Kaleorid LP

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Kaleorid LP Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Kaleorid LP?

Kaleorid® Lp biasanya digunakan untuk:

  • Kekurangan potasium (hypokalemia)
  • Kejang otot

Bagaimanakah kegunaan Kaleorid LP?

Ambil secara oral.

Bagaimana saya menyimpan Kaleorid LP?

Kaleorid® Lp paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Kaleorid LP?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda jika :

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Kaleorid® Lp atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Ia boleh menyebabkan penghasilan potasium berlebihan di dalam darah. Anda perlu menggunakan ubat ini di bawah penyeliaan perubatan, memantau paras potasium dalam darah (kalaemia) dan jika perlu elektrokardiografi.

Jangan gunakan ubat ini untuk merawat:

  • Sesetengah penyakit buah pinggang
  • Beberapa penyakit kelenjar endokrin (seperti penyakit Addison atau diabetes tidak terkawal)

Adakah selamat untuk mengambil Kaleorid LP semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori  bagi risiko mengandung.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah:

  • Loya
  • Muntah
  • sakit/kejang abdomen
  • Bertambah berat badan
  • Pedih ulu hati/ refluk
  • Letih
  • CIrit birit
  • Masalah elektrolit
  • Mengantuk
  • Sembelit
  • Keliru
  • Sensitif pada cahaya

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Kaleorid LP?

Kaleorid® Lp mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Terutamanya jika anda sedang mengambil:

  • Ubat untuk meningkatkan paras potasium dalam darah (seperti sesetengah diuretik untuk mengekalkan potasium)
  • Penghalang enim penukar Angiotensin (ACE)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Kaleorid LP?

Kaleorid® Lp mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Kaleorid LP?

Kaleorid® Lp akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda..

Keadaan kesihatan ini ialah:

  • Hyperkalaemic (peningkatan paras potasium dalam darah)

Myotonia kongenital (penyakit keturunan iaitu otot lambat rehat)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Kepelbagaian bergantung kepada keadaan yang menyebabkan kekurangan potasium.

Jangan melebihi dos yang dipreskrip oleh doktor anda.

Jika anda ragu, sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kepelbagaian bergantung kepada keadaan yang menyebabkan kekurangan potasium.

Jangan melebihi dos yang dipreskrip oleh doktor anda.

Jika anda ragu, sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Kaleorid® Lp  boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut:

  • Tablet bersalut 600 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 1, 2018