Ketosteril® atau dikenali sebagai Ketosisil® lazimnya digunakan untuk malnutrisi (kekurangan zat makanan), pencegahan dan rawatan beberapa masalah akibat metabolisme protein yang telah berubah, sama ada dalam kegagalan buah pinggang kronik atau pengambilan protein yang tidak mencukupi dalam makanan.
Ubat harus diambil melalui mulut dengan makanan, dan anda perlu menelan seluruh tablet tanpa mengunyah dan memecahkannya.
Ketosisil® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Ketosteril® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Ketosisil® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Ketosisil® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:
Ketosisil® mengandungi fenilalanin (phenylalanine), jadi perhatian harus diberikan apabila ubat ini ditetapkan kepada pesakit yang mempunyai fenilketonuria (phenylketonuria) keturunan.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Ketosisil®.
Secara umumnya, ubat ini boleh diterima dengan baik, dan dalam sesetengah keadaan mungkin boleh menyebabkan hiperkalsemia.
Kemungkinan dalam kes hipersensitif kepada mana-mana komponen dalam ubat ini, reaksi alahan boleh berlaku
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Ketosisil® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Ketosisil® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Ketosisil® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos harian dibahagikan kepada 3 pemberian. Ia dikira mengikut berat pesakit – pada kadar satu tablet setiap 5 kg berat badan atau 100 mg / kg. Bagi orang dewasa yang beratnya 70 kg ke atas, gunakan 4-8 tablet 3 kali sehari.
Ambil Ketosisil® sepanjang tempoh yang disyorkan, manakala kadar penapisan glomerulus pula boleh mencapai 25 mL / minit.
Semasa penggunaan ubat ini, adalah penting untuk mempertimbangkan kandungan protein dalam makanan yang diambil. Dalam tempoh sebelum dialisis, jumlahnya tidak boleh melebihi 40 gram sehari (jumlah yang lebih tepat akan ditentukan oleh tahap kegagalan buah pinggang). Kadar pengambilan protein pula akan ditentukan oleh doktor semasa dialisis.
Ketosisil® hanya boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Ia dikira mengikut berat pesakit – pada kadar satu tablet setiap 5 kg berat badan atau 100 mg / kg.

Kandungan protein harian yang disyorkan dalam pemakanan kanak-kanak adalah:
Ketosteril® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Ketosisil®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen