Jardiance

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Jardiance Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Jardiance?

Jardiance® adalah ubat kencing manis yang membantu mengawal paras gula darah. Empagliflozin berfungsi dengan membantu buah pinggang menyingkirkan glukosa dari aliran darah anda.

Jardiance® digunakan bersama dengan diet dan senaman untuk meningkatkan kawalan paras gula darah pada orang dewasa yang menghidap diabetes melitus jenis 2.

Jardiance® juga digunakan untuk mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, strok, atau kegagalan jantung pada pesakit dewasa diabetes jenis 2 yang juga mempunyai penyakit jantung.

Jardiance® bukanlah digunakan untuk merawat diabetes jenis 1.

Bagaimanakah kegunaan Jardiance?

Jardiance® biasanya diambil sekali sehari pada waktu pagi. Patuhi semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin akan mengubah dos untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Anda boleh mengambil Jardiance® dengan atau tanpa makanan, namun pastikan anda mengambilnya dengan cara yang sama setiap kali.

Anda mungkin mempunyai tekanan darah yang sangat rendah semasa mengambil ubat ini. Hubungi doktor anda jika anda muntah, cirit-birit, atau jika anda berpeluh lebih daripada biasa.

Paras gula darah anda perlu diperiksa dengan kerap, dan anda juga perlu menguji kadar keton dalam air kencing anda. Jardiance® boleh menyebabkan ketoasidosis yang barupaya mengancam nyawa (terlalu banyak asid dalam darah). Walaupun paras gula darah anda adalah normal, hubungi doktor anda jika ujian air kencing menunjukkan bahawa anda mempunyai keton dalam air kencing.

Paras gula darah yang rendah (hipoglisemia) boleh berlaku kepada semua orang yang menghidap diabetes. Antara simptomnya termasuklah sakit kepala, kelaparan, berpeluh, kerengsaan, pening, mual, denyutan jantung pantas, rasa cemas dan menggigil. Untuk cepat merawat paras gula darah yang rendah, pastikan anda mempunyai sumber gula yang segera bersama anda seperti jus buah, gula-gula, biskut, kismis, atau soda bergula.

Doktor anda boleh memberikan kit suntikan kecemasan glukagon untuk digunakan sekiranya anda mempunyai hipoglisemia teruk dan tidak boleh makan atau minum. Pastikan keluarga dan sahabat anda tahu bagaimana untuk memberi anda suntikan ini dalam kecemasan.

Lihat juga tanda-tanda bagi paras gula darah tinggi (hiperglisemia) seperti pertambahan dahaga atau air kencing, penglihatan kabur, sakit kepala, dan keletihan.

Paras gula darah juga boleh dijejaskan oleh tekanan, penyakit, pembedahan, senaman, penggunaan alkohol, atau tidak makan. Sila rujuk doktor anda sebelum menukar jadual atau dos pengambilan ubat anda.

Ubat ini boleh membuatkan keputusan positif pada ujian makmal tertentu untuk glukosa (gula) dalam air kencing. Sentiasa maklumkan kepada mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda sedang menggunakan Jardiance®.

Jardiance® hanyalah sebahagian daripada program rawatan yang mungkin termasuk diet, senaman, kawalan berat badan, ujian gula darah, dan rawatan perubatan khas. Sila patuhi arahan-arahan doktor anda dengan teliti.

Bagaimana saya menyimpan Jardiance?

Jardiance® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Jardiance® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Jardiance® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Jardiance® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Jardiance?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Jardiance® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Anda tidak boleh menggunakan Jardiance® jika anda mempunyai:

  • Penyakit buah pinggang (atau jika anda memerlukan dialisis)
  • Jika anda berada dalam keadaan ketoacidosis (hubungi doktor anda untuk menerima rawatan dengan insulin)

Untuk memastikan Jardiance® adalah selamat untuk anda, sila beritahu doktor anda jika anda mempunyai:

  • Penyakit buah pinggang
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Tekanan darah rendah
  • Paras kolesterol tinggi
  • Masalah urin
  • Sejarah jangkitan kencing
  • Jika anda sedang menjalani diet rendah garam
  • Jika anda berumur 65 ke atas

Adakah selamat untuk mengambil Jardiance semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai simptom tindak balas alahan berikut: gatal-gatal; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Rasa berpusing-pusing, seperti anda hendak pengsan
  • Kekerapan rasa hendak buang air kecil
  • Bengkak, peningkatan berat badan yang cepat, kencing yang sedikit atau tiada
  • Gejala penyahhidratan – berasa sangat dahaga atau panas, tidak dapat membuang air kecil, kuat berpeluh, atau kepanasan dan kekeringan kulit
  • Ketoasidosis (terlalu banyak asid dalam darah) – mual, muntah, sakit perut, kekeliruan, mengantuk yang luar biasa, atau masalah bernafas
  • Tanda-tanda jangkitan pundi kencing – sakit atau pedih ketika buang air kecil, air kencing yang keruh, sakit pada pelvis atau belakang badan
  • Tanda-tanda jangkitan kemaluan (penis atau vagina) – sakit, pedih, gatal-gatal, ruam, kemerahan, bau busuk, atau lelehan.

Orang dewasa yang lebih tua mungkin lebih cenderung untuk mengalami kesan sampingan dari ubat ini.

Antara kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Jangkitan pundi kencing
  • Jangkitan kelamin

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Jardiance?

Jardiance® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Ubat tekanan darah
  • Diuretik atau “pil air”
  • Insulin atau ubat kencing manis lain
  • NSAID (ubat anti radang bukan steroid) – aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib, diclofenac, indomethacin, meloxicam, dan lain-lain

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Jardiance?

Jardiance® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Jardiance?

Jardiance® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Diabetes Jenis 2:

Dos permulaan: 10 mg melalui mulut sekali pada waktu pagi

Maksimum dos: 25 mg melalui mulut sekali pada waktu pagi

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibu bapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah amat penting untuk anda memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Jardiance® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Tablet 10mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Jardiance®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut