Apa itu hexapneumine?

Oleh

Nama AM: Hexapneumine Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Hexapneumine ?

Hexapneumine biasanya digunakan untuk merawat gejala batuk kering, terutamanya apabila berlaku pada waktu malam.

Bagaimanakah kegunaan Hexapneumine?

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan mengambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Bagaimana saya menyimpan Hexapneumine?

Hexapneumine paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan hexapneumine di bilik mandi atau peti sejuk beku. Mungkin ada jenama hexapneumine yang berbeza yang mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang hexapneumine ke tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Hexapneumine?

Ubat ini tidak boleh digunakan dalam kes-kes berikut, seperti asma, kegagalan pernafasan, risiko glaukoma sudut tertutup, risiko pundi kencing penuh (cth., pembengkakan prostat), kanak-kanak di bawah 15 tahun (sirap dewasa), ibu menyusu.

Batuk merupakan gejala yang boleh menyebabkan banyak penyakit. Berjumpa dengan doktor jika ia berterusan lebih daripada beberapa hari.

Kerana kehadiran antihistamin dengan ubat penenang dan atropine, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh penghidap kegagalan hati dan buah pinggang terutamanya dalam kes-kes sembelit kronik, adenoma prostat, pening dan keletihan.

Ubat ini boleh menyebabkan glaukoma akut pada individu terdedah: mata merah, keras dan sakit dengan penglihatan yang kabur. Perlu rundingan dengan pakar oftalmologi dengan segera.

Sirap ini mengandungi gula (sukrosa) dan alkohol dalam kuantiti yang besar.

Adakah selamat untuk mengambil Hexapneumine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sentiasa merujuk dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Hexapneumine?

Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila menggunakan ubat ini, seperti:

    • Pening
    • Rasa loya
    • Muntah-muntah
    • Sembelit
    • Ruam
    • Kekeliruan
    • Mulut Kering
    • Kabur penglihatan
    • Perubahan mood
    • Degupan jantung yang laju atau tidak sekata
    • Sawan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Hexapneumine?

Hexapneumine mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan penenang lain (tranquilizers, pil, tidur, ubat-ubatan yang mengandungi opiates, ubat anti-kemurungan, anti-psikotik). Ia adalah penting untuk memberitahu pakar perbidanan sekiranya mengambil mana-mana codeine atau yang bersamaan daripadanya, supaya risiko-risiko tersebut boleh dicegah melalui pemantauan dan rawatan yang bersesuaian.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Hexapneumine?

Hexapneumine mungkin bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda apa-apa makanan yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Hexapneumine?

Hexapneumine akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Hexapneumine yang disyorkan untuk dewasa?

Ubat ini diambil sebaik-baiknya apabila anda batuk. Pengambilan hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya 4 jam.

Apakah dos Hexapneumine yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Ubat ini diambil sebaik-baiknya apabila anda batuk. Pengambilan hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya 4 jam.

Tiada dos yang disyorkan pada pesakit pediatrik berumur bawah 15 tahun. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda.  Adalah amat penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakannya. Sila merujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Hexapneumine

Hexapneumine boleh didapati dalam bentuk dos berikut dan kekuatan:

    • Sirap; Oral; Biclotymol 7.5 mg; Chlorpheniramine Maleate 0.5 mg; Mg Pholcodine 5

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Voltamicin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.