Apa itu labetalol-hydrochloride?

Oleh

Nama AM: Labetalol Hydrochloride Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Labetalol Hydrochloride ?

Labetalol hydrochloride biasanya digunakan untuk merawat hipertensi (tekanan darah tinggi).

Ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain, sila berhubung dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Labetalol Hydrochloride?

Labetalol hydrochloride biasanya diberikan sebagai suntikan di pejabat, hospital, atau klinik doktor anda. Sekiranya labetalol diambil di rumah, pengamal penjagaan kesihatan akan mengajar anda cara menggunakannya. Pastikan anda memahami cara menggunakan labetalol dengan betul. Ikuti prosedur yang telah diajar. Hubungi pengamal penjagaan kesihatan anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Jangan gunakan labetalol jika ia mengandungi partikel, warna cecair nampak keruh atau berubah warna, atau jika bebuli itu retak atau rosak.

Jauhkan produk ini, serta picagari dan jarum, daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Jangan guna semula jarum, picagari, atau bahan lain. Tanya pengamal penjagaan kesihatan anda bagaimana untuk membuang bahan-bahan ini selepas digunakan mengikut peraturan tempatan anda.

Bagaimana saya menyimpan Labetalol Hydrochloride?

Labetalol hidroklorida paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya matahari langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan ubat daripada rosak, elakkan daripada menyimpan labetalol hydrochloride di bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin ada jenama labelatol hydrochloride yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh membuang labetalol hydrochloride ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Labetalol Hydrochloride?

Sebelum menggunakan ubat ini, terdapat beberapa maklumat penting yang perlu diberi perhatian:

  • Anda tidak harus mengambil labetalol jika anda alah kepadanya.
  • Labetalol hydrochloride boleh menjejaskan anak mata anda semasa pembedahan katarak. Maklumkan kepada pakar bedah mata anda terlebih dahulu bahawa anda menggunakan ubat ini sebelum melakukan pembedahan.
  • Sekiranya anda perlu melakukan pembedahan, maklumkan kepada pakar bedah terlebih dahulu bahawa anda menggunakan labetalol.
  • Tekanan darah anda perlu diperiksa dengan kerap, dan anda mungkin perlu menjalani ujian perubatan dengan kerap di pejabat doktor anda.
  • Adalah tidak diketahui sama ada labetalol hydrochloride akan membahayakan bayi yang belum lahir.
  • Labetalol hydrochloride boleh menyebabkan masalah jantung atau paru-paru pada bayi baru lahir jika si ibu mengamalkan pengambilan ubat ini semasa mengandung. Beritahu doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil semasa mengambil labetalol.
  • Jangan melangkau dos atau berhenti pengambilan labetalol hydrochloride tanpa merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu. Berhenti secara tiba-tiba boleh menjadikan keadaan anda teruk.
  • Labetalol hydrochloride boleh menghasilkan bacaan salah bagi sesetengah ujian makmal air kencing. Maklumkan kepada doktor yang merawat anda bahawa anda menggunakan labetalol.
  • Pengambilan labelatol boleh membuatkan ia sukar bagi anda untuk ketahui saat apabila gula dalam darah anda rendah. Sekiranya anda menghidap diabetes, pantau gula dalam darah anda dengan kerap.
  • Teruskan pengambilan labetalol seperti yang diarahkan, walaupun setelah anda berasa sihat. Tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Anda mungkin perlu menggunakan ubat tekanan darah untuk sepanjang hayat anda
  • Labetalol hydrochloride hanya melihat kepada sebahagian daripada program rawatan lengkap bagi hipertensi di samping diet, senaman, kawalan berat badan, dan ubat-ubatan lain. Ikuti diet, ubat, dan rutin senaman anda dengan teliti.
  • Labetalol hydrochloride tidak diluluskan untuk digunakan oleh sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah.

Adakah selamat untuk mengambil Labetalol Hydrochloride semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tidak ada kajian yang mencukupi bagi menentukan risiko menggunakan labetalol hydrochloride semasa hamil atau menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Labetalol hydrochloride adalah kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Tidak ada kajian yang mencukupi bagi menentukan risiko menggunakan labetalol hydrochloride semasa hamil atau menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Labetalol hydrochloride adalah kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti rujukan di bawah:

A = Tiada risiko

B = Tiada risiko dalam beberapa kajian

C = Mungkin ada risiko

D = Risiko positif

X = Kontraindikasi

N = Tidak diketahui

Labetalol hydrochloride boleh masuk ke dalam susu ibu dalam jumlah yang kecil. Beritahu doktor anda jika anda sedang menyusu.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Labetalol Hydrochloride?

Kesan sampingan lazim termasuk:

  • Pening;
  • Loya;
  • Sakit perut;
  • Hidung tersumbat;
  • Kulit kepala rasa berdenyut-denyut.

