Hapacol

Oleh

Nama AM: Hapacol Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Hapacol?

Hapacol digunakan bagi merawat pelbagai keadaan seperti sakit kepala, sakit otot, artritis, sakit belakang, sakit gigi, selsema, dan demam. Ubat ini melegakan kesakitan pada artritis sederhana tetapi tidak memberi kesan terhadap punca inflamasi dan bengkak pada sendi.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Guna Hapacol seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang dipreskripsi oleh doktor.

Jangan guna ubat ini melebihi apa daripada yang disarankan. Dos Hapacol yang berlebihan akan menyebabkan bahaya yang serius.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Hapacol paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Hapacol di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Hapacol yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Hapacol ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Hapacol atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Elakkan dari pengambilan alkohol.

Ubat ini tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak yang menghidapi jangkitan seperti selsema, cacar air atau jangkitan viral.

Elakkan jumlah minuman berkafein yang banyak semasa mengambil Hapacol. Ia boleh mengurangkan kiraan platelet; elakkan daripada cedera atau lebam.

Langkah berjaga-laga perlu diambil oleh pesakit yang mempunyai sejarah asma, masalah pendarahan, ketumbuhan di dalam hidung, penyakit jantung, buah pinggang atau hati, inflamasi hati, tekanan darah tinggi, cacar air, kebimbangan, sukar untuk tidur, ulser, masalah perut, strok, Sindrom Kawasaki, sebarang alahan, individu yang mengambil ubat lain.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Hapacol semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Hapacol.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Segera dapatkan bantuan kecemasan perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda reaksi alahan terhadap paracetamol ini: geligata; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau kerongkong. Berhenti menggunakan ubat ini dan terus hubungi doktor anda jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:

  • Demam bersuhu rendah dengan mual, sakit perut dan hilang selera makan.
  • Urin berwarna gelap, najis berwarna seperti tanah liat.
  • Jaundis (kulit atau mata kekuningan).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Hapacol boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Hapacol mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Hapacol akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan ini termasuk:

  • Penyakit hati.
  • Sejarah alkoholisme.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dewasa: 0.5-1gm, 3-6 kali setiap hari maksimum 4gm.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak: 15mg / kg / dos atau 60mg / kg / 24jam dibahagikan setiap 6 jam.

Maksimum 5 dos SOS.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Hapacol boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • 150mg saket..
  • 250mg saket..
  • 325 tablet.
  • 650 mg tablet.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Hapacol, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut