat tersebut. Tambahan lagi, jumlah dos yang diambil setiap hari, masa antara dos dan tempoh pengambilan ubat ini bergantung kepada masalah kesihatan anda. .

Bentuk dos larutan topikal – bagi jangkitan kulat:

Gunakan pada bahagian kulit yang terjejas, dua atau tiga kali sehari selama 3 hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Bentuk dos larutan topikal – bagi jangkitan kulat:

Gunakan pada bahagian kulit yang terjejas, dua atau tiga kali sehari selama 3 hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Gentian violet  boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut:

  • Larutan Gentian violet 1%

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Ogos 1, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 1, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda