Iyafin junior

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Iyafin junior Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Iyafin junior?

Iyafin Junior® biasanya digunakan untuk rawatan hidung berair, bersin, gatal-gatal, dan mata berair yang disebabkan oleh alahan, selesema biasa, atau jangkitan influenza.

Bagaimanakah kegunaan Iyafin junior?

Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Jangan mengambil ubat ini pada kekerapan yang kurang atau lebih daripada apa yang diarahkan pada label pakej, atau yang disyorkan oleh doktor anda. Ia boleh diambil dengan atau tanpa makanan.

Bagaimana saya menyimpan Iyafin junior?

Iyafin Junior® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Iyafin Junior® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Iyafin Junior® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Iyafin Junior® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Iyafin junior?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Iyafin Junior® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda sedang mengambil ubatan MAOI (antidepresan kumpulan perencat monoamine oxidase) dalam masa 14 hari sebelum ini.
  • Anda merancang untuk menggunakan ubat ini untuk kanak-kanak atau orang tua.
  • Anda sedang atau pernah mempunyai penyakit berikut: penahanan air kencing, aritmia jantung, asma, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), sumbatan leher pundi kencing, sumbatan gastrousus, penyakit kardiovaskular, diabetes, atau penyakit glaukoma sudut tertutup.

Adakah selamat untuk mengambil Iyafin junior semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai simptom tindak balas alahan berikut: gatal-gatal; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Berhenti menggunakan Iyafin Junior® dan hubungi doktor anda serta-merta jika anda mengalami yang berikut: kadar denyutan jantung yang cepat atau tidak sekata; perubahan mood; terketar-ketar, sawan (kekejangan); mudah lebam atau pendarahan, kelemahan luar biasa; sesak nafas; atau kencing yang sedikit mahupun tiada.

Antara kesan sampingan yang biasa termasuklah: pening kepala, mengantuk; kekeringan mulut, hidung, atau tekak; sembelit; penglihatan kabur; atau rasa gemuruh dan resah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Iyafin junior?

Iyafin Junior® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Iyafin junior?

Iyafin Junior® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Iyafin junior?

Iyafin Junior® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Rinitis Alahan:

  • Tablet atau sirap: 4 mg melalui mulut setiap 4 hingga 6 jam.
  • Dos pelepasan terlanjut: 8 hingga 16 mg melalui mulut setiap 8 hingga 12 jam sebagaimana perlu, atau 16 mg melalui mulut sekali sehari sebagaimana perlu.
  • Dos maksimum adalah 32 mg / hari.

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Simptom Selesema:

  • Tablet atau sirap: 4 mg melalui mulut setiap 4 hingga 6 jam.
  • Dos pelepasan terlanjut: 8 hingga 16 mg melalui mulut setiap 8 hingga 12 jam sebagaimana perlu, atau 16 mg melalui mulut sekali sehari sebagaimana perlu.
  • Dos maksimum adalah 32 mg / hari.

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Urtikaria:

  • Tablet atau sirap: 4 mg melalui mulut setiap 4 hingga 6 jam.
  • Dos pelepasan terlanjut: 8 hingga 16 mg melalui mulut setiap 8 hingga 12 jam sebagaimana perlu, atau 16 mg melalui mulut sekali sehari sebagaimana perlu.
  • Dos maksimum adalah 32 mg / hari.

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Reaksi Alergi:

  • Larutan suntikan:
    • Reaksi alahan terhadap infusi darah atau plasma: 10 hingga 20 mg melalui suntikan intravena, intramuskular, atau subkutaneus sebagai satu dos.
    • Anafilaksis: 10 hingga 20 mg suntikan intravena sebagai satu dos.
    • Keadaan alergi yang tidak rumit: 5 hingga 20 mg melalui suntikan intravena, intramuskular, atau subkutaneus sebagai dos tunggal.
    • Dos maksimum suntikan adalah 40 mg / hari.
  • Tablet atau sirap:
    • 4 mg melalui mulut setiap 4 hingga 6 jam.
    • Dos pelepasan terlanjut: 8 hingga 16 mg melalui mulut setiap 8 hingga 12 jam yang diperlukan atau 16 mg melalui mulut sekali sehari seperti yang diperlukan.
    • Dos maksimum 32 mg / hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa untuk Rinitis Alergi:

  • 3 – 5 bulan:
    • Sirap pelepasan terlanjut: 0.5 mg melalui mulut setiap 12 jam.
  • 6 – 8 bulan:
    • Sirap pelepasan terlanjut: 1 mg melalui mulut setiap 12 jam.
  • 9 – 18 bulan:
    • Sirap pelepasan terlanjut: 1 hingga 1.5 mg melalui mulut setiap 12 jam.
  • 18 bulan – 6 tahun:
    • Sirap pelepasan terlanjut: 2 mg melalui mulut setiap 12 jam.
  • 2 – 5 tahun:
    • Tablet atau sirap: 1 mg setiap 4 hingga 6 jam.
    • Dos pelepasan terlanjut: 2 mg melalui mulut dua kali sehari, tidak melebihi 8 mg dalam 24 jam.
    • Dos maksimum: 6 mg / hari.
  • 6 – 11 tahun:
    • Tablet atau sirap: 2 mg setiap 4 hingga 6 jam.
    • Dos pelepasan terlanjut: 4-8 mg melalui mulut dua kali sehari, tidak melebihi 16 mg dalam 24 jam atau 8 mg melalui mulut pada waktu tidur atau siang hari sebagaimana diarahkan.
    • Dos maksimum: 16 mg / hari.
  • 12 tahun ke atas:
    • Tablet atau sirap: 4 mg melalui mulut setiap 4 hingga 6 jam.
    • Dos pelepasan terlanjut: 8 hingga 16 mg melalui mulut setiap 8 hingga 12 jam sebagaimana perlu atau 16 mg melalui mulut sekali sehari sebagaimana perlu
    • Dos maksimum: 32 mg / hari.

Dos Pediatrik Biasa untuk Simptom Selesema:

Dos Pediatrik Biasa untuk Urtikaria:

Dos Pediatrik Biasa untuk Reaksi Alahan:

Larutan suntikan:

  • 2 tahun hingga 11 tahun:
    • 35 mg / kg / hari dalam dos yang dibahagikan, setiap 4 hingga 6 jam sebagaimana perlu.
  • 12 tahun ke atas:
    • Reaksi alahan terhadap infusi darah atau plasma: 10 hingga 20 mg melalui suntikan intravena, intramuskular, atau subkutaneus sebagai satu dos.
    • Anafilaksis: 10 hingga 20 mg suntikan intravena sebagai satu dos.
    • Keadaan alergi yang tidak rumit: 5 hingga 20 mg melalui suntikan intravena, intramuskular, atau subkutaneus sebagai dos tunggal.
    • Dos maksimum suntikan adalah 40 mg / hari.

Tablet atau sirap:

  • 2 hingga 5 tahun:
    • 1 mg setiap 4 hingga 6 jam.
    • Dos maksimum: 6 mg / hari.
    • Dos pelepasan terlanjut: 2 mg melalui mulut dua kali sehari, tidak melebihi 8 mg dalam 24 jam.
  • 6 hingga 11 tahun:
    • 2 mg setiap 4 hingga 6 jam.
    • Dos pelepasan terlanjut: 4-8 mg melalui mulut dua kali sehari, tidak melebihi 16 mg dalam 24 jam atau 8 mg pada waktu tidur atau siang hari sebagaimana diarahkan.
    • Dos maksimum: 16 mg / hari.
  • 12 tahun ke atas:
    • 4 mg melalui mulut setiap 4 hingga 6 jam.
    • Dos pelepasan terlanjut: 8 hingga 16 mg melalui mulut setiap 8 hingga 12 jam yang diperlukan atau 16 mg melalui mulut sekali sehari sebagaimana perlu
    • Dos maksimum: 32 mg / hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Iyafin Junior® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Sirap
  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Iyafin Junior®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut