backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Lamotrigine

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa kegunaan Lamotrigine ?

Lamotrigine digunakan secara tunggal atau dengan ubat-ubatan lain untuk mencegah dan mengawal sawan. Ia juga mungkin digunakan untuk membantu menghalang perubahan emosi melampau dalam pesakit dewasa gangguan bipolar.

Lamotrigine dikenali sebagai antikonvulsan atau ubat anti-epileptik. Ia dipercayai bertindak dengan memulihkan keseimbangan bahan-bahan semula jadi tertentu di dalam otak.

Bagaimanakah kegunaan Lamotrigine?

Ambil ubat ini melalui mulut dengan atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Telan keseluruhan tablet memandangkan mengunyah boleh menyebabkan rasa pahit.

Ikut arahan doktor anda. Sebaiknya dos perlu ditingkatkan perlahan-lahan dan mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk mencapai dos yang berkesan untuk anda. Teruskan pengambilan ubat untuk mendapatkan kesan terbaik. Untuk membantu anda ingat untuk mengambil ubat, tetapkan masa yang sama setiap hari.

Jangan berhenti mengambil ubat ini tanpa nasihat doktor. Beberapa keadaan boleh menjadi lebih teruk apabila ubat dihentikan secara tiba-tiba. Dos anda mungkin perlu dikurangkan secara beransur-ansur. Selain itu, jika anda telah berhenti mengambil ubat ini, jangan mulakan semula tanpa berunding dengan doktor anda.

Maklumkan doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik atau jika bertambah teruk.

Bagaimana saya menyimpan Lamotrigine?

Lamotrigine lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan lamotrigine dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama lamotrigine berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam lamotrigine ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Lamotrigine?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda sedang hamil atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan yang disyorkan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk sebarang ubat-ubatan preskripsi atau tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan sampingan
  • Anda mempunyai alahan dengan sebarang bahan-bahan aktif atau tidak aktif dalam lamotrigine atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda sedang menggunakan ubat-ubatan hormon wanita seperti pil hormon (pil pencegah kehamilan, tampalan, cincin hormon, suntikan, implan, atau alat kontraseptif dalam rahim), atau terapi penggantian hormon (HRT). Bincang dengan doktor anda sebelum memulakan atau berhenti mengambil ubat-ubatan semasa mengambil lamotrigine. Jika anda mengambil ubat hormon wanita, beritahu doktor anda jika anda mempunyai sebarang pendarahan antara waktu jangkaan haid
  • Anda mempunyai atau pernah mempunyai penyakit autoimun (keadaan di mana tubuh menyerang organ-organ sendiri, menyebabkan bengkak dan kehilangan fungsi) seperti lupus (keadaan di mana imuniti badan menyerang organ-organ yang berbeza menyebabkan pelbagai simptom), masalah darah, atau penyakit buah pinggang atau penyakit hati
  • Jika anda akan menjalani pembedahan, termasuk pembedahan gigi, maklumkan doktor atau doktor gigi bahawa anda sedang mengambil lamotrigine

Lamotrigine boleh membuat anda mengantuk. Jangan memandu kereta atau mengendalikan mesin sehingga anda tahu kesan ubat ini kepada anda.

Minuman alkohol akan menambah rasa mengantuk disebabkan ubat ini.

Adakah selamat untuk mengambil Lamotrigine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan lamotrigine semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil lamotrigine. lamotrigine adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Dilarang (Contraindicated)
  • N = Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan Lamotrigine?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami sebarang tanda tindak balas alahan seperti: gatal-gatal; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.

Rujuk dengan doktor anda jika sebarang kesan sampingan ringan berterusan atau mengganggu, seperti:

  • Penglihatan yang kabur atau berganda
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Mengantuk
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Segugut
  • Hidung berair atau tersumbat
  • Perut tidak selesa atau sakit
  • Keletihan
  • Masalah tidur
  • Muntah
  • Lemah
  • Penurunan berat badan

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk berlaku:

