Kalsium Klorida

Oleh

Nama AM: Kalsium Klorida Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Kalsium Klorida?

Kalsium klorida biasanya digunakan untuk rawatan segera tetani hipokalsemia. Terapi lain, seperti hormon paratiroid atau vitamin D, mungkin digunakan berdasarkan penyebab tetani tersebut.

Dalam resusitasi jantung, terutamanya selepas pembedahan jantung terbuka, kalsium klorida digunakan apabila epinefrin telah gagal membantu kontraksi miokardium yang lemah atau kurang efisyen.

Kalsium klorida mungkin ditetapkan untuk kegunaan lain. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Kalsium Klorida?

Kalsium klorida akan diberi oleh doktor. Tanya doktor anda sebarang soalan yang anda ada tentang bagaimana untuk menggunakan ubat-ubatan.

Bagaimana saya menyimpan Kalsium Klorida?

Kalsium klorida lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan kalsium klorida dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama kalsium klorida berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam kalsium klorida ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan kalsium klorida?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda sedang menunggu atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan yang disyorkan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk sebarang ubat-ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap.
  • Anda mempunyai alahan dengan sebarang bahan-bahan aktif atau tidak aktif dalam kalsium klorida atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Adakah selamat untuk mengambil kalsium klorida semasa mengandung atau menyusukan bayi

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko apabila menggunakan kalsium klorida semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan risiko yang berpotensi sebelum mengambil ubat ini. Ini kalsium klorida adalah kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

FDA rujukan kategori risiko kehamilan di bawah:

  • A = Tiada risiko;
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian;
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko;
  • D = Bukti positif mengenai risiko;
  • X = Dilarang (Contraindicated);
  • N = Tidak diketahui

Menyusukan

Disebabkan kalsium sebahagian daripada komponen susu manusia, ia akan memasuki susu. Guna dengan berhati-hati.

Sentiasa berunding dengan pakar kesihatan anda sebelum menggunakan ubat ini jika anda mengandung, menyusukan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan kalsium klorida?

Kalsium klorida boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan, seperti:

  • Reaksi alahan: ruam, gatal-gatal, sukar bernafas atau bengkak pada muka, bibir, tekak atau lidah.
  • Loya, sakit perut, cirit-birit, sembelit, angin, ruam kulit dan gatal-gatal, kepekatan kalsium yang tinggi dalam darah (hiperkalsemia) atau air kencing (hiperkalsiuria).

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas kalsium klorida?

Kalsium klorida  mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Kalsium klorida boleh menyebabkan tindak balasa dengan ubat-ubatan ini:

  • Vitamin D;
  • Ubat-ubatan jantung seperti digoxin dan glikosida jantung;
  • Antibiotik tetracycline;
  • Diuretik thiazide (tablet air);
  • Bisphosphonates dan natrium fluorida (ubat yang digunakan untuk merawat gangguan tulang).

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan kalsium klorida?

Kalsium klorida mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan kalsium klorida?

Kalsium klorida mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda, terutama sekali:

  • Masalah kelenjar paratiroid terlalu aktif (hiperparatirodisme) atau terlalu banyak vitamin D dalam badan anda (hipervitaminosis D).
  • Tahap kalsium tinggi dalam darah, tahap kalsium yang sangat tinggi dalam air kencing, batu karang, atau masalah buah pinggang yang teruk.
  • Galaktosaemia (gangguan genetik yang jarang berlaku yang bermakna anda tidak boleh memetabolismekan gula galaktosa).

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Hipokalsemia, rawatan kecemasan

500-1000 mg intravena lebih 5-10 minit; boleh ulang jika perlu.

Aritmia

Untuk aritmia berkaitan dengan hipokalsemia, hiperkalemia, atau hipermagnesemia.

500-1000 mg intravena lebih 5-10 minit.

Hipermagnesemia

500-1000 mg intravena lebih 2-5 minit; perhatikan pesakit untuk tanda-tanda pemulihan; boleh ulangi jika kesan saraf tunjang berterusan.

Penyekat saluran kalsium (Calcium channel blocker) berlebihan

1-2 g intravena infusi lebih 10-20 min; boleh diulangi setiap 20 minit apabila diperlukan sehingga 5 dos.

Penyekat Beta berlebihan, refraktori untuk glukagon & vasopressor dos tinggi

1000mg bolus intravena melalui talian vena sentral.

Maklumat lain

1 g (10 ml) cawan larutan kalsium klorida 10% mengandungi 273 mg (13.6 meq) unsur kalsium.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Hipokalsemia, rawatan

  • Kecemasan dalam bayi :<75 mg (20 mg unsur Ca) intravena; boleh ulang jika perlu.
  • Kanak-kanak: 75-519 mg (20-140 mg unsur Ca) intravena, boleh ulang jika perlu.

Tetani

  • Neonat Hipokalsemia:171 mg / kg / hari suntikan intravena dalam dos yang dibahagikan.
  • Bayi dan kanak-kanak: 10 mg / kg suntikan intravena lebih 5-10 min, 3-4 kali sehari; sebagai alternatif, 35-50 mg / kg intravena suntikan 3-4 kali sehari.

Apakah bentuk penyediaan kalsium klorida?

Kalsium klorida boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Larutan kalsium klorida 100 mg / ml (10%).
  • Suntikan kalsium klorida 100 mg / ml (10%).

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Ia juga penting untuk membawa senarai bertulis daripada semua ubat preskripsi dan bukan preskripsi (over-the-counter) yang anda ambil jika berlaku kecemasan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos kalsium klorida, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut