Hctz

Oleh

Nama AM: Hctz Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu HCTZ (Hydrochlorothiazide)?

HCTZ ialah diuretik tiazid  (pil air) yang menghalang badan anda daripada menyerap terlalu banyak garam, yang boleh menyebabkan pengekalan cecair.

HCTZ merawat pengekalan cecair (edema) dalam jantung individu yang tersumbat, hati sirosis, atau gangguan buah pinggang, atau bengkak kaki disebabkan pengambilan steroid atau estrogen. HCTZ juga digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi .

HCTZ juga boleh digunakan untuk tujuan lain yang tidak disenaraikan dalam panduan HCTZ.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ambil HCTZ sama seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan ambil dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ikut arahan pada label preskripsi anda.

Doktor anda mungkin akan mengubah dos anda untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik.

Tekanan darah anda perlu diperiksa dengan kerap. Lawati doktor anda dengan kerap.

Darah dan air kencing anda boleh diuji jika anda muntah atau dehidrasi.

HCTZ boleh mengganggu keputusan ujian tiroid. Maklumkan kepada mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda menggunakan diuretik thiazide.

Sekiranya anda dirawat kerana tekanan darah tinggi, terus gunakan HCTZ walaupun anda berasa sihat. Tekanan darah tinggi sering tidak mempunyai simptom . Anda mungkin perlu menggunakan HCTZ sepanjang hayat anda.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

HCTZ paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang HCTZ  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif dalam HCTZ  atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Anda tidak boleh menggunakan HCTZ jika anda tidak dapat membuang air kecil.

Untuk memastikan anda selamat mengambil HCTZ, maklumkan kepada doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:

  • Penyakit buah pinggang.
  • Penyakit hati.
  • Glaukoma.
  • Asma atau alahan.
  • Gout.
  • Kencing manis.
  • Alahan kepada ubat sulfa.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alahan terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.Berhenti menggunakan HCTZ dan hubungi doktor anda jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:

  • Sakit mata, masalah penglihatan.
  • Mulut kering, dahaga, loya, muntah-muntah.
  • Lemah badan, pening, tidak selesa.
  • Jantung berdebar atau berdegup laju.
  • Sakit otot atau lemah.
  • Kebas.
  • Merah, melepuh, mengelupas ruam kulit.
  • Mual, sakit perut, demam suhu rendah, hilang selera makan, air kencing gelap, najis berwarna seperti tanah liat, jaundis (kulit atau mata berwarna kuning).

Kesan sampingan yang kurang serius termasuklah:

  • cirit-birit.
  • Sakit perut.
  • Sembelit.
  • Penglihatan yang kabur.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

HCTZ mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Lithium (Eskalith, Lithobid).
  • Digoxin (Lanoxin).
  • Cholestyramine (Prevalite, Questran) atau colestipol (Colestid).
  • Steroids (prednisone dan lain-lain).
  • Ubat tekanan darah yang lain.
  • NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve, Naprosyn, Naprelan, Treximet), celecoxib (Celebrex), diclofenac (Arthrotec, Cambia, Cataflam, Voltaren, Flector Patch, Pennsaid, Solareze), indomethacin (Indocin), meloxicam (Mobic), dan lain-lain.
  • Insulin atau ubat kencing manis oral HCTZ (hydrochlorothiazide).

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

HCTZ mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

HCTZ akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos edema yang biasa untuk dewasa:

25 ke 100 mg secara oral diambil dalam satu atau dua dos.

Dos biasa untuk tekanan darah tinggi:

Dos permulaan: 25 mg secara oral sekali sehari.

Dos penyelenggaraan: mungkin ditambah ke 50 mg secara oral dan diambil dalam satu atau dua dos yang dibahagi.

Dos biasa untuk Nephrocalcinosis:

Dos permulaan: 25 mg secara oral sekali sehari.

Dos penyelenggaraan: mungkin ditambah ke 50 mg dua kali sehari.

Dos biasa untuk Osteoporosis:

Dos permulaan: 25 mg secara oral sekali sehari.

Dos penyelenggaraan: mungkin ditambah ke 50 mg sekali sehari.

Dos biasa untuk Diabetes Insipidus:

Dos permulaan: 50 mg secara oral sekali sehari.

Dos penyelenggaraan: mungkin ditambah ke 100 mg sekali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos kanak-kanak yang biasa untuk edema:

Kurang dari 6 bulan: Dinaikkan hingga 3 mg / kg / sehari (hingga 1.5 mg / paun) secara oral dibahagi dalam dua dos

Bawah 2 tahun: 1 hingga 2 mg / kg / sehari (0.5 hingga 1 mg / paun) secara oral setiap hari dalam satu dos atau dua dos yang dibahagi. Dos maksimum 37.5 mg sehari.

2 hingga 12 tahun: 1 hingga 2 mg / kg / sehari (0.5 hingga 1 mg / paun) secara oral setiap hari dalam satu dos atau dua dos yang dibahagi. Dos maksimum 100 mg sehari

Dos kanak-kanak yang biasa untuk darah tinggi

Bawah 6 bulan: Dinaikkan sehingga 3 mg / kg / sehari (hingga 1.5 mg / paun) secara oral dalam dua dos yang dibahagi.

Bawah 2 tahun: 1 hingga 2 mg / kg / sehari (0.5 hingga 1 mg / paun) secara oral setiap hari dalam satu dos atau dua dos yang dibahagi. Dos maksimum sehari ialah 37.5 mg

2 hingga 12 tahun: 1 hingga 2 mg / kg / hari (0.5 hingga 1 mg / paun) secara oral setiap hari dalam satu dos atau dua dos yang dibahagi. Dos maksimum sehari ialah 100 mg.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

HCTZ  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.