  • Reaksi alahan (ruam; geligata/hives, gatal-gatal, sukar bernafas, sesak dada, bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah; serak suara yang luar biasa)
  • Haid tidak hadir atau perubahan haid
  • Betis sakit atau sakit apabila disentuh
  • Sakit dada
  • Air kencing gelap
  • Kurang penyelarasan
  • Sukar kencing atau sakit
  • Degupan jantung laju atau tidak teratur
  • Demam, menggigil, atau sakit tekak berterusan
  • Perubahan mental atau mood yang baru berlaku atau semakin teruk (contohnya, kebimbangan, kemurungan, kegelisahan, keresahan, serangan panik, perubahan tingkah laku)
  • Sawan yang baru berlaku atau semakin teruk
  • Najis berwarna pucat
  • Kulit merah, melepuh, bengkak, atau mengelupas
  • Sakit otot yang teruk atau sakit apabila disentuh
  • Pening atau sakit perut yang teruk atau berterusan
  • Sesak nafas
  • Sakit dalam mulut atau di sekitar mata
  • Perasaan ingin membunuh diri atau percubaan membunuh diri
  • Bengkak di bahagian tangan, pergelangan kaki, atau kaki
  • Kelenjar limfa bengkak
  • Tangan menggeletar
  • Lebam atau pendarahan luar biasa
  • Lemah atau keletihan luar biasa
  • Gatal-gatal atau cecair daripada faraj
  • Perubahan penglihatan
  • Kekuningan pada mata atau kulit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan tertentu, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Lamotrigine?

Lamotrigine mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Ubat yang mungkin bertindak balas dengan Lamotrigine ialah:

  • Carbamazepine kerana boleh mengurangkan keberkesanan lamotrigine dan meningkatkan risiko kesan sampingan, seperti pening, penglihatan berganda, penglihatan kabur, dan koordinasi merosot
  • Valproate (contohnya, asid valproic, divalproex natrium) kerana boleh meningkatkan risiko kesan sampingan lamotrigine
  • Dofetilide kerana risiko kesan sampingan boleh bertambah dengan lamotrigine
  • Atazanavir / ritonavir, estrogen, lopinavir / ritonavir, phenobarbital, phenytoin, primidone, rifampin, atau succinimides (contohnya, methsuximide) kerana boleh mengurangkan keberkesanan lamotrigine
  • Pil hormon (contohnya, pil pencegah kehamilan) kerana keberkesanan kedua-dua ubat mungkin berkurang

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Lamotrigine?

Lamotrigine mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Lamotrigine?

Lamotrigine mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Lamotrigine yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa yang biasa untuk Pencegahan Sawan

Tambahan kepada rutin ubat anti-epileptik yang mengandungi Asid Valproic:

Minggu 1 dan 2: 25 mg setiap selang sehari

Minggu 3 dan 4: 25 mg setiap hari

Dos pengekalan yang biasa: 100 hingga 400 mg / hari (1 atau 2 dibahagikan dos). Untuk mencapai pengekalan, dos boleh ditambah dengan 25 hingga 50 mg / hari setiap 1 hingga 2 minggu. Dos pengekalan yang biasa untuk pesakit yang menambah lamotrigine kepada ubat asid valproic adalah antara 100-200 mg / hari.

Dos Dewasa yang biasa untuk Kecelaruan Bipolar:

Rawatan dengan lamotrigine dimasukkan berdasarkan ubat yang sedang digunakan

Apakah dos Lamotrigine yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik yang biasa untuk Pencegahan Sawan

Ditambah kepada terapi rutin ubat anti-epileptik:

Kanak-kanak 2-12 tahun: formulasi pelepasan segera: (hanya tablet penuh boleh digunakan untuk dos): kanak-kanak 2 hingga 6 tahun mungkin akan memerlukan dos pengekalan yang paling tinggi berdasarkan saranan untuk kanak-kanak; pesakit berat kurang daripada 30 kg mungkin perlu sebanyak peningkatan 50% dalam dos pengekalan, berbanding dengan pesakit berat lebih daripada 30 kg; ubah dos untuk kesan klinikal.

Sila rujuk doktor anda untuk memahami dengan lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Lamotrigine

lamotrigine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

Tablet oral: 25 mg, 100 mg, 150 mg, 200 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan, memanggil perkhidmatan kecemasan tempatan anda atau pergi ke bilik kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos lamotrigine, mengambil ia sebagai secepat mungkin. Walau bagaimanapun, jika ia hampir masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang tertinggal dan ambil dos biasa anda seperti yang dijadualkan. Jangan ambil dos berganda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan