Hyland's Cold Tablets with Zinc

Oleh

Nama AM: Hyland's Cold Tablets with Zinc Jenama: Hyland's Cold Tablets with Zinc.

Kegunaan

Apa itu Tablet Cold Hyland dengan Zinc?

Tablet Cold Hyland dengan Zinc biasanya digunakan untuk sementara melegakan simptom-simptom selesema biasa.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Larutkan 2 ke 3 tablet di bawah lidah setiap 4 jam atau sekadar yang diperlukan.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Tablet Cold Hyland dengan Zinc paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Tablet Cold Hyland dengan Zinc atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Rujuk doktor jika:

  • Simptom berterusan selama lebih daripada 7 hari atau semakin teruk.
  • Keradangan, demam atau jangkitan muncul.
  • Gejala disertai dengan demam tinggi (101ºF).

Jauhkan Tablet Cold Hyland dengan Zinc daripada kanak-kanak.

Jangan gunakan jika pita yang dicetak rosak atau hilang.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Tablet Cold Hyland dengan Zinc mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Tablet Cold Hyland dengan Zinc mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Tablet Cold Hyland dengan Zinc akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Larutkan 2 ke 3 tablet di bawah lidah setiap 4 jam atau sekadar yang diperlukan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: Larutkan 2 ke 3 tablet di bawah lidah setiap 4 jam atausekadar yang diperlukan.

Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun: ½ dos dewasa.

Kanak-kanak di bawah 6 tahun: sial bertanya dengan doktor.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Tablet Cold Hyland dengan Zinc boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet Cold Hyland dengan Zinc, 50 Tablets.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Mei 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda