Haldol

Oleh

Nama AM: Haldol Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Haldol® (Haloperidol)?

Haldol® biasanya digunakan untuk merawat skizofrenia. Ia juga digunakan untuk mengawal simptom yang berkait dengan gangguan Tourette. Ia juga boleh digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Haldol® adalah agen antipsikotik. Cara sebenar bagaimana ia berfungsi masih tidak diketahui, tetapi ia mungkin berfungsi dengan menyekat bahan kimia tertentu di dalam otak.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Guna Haldol® seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Periksa label pada ubat bagi mengetahui arahan sebenar dos.

Haldol® biasanya diberi melalui suntikan di pejabat, hospital, atau klinik doktor anda. Jika anda akan menggunakan Haldol® di rumah, pembekal penjagaan kesihatan anda akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakannya. Pastikan anda faham bagaimana hendak menggunakan Haldol®. Ikut prosedur yang telah dipelajari apabila anda mahu mengambil dos. Hubungi pembekal penjagaan kesihatan anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Jangan guna Haldol® jika ia mengandungi partikel, kelihatan keruh atau bertukar warna, atau jika vial ubat ini telah retak atau rosak.

Simpan produk ini, begitu juga picagari dan jarum, jauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Jangan guna semula jarum, picagari, atau bahan lain. Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda cara untuk membuang bahan-bahan ini selepas digunakan. Ikut semua peraturan setempat untuk membuangnya.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Haldol® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Haldol® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Haldol® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan. 

Anda tidak boleh membuang Haldol® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Haldol® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai penyakit darah porfiria, paras sel darah putih rendah, masalah elektrolit (contoh, kurang magnesium dalam darah, kurang potassium dalam darah), atau tekanan darah tinggi atau rendah.
  • Anda mempunyai sejarah Dementia, penyakit Alzheimer, sawan, Elektroensefalogram (EEG) yang abnormal, masalah tiroid, sindrom neuroleptik maligna (NMS), atau paras sel darah putih rendah disebabkan oleh ubat ini.
  • Anda mempunyai masalah jantung atau degupan jantung tidak sekata (contoh, QT memanjang, sindrom QT panjang), atau jika terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah keadaan ini.
  • Anda mempunyai paras prolaktin yang tinggi dalam darah atau sejarah jenis kanser tertentu (contoh, payudara, pankreas, pituitari), atau anda mempunyai risiko kanser payudara.
  • Anda sedang dehidrasi, minum alkohol, atau anda sering terdedah pada panas yang teruk.
  • Anda mengambil ubat yang boleh meningkatkan risiko beberapa jenis degupan jantung tidak sekata (QT memanjang) atau risiko masalah elektrolit (contoh, potassium dalam darah kurang). Periksa dengan doktor anda jika anda tidak pasti sama ada mana-mana ubat anda mungkin boleh meningkatkan risiko ini.

Haldol® boleh menyebabkan mengantuk, pening, atau penglihatan kabur. Kesan-kesan ini boleh menjadi bertambah teruk jika anda mengambil ubat ini dengan alkohol atau ubat-ubat tertentu. Guna Haldol® dengan berhati-hati. Jangan memandu atau melakukan tugasan lain yang mungkin berbahaya sehingga anda tahu bagaimana untuk berhadapan dengannya.

Jangan minum alkohol ketika anda sedang menggunakan Haldol®.

Periksa dengan doktor anda sebelum anda menggunakan ubat yang boleh menyebabkan mengantuk (contoh, ubat tidur, relaksan otot) ketika anda sedang menggunakan Haldol®; ia mungkin boleh menambahkan kesan ubat ini. Tanya ahli farmasi anda jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai ubat yang mana boleh menyebabkan mengantuk.

Jangan guna lebih daripada dos yang disarankan atau berhenti menggunakan Haldol® secara tiba-tiba tanpa memberitahu doktor anda.

Haldol® boleh menyebabkan anda lebih mudah mendapat selaran matahari. Elakkan daripada terkena matahari, cahaya lampu atau petak permerangan (tanning) sehingga anda tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Haldol®. Guna krim pelindung matahari atau pakai pakaian pelindung jika anda perlu berada di luar lebih lama.

Jangan biarkan diri anda terlalu panas dalam cuaca panas atau ketika anda sedang aktif; strok haba boleh berlaku.

Beritahu doktor atau doktor gigi anda yang anda sedang mengambil Haldol® sebelum anda menerima sebarang rawatan perubatan atau pergigian, rawatan kecemasan, atau pembedahan.

NMS adalah sindrom yang boleh membawa maut di mana boleh disebabkan oleh Haldol®. Simptom-simptom mungkin termasuk demam; kaku otot, keliru; pemikiran abnormal; degupan jantung laju atau tidak sekata; dan berpeluh. Terus hubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom ini.

Sesetengah pesakit yang mengambil Haldol® boleh mengalami pergerakan otot yang mereka tidak boleh kawal. Ini lebih cenderung terjadi pada pesakit tua, terutamanya wanita. Peluang untuk perkara ini berlaku atau menjadi kekal lebih tinggi pada individu yang mengambil Haldol® dalam dos yang lebih tinggi atau bagi jangka masa yang lama. Terus beritahu doktor anda jika anda mengalami masalah otot dengan lengan; kaki; atau lidah, muka, mulut, atau rahang anda (contoh, lidah terjelir keluar, pipi tembam, mulut muncung, pergerakan mengunyah) ketika mengambil Haldol®.

Pesakit diabetes – Haldol® boleh menganggu paras gula dalam darah anda. Awasi paras gula dalam darah. Tanya doktor anda sebelum anda mengubah dos ubat diabetes anda.

Haldol® boleh merendahkan kebolehan badan anda untuk melawan jangkitan. Elakkan bersentuhan dengan orang yang mempunyai selsema atau jangkitan. Beritahu doktor anda jika anda menyedari tanda-tanda jangkitan seperti demam, sakit tekak, ruam, atau seram sejuk.

Haldol® boleh meningkatkan jumlah hormon tertentu (prolaktin) dalam darah anda. Simptom-simptom yang mungkin berlaku termasuk payudata membesar, tidak datang haid, kurang kebolehan seksual, atau lelehan puting payudara. Terus hubungi doktor anda jika anda mengalami mana-mana simptom ini.

Haldol® jarang menyebabkan ereksi yang berpanjangan atau sakit. Ini boleh berlaku walaupun anda tidak melakukan seks. Jika perkara ini tidak terus dirawat, ia boleh mengakibatkan masalah seksual kekal seperti mandul. Segera hubungi doktor anda jika perkara ini terjadi.

Ujian makmal, termasuk kiraan sel darah lengkap, boleh dilakukan ketika anda menggunakan Haldol®. Ujian-ujian ini boleh digunakan untuk memantau keadaan anda atau memeriksa kesan sampingan. Pastikan anda menghadiri semua temu janji doktor dan makmal.

Guna Haldol® dengan berhati-hati pada golongan tua: mereka mungkin lebih sensitif terhadap kesan ubat ini, terutamanya pergerakan otot yang tidak terkawal.

Haldol® harus digunakan dengan sangat berhati-hati pada kanak-kanak; keselamatan dan keberkesanan ubat ini terhadap kanak-kanak masih belum dapat disahkan.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Haldol® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Haldol®. Haldol® termasuk dalam risiko hamil kategori C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi kebanyakan orang tidak mengalami, atau hanya mengalami sedikit kesan sampingan. Rujuk kepada doktor anda jika terdapat sebarang kesan sampingan yang paling biasa berlaku ini berlanjutan atau menganggu anda:

  • Sembelit.
  • Cirit birit.
  • Pening.
  • Mengantuk.
  • Mulut kering.
  • Sakit kepala.
  • Hilang selera makan.
  • Mual.
  • Gelisah.
  • Ketakselesaan perut.
  • Sukar tidur.

Segera dapatkan perhatian perubatan jika terdapat sebarang kesan sampingan teruk ini berlaku:

  • Reaksi alahan yang teruk (ruam; geligata; gatal-gatal; sukar bernafas; dada rasa ketat; bengkak pada muka, mulut, bibir, atau lidah).
  • Penglihatan kabur atau penglihatan lain berubah.
  • Sakit dada.
  • Keliru.
  • Urin berwarna gelap.
  • Susah kencing atau kencing berkurang.
  • Kurang kebolehan seksual.
  • Dehidrasi.
  • Sukar bercakap atau menelan.
  • Air liur meleleh.
  • Payudara membesar.
  • Peluh berlebihan atau bukan biasa.
  • Pengsan.
  • Degupan jantung tidak sekata atau laju.
  • Demam, seram sejuk, atau sakit tekak yang berlarutan.
  • Halusinasi.
  • Perubahan mental atau mood (contoh, pemikiran abnormal, agitasi, kebimbangan, depresi).
  • Tidak datang haid atau perubahan haid.
  • Lelehan puting payudara.
  • Ereksi yang berpanjangan dan sakit.
  • Otot kaku atau keras.
  • Sawan.
  • Pening, sakit kepala atau muntah yang terus atau berlarutan.
  • Sesak nafas atau batuk luar biasa.
  • Jalan menyeret.
  • Pergerakan otot tidak terkawal (contoh, pada lengan, kaki, lidah, rahang, pipi; tremor; mengerenyet).
  • Kulit atau mata kekuningan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Haldol® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Antiaritmik (contoh, amiodarone, disopyramide, dofetilide, dronedarone, flecainide, procainamide, quinidine, propafenone, sotalol), antipsikotik (contoh, iloperidone, paliperidone, ziprasidone), arsenik, astemizole, bepridil, chloroquine, cisapride, dolasetron, domperidone, droperidol, halofantrine, ketolide (contoh, telithromycin), perencat kinase (contoh, lapatinib, nilotinib), macrolide (contoh, erythromycin), maprotiline, methadone, phenothiazine (contoh, thioridazine), pimozide, antibiotik quinolone (contoh, levofloxacin, moxifloxacin), terfenadine, atau tetrabenazine kerana risiko kesan sampingan serius berkait dengan jantung mungkin akan meningkat.
  • Litium kerana kesan toksiknya tidak boleh dijangka, termasuk lemah, keletihan yang teruk, keliru, pergerakan otot yang tidak biasa, dan kerosakan otak, telah berlaku pada beberapa pesakit yang mengambil kombinasi ini. Masih tidak diketahui sama ada kombinasi haloperidol dan litium yang telah menyebabkan reaksi ini. Sila berbincang mengenai sebarang soalan atau kebimbangan dengan doktor anda.
  • Tramadol kerana risiko untuk sawan boleh bertambah.
  • Antikolinergik (contoh, benztropine) atau carbamazepine kerana ubat ini boleh meningkatkan risiko kesan sampingan Haldol® atau mengurangkan keberkesanan Haldol®.
  • Antifungal Azole (contoh, ketoconazole, itraconazole) kerana ubat ini boleh meningkatkan risiko kesan sampingan Haldol®.
  • Rifampin kerana ubat ini boleh mengurangkan keberkesanan Haldol®.
  • Antikoagulan (contoh, warfarin), ubat sakit narkotik, atau sodium oxybate  (GHB) kerana risiko kesan sampingan ubat ini boleh bertambah dengan Haldol®.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Haldol® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Haldol® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Ubat parenteral, diambil secara intraotot dalam dos 2 hingga 5 mg, yang digunakan bagi mengawal dengan segera pesakit skizofrenia yang sedang mengalami agitasi secara akut dengan kadar keterukan simptom yang sederhana sehingga sangat teruk.

Bergantung kepada kesan terhadap pesakit, dos lanjutan boleh diberikan, dimasukkan dengan kekerapan setiap satu jam, walaupun selangan 4 hingga 8 jam sudah mencukupi.

Dos maksimum ialah 20 mg / hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Haldol® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Suntikan: Haloperidol lactate 5mg dalam 1Ml.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Haldol®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.