Hubungi doktor anda serta-merta jika:

  • Rasa pening-pening lalat, seperti anda mungkin pengsan;
  • Nadi lemah;
  • Pengsan;
  • Bengkak;
  • Peningkatan berat badan yang cepat;
  • Masalah hati termasuk loya, sakit perut di bahagian atas, gatal-gatal, keletihan, hilang selera makan, air kencing bewarna gelap, najis berwarna seakan tanah liat, jaundis (kulit atau mata menguning);
  • Tekanan darah tinggi yang berisiko tinggi seperti sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, rasa sakit di bahagian leher atau telinga anda, hidung berdarah, rasa resah gelisah, kekeliruan, sakit dada yang teruk, sesak nafas, degupan jantung yang tidak regular.

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alergi seperti urtikaria; kesukaran bernafas; bengkak di muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Labetalol Hydrochloride?

Labetalol hydrochloride mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Terutama jika anda mengambil:

  • Cimetidine;
  • Nitrogliserin;
  • Insulin atau ubat kencing manis;
  • Antidepresan seperti amitriptyline, doxepin, desipramine, imipramine, nortriptyline, dan lain-lain;
  • Bronkodilator termasuk albuterol, formoterol, salmeterol;
  • Ubat jantung atau tekanan darah seperti amlodipine, digitalis, digoxin, verapamil.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Labetalol Hydrochloride?

Labetalol hydrochloride mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Labetalol Hydrochloride?

Labetalol hydrochloride akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan semasa anda.

Untuk memastikan labetalol hydrochloride selamat untuk anda, maklumkan kepada doktor anda jika anda mempunyai:

  • Penyakit hati;
  • Penyakit buah pinggang;
  • Pheochromocytoma (tumor kelenjar adrenal);
  • Kegagalan jantung kongestif;
  • Diabetes;
  • Alahan
  • Asma;
  • Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD);
  • Keadaan jantung yang serius seperti blok jantung tahap kedua atau ketiga, kegagalan jantung yang teruk, atau degupan jantung yang sangat perlahan;
  • Keadaan yang menyebabkan tekanan darah yang sangat rendah.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Labetalol Hydrochloride yang disyorkan untuk dewasa?

Oral:

Dos permulaan adalah 100 mg secara oral 2 kali sehari (secara bersahaja atau ditambah kepada rejimen diuretik).

Titrasi: Dos boleh ditingkatkan dengan kenaikan 100 mg secara oral 2 kali sehari, setiap 2 atau 3 hari.

Dos penyelenggaraan adalah 200 hingga 400 mg secara oral 2 kali sehari.

Dos maksimum: Sesetengah pesakit mungkin memerlukan 1200 hingga 2400 mg secara oral setiap hari (kenaikan titrasi tidak boleh melebihi 200 mg secara oral 2 kali sehari).

Suntikan intravena berulang:

Sebaik sebelum suntikan dan pada 5 dan 10 minit selepas suntikan, tekanan darah ketika dalam keadaan terlentang (supine) harus diukur untuk menilai tindak balas.

Dos permulaan adalah 20 mg dengan suntikan IV secara perlahan selama tempoh 2 minit.

Suntikan tambahan sebanyak 40 hingga 80 mg boleh diberikan selang 10 minit sehingga tekanan darah (supine) yang dikehendaki dicapai atau penggunaan maksimum sebanyak 300mg.

Kesan maksimum biasanya berlaku dalam masa 5 minit bagi setiap suntikan.

Infusi intravena berterusan secara perlahan

Larutan untuk suntikan perlu disediakan mengikut kepekatan yang disarankan oleh pengeluar iaitu dalam likungan larutan 1 mg / ml atau 2 mg / 3 ml:

  • Untuk 1 mg / ml, larutan dicairkan mengikut kadar 2 mL / min untuk melarutkan setiap 2 mg / min.
  • Untuk 2 mg / 3 ml, larutan dicairkan pada kadar 3 mL / min untuk mencapai kira-kira 2 mg / min.

Kadar penyerapan: Kadar penyerapan larutan yang dicairkan boleh disesuaikan mengikut tindak balas tekanan darah, mengikut budi bicara pakar yang merawat. Untuk mendapatkan kadar infusi yang diingini, cecair itu boleh diserap masuk melalui mekanisme terkawal (contohnya, buret berkala dan pam mekanikal).

Memandangkan jangka hayat separa ubat ini adalah antara 5 hingga 8 jam, kadar mantap darah (dalam fasa kadar penyerapan yang tetap) tidak akan dicapai dalam tempoh infusi yang normal; infusi perlu diteruskan sehingga tindak balas yang memuaskan diperolehi dan kemudiannya hendaklah dihentikan dan formulasi oral perlu dimulakan.

Dos intravena yang efektif biasanya dalam lingkungan 50 hingga 200 mg.

Sesetengah pesakit mungkin mencapai penggunaan maksimum sebanyak 300mg.

Apakah dos Labetalol Hydrochloride yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Labetalol Hydrochloride

Labelatol hydrochloride boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Suntikan 5 mg / ml
  • Tablet 100 mg
  • Tablet 200 mg
  • Tablet 300 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos labetalol hydrochloride, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut