Harvoni

Oleh

Nama AM: Harvoni Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Harvoni® (Ledipasvir and Sofosbuvir)?

Harvoni® mengandungi kombinasi Ledipasvir dan Sofosbuvir. Ledipasvir dan Sofosbuvir ialah ubat antiviral yang menghalang virus Hepatitis C (HCV) membiak di dalam badan anda.

Harvoni®  digunakan untuk merawat hepatitis C jenis genotaip 1,4,5, atau 6. Ubat ini digunakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak di bawah 12 tahun atau berat kurang daripada 77 paun (35 kilogram)

Harvoni®  boleh dikombinasi bersama ubat lain yang dipanggil Ribavirin.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ambil Harvoni® seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Doktor anda akan melakukan ujian darah untuk memastikan anda bebas menggunakan Harvoni® dengan selamat.

Anda boleh mengambil Harvoni® dengan atau tanpa makanan. Ambil ubat pada masa yang sama setiap hari.

Harvoni® biasanya diambil sekali sehari selama 12 hingga 24 minggu. Ikut arahan dos doktor anda dengan cermat.

Anda akan memerlukan ujian darah yang kerap untuk memeriksa fungsi hati anda.

Hepatitis C sering dirawat dengan gabungan ubat-ubatan. Gunakan semua ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua maklumat pesakit, panduan ubat-ubatan, dan lembaran arahan yang diberikan kepada anda. Jangan ubah dos atau jadual ubat tanpa nasihat doktor anda. Setiap orang yang mempunyai hepatitis C kronik harus berada di bawah penjagaan seorang doktor.

Anda tidak boleh berhenti menggunakan Harvoni® tiba-tiba. Menghentikan secara tiba-tiba boleh menjadikan keadaan anda lebih sukar untuk dirawat dengan ubat antiviral hepatitis C.

Jika anda pernah mengalami hepatitis B, Harvoni® boleh menyebabkan keadaan ini kembali atau menjadi lebih teruk. Anda akan memerlukan ujian fungsi hati semasa rawatan dan untuk beberapa bulan selepas anda berhenti menggunakan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Harvoni® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkan Harvoni®  ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Harvoni®  atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Anda tidak boleh menggunakan Harvoni® jika anda alah kepada Ledipasvir atau Sofosbuvir, atau jika anda mengambil tablet Sofosbuvir (Sovaldi).

Untuk memastikan Harvoni selamat untuk anda, beritahu doktor anda jika anda mempunyai:

  • Sejarah hepatitis B.
  • Masalah hati selain daripada hepatitis.
  • Sejarah pemindahan hati.
  • Penyakit buah pinggang (atau jika anda menjalani dialisis).
  • HIV atau AIDS.
  • Masalah degupan jantung dan anda mengambil ubat yang dipanggil Amiodarone (Cordarone, Pacerone).

Anda tidak boleh menggunakan Harvoni® bersama ribavirin jika anda mempunyai:

  • Masalah buah pinggang yang teruk
  • Gangguan sel darah hemoglobin seperti sickle-cell Anemia atau Thalassemia.

Harvoni® kadang-kadang digunakan bersama ubat lain yang dipanggil Ribavirin. Ribavirin boleh menyebabkan kecacatan atau kematian pada bayi yang belum lahir. Anda mungkin perlu menjalani ujian kehamilan negatif sebelum mengambil Ribavirin dan setiap bulan semasa rawatan anda.

Jangan mengambil Ribavirin jika anda hamil. Sekiranya anda seorang lelaki, jangan mengambil Ribavirin jika pasangan seks anda hamil. Bayi yang belum lahir juga boleh terjejas kerana Ribavirin.

Gunakan sekurang-kurangnya dua bentuk kawalan kelahiran yang berkesan untuk mencegah kehamilan manakala sama ada salah satu pasangan mengambil Ribavirin. Teruskan menggunakan dua  bentuk kawalan kelahiran sekurang-kurangnya enam (6) bulan selepas rawatan selesai.

Maklumkan kepada doktor jika anda hamil jika salah seorang antara kedua pasangan mengambil Ribavirin.

Tidak diketahui sama ada Ledipasvir dan Sofosbuvir boleh melepasi ke susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu. Beritahu doktor anda jika anda menyusu bayi.

Harvoni tidak diluluskan untuk digunakan oleh sesiapa yang berusia lebih muda dari 12 tahun atau berat kurang dari 77 paun.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori  B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  •         A=Tiada risiko
  •         B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  •         C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  •         D=Terbukti berisiko
  •         X=Kontraindikasi
  •         N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Jika anda mengambil ubat jantung yang dipanggil Amiodarone, hubungi doktor anda jika mengalami:

  • Kepenatan yang teramat.
  • Lesu, rasa sakit-sakit.
  • Kekeliruan atau masalah ingatan.
  • Pening seperti hendak pengsan.
  • Nafas perlahan, seperti ada kesukaran bernafas.
  • Sakit dada, degup jantung perlahan, nadi lemah.

Kesan sampingan yang lazim seperti:

  • Lesu.
  • Sakit kepala.
  • Rasa letih.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Harvoni®  mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Amiodarone.
  • Digoxin (digitalis).
  • Ubat untuk merawat  hepatitis C, seperti simeprevir (Olysio) atau sofosbuvir (Sovaldi).
  • Rosuvastatin (Crestor).
  • John’s wort.
  • HIV atau AIDS – atazanavir, cobicistat, darunavir, elvitegravir, emtricitabine, lopinavir, ritonavir, tenofovir, tipranavir.
  • Ubat sawan – carbamazepine, oxcarbazepine, phenobarbital, phenytoin.
  • Pengurang asid perut – cimetidine (Tagamet), esomeprazole (Nexium), famotidine (Pepcid) lansoprazole (Prevacid), nizatidine (Axid), omeprazole (Prilosec), pantoprazole (Protonix), ranitidine (Zantac),dan lain-lain.
  • Ubat Tuberculosis – rifabutin, rifampin, rifapentine.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Harvoni® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Harvoni® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos untuk Hepatitis C kronik:

1 tablet makan sekali sehari.

Tempoh terapi:

Pesakit terapi tanpa sirosis: 12 minggu; 8 minggu untuk prarawatan HCV RNA kurang daripada 6 juta unit antarabangsa unit/ml.

Pesakit cirosis : 12 minggu.

Pesakit yang berpengalaman dengan terapi tanpa sirosis: 12 minggu.

Pesakit sirosis yang berpengalaman dengan terapi: 24 minggu.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Harvoni®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, bersalut filem: ledipasvir 90mg, sofosbuvir 40 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.