Habitrol

Oleh

Nama AM: Habitrol Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Habitrol® (Nikotin)?

Habitrol® adalah produk perubatan yang digunakan untuk membantu berhenti daripada merokok bagi orang dewasa. Menggunakan jumlah nikotin yang terkawal dapat bantu mengurangkan gejala sarak nikotin apabila anda berhenti merokok.

Habitrol® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Transdermal Nikotin hanyalah sebahagian daripada program rawatan lengkap yang juga melibatkan kaunseling, kumpulan sokongan, dan perubahan tingkah laku. Kejayaan anda akan bergantung kepada penyertaan anda dalam semua aspek program berhenti merokok anda.

Guna seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Jangan guna dalam jumlah yang terlalu banyak atau sedikit atau lebih lama daripada yang disarankan. Ikut arahan pada label preskripsi anda.

Ubat ini datang bersama arahan kepada pesakit tentang penggunaan yang selamat dan berkesan. Kekuatan tampalan dan jumlah minggu rawatan anda akan bergantung kepada berapa banyak rokok yang telah anda hisap setiap hari sebelum berhenti. Ikut panduan dalam arahan untuk pesakit. Tanya doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Letak tampalan pada kulit yang bersih, kering dan tiada bulu pada dada atau bahagian luar lengan atas anda. Tekan tampalan dengan kuat ke dalam tempatnya selama lebih kurang 10 saat bagi memastikan ia melekat. Anda boleh biarkan tampalan tersebut ketika mandi atau berenang.

Jika tampalan terjatuh keluar, cuba untuk melekat semula pada tempatnya. Jika ia tidak melekat dengan baik, letak tampalan yang baharu.

Buang tampalan kulit selepas 24 jam dan ganti dengan tampalan yang baharu.

Pilih tempat yang berbeza pada badan anda untuk melekatkan tampalan setiap kali anda letak tampalan yang baru. Jangan lekat pada tempat yang sama dalam masa tujuh (7) hari.

Jangan pakai lebih daripada satu tampalan nikotin pada satu masa. Jangan potong tampalan kulit.

Selepas mengeluarkan tampalan kulit lipat ia kepada dua, bahagian yang melekat di dalam dan masukkan semula ke dalam kantungnya.

Basuh tangan anda selepas melekat atau mengeluarkan tampalan kulit nikotin.

Anda boleh menggunakan tampalan Habitrol® selama 24 jam.

Anda boleh guna tampaalan Nikoderm CQ selama 16 atau 24 jam (pakai selama 24 jam jika anda ketagih rokok apabila anda bangun pagi).

Jangan guna tampalan nikotin pada waktu malam jika anda mengalami mimpi yang jelas atau sukar untuk tidur.

Jangan guna tampalan nikotin lebih daripada 8 minggu tanpa nasihat doktor.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Habitrol® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Habitrol® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Habitrol® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Habitrol® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Habitrol® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain (termasuk menghidu, mengunyah tembakau atau gula-gula getah, lozeng, penyedut, atau penyembur hidung nikotin) ketika anda sedang menggunakan transdermal nikotin.

Jauhi tampalan nikotin yang telah digunakan atau belum digunakan lagi daripada kanak-kanak atau haiwan peliharaan. Jumlah nikotin dalam tampalan kulit yang telah digunakan atau belum digunakan lagi boleh membawa maut kepada kanak-kanak yang secara tidak sengaja menghisap atau menguyah tampalan tersebut.

Tampalan trasdermal nikotin boleh menyebabkan kulit anda terbakar jika anda memakai tampalan ketika menjalani MRI (pengimejan magnetik resonans). Buang tampalan tersebut terlebih dahulu sebelum menjalani ujian seperti ini.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Habitrol® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Habitrol®. Habitrol® termasuk dalam risiko hamil kategori D, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Segera dapatkan bantuan kecemasan perubatan jika anda mengalami sebarang tanda-tanda reaksi alahan: geligata; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau kerongkong.

Berhenti daripada menggunakan Habitrol® dan terus hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Degupan jantung laju atau kuat, dada bergetar-getar
  • Lemah atau pening yang sangat teruk
  • Mual dan muntah teruk
  • Kemerahan, bengkak, atau ruam kulit yang mana merupakan tempat tampalan nikotin (terutamanya jika simptom-simptom ini tidak hilang dalam masa empat hari selepas tampalan dibuang)

Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuklah:

  • Pening.
  • Masalah tidur (insomia), mimpi pelik.
  • Mulut kering, ketakselesaan perut.
  • Sakit sendi atau otot.
  • Sakit kepala.
  • Sedikit iritasi pada kulit yang mana tampalan dilekatkan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Habitrol® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Habitrol® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Habitrol® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan ini termasuk:

  • Penyakit jantung koronari, sakit dada (angina) atau gangguan ritma jantung.
  • Masalah peredaran darah, sindrom Raynaud.
  • Sejarah strok, darah beku, atau serangan jantung.
  • Tekana darah tinggi yang tidak dirawat atau tidak terkawal.
  • Sejarah sawan.
  • Diabetes jenis 1.
  • Penyakit hati atau buah pinggang .
  • Gangguan tiroid.
  • Ulser perut.
  • Asma, bronkitis atau COPD (penyakit sekatan pulmonari kronik).
  • Feokromositoma (tumor pada kelenjar adrenal).
  • Jika anda mempunyai masalah kulit yang akan menganggu pemakaian tampalan kulit.
  • Jika kulit anda sensitif pada pita pelekat atau balutan.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa bagi orang dewasa untuk berhenti merokok

Gula-gula getah:

Dos yang disarankan:

  • Rokok pertama dalam masa 30 minit selepas bangun tidur: 4 mg.
  • Rokok pertama lebih daripada 30 minit selepas bangun tidur: 2 mg.

Regimen yang disarankan:

  • Minggu 1 hingga 6: 1 gula-gula getah secara oral setiap 1 hingga 2 jam.
  • Minggu 7 hingga 9: 1 gula-gula getah secara oral setiap 2 hingga 4 jam.
  • Minggu 10 hingga 12: 1 gula-gula getah secara oral setiap 4 hingga 8 jam.
  • Dos maksimum: 24 gula-gula getah / hari.

Lozeng:

Dos yang disarankan:

  • Rokok pertama dalam masa 30 minit selepas bangun tidur: 4 mg.
  • Rokok pertama lebih daripada 30 minit selepas bangun tidur: 2 mg.

Regimen yang disarankan:

  • Minggu 1 hingga 6: 1 lozeng secara oral setiap 1 hingga 2 jam.
  • Minggu 7 hingga 9: 1 lozeng secara oral setiap 2 hingga 4 jam.
  • Minggu 10 hingga 12: 1 lozeng secara oral setiap 4 hingga 8 jam.
  • Dos maksimum: 20 lozeng / hari.

Penyedut:

Rawatan awal:

  • Dos yang disarankan: Sekurang-kurangnya 6 kartrij dihidu satu kali sehari selama 3 hingga 6 minggu pertama .
  • Dos maksimum: 16 kartrij / hari.
  • Tempoh terapi: Sehingga 12 minggu.

Dos pengurangan berkala: Tempoh terapi: Sehingga 12 minggu.

Penyembur hidung:

Rawatan awal:

  • Dos yang disarankan: 1 hingga 2 semburan pada setiap lubang hidung setiap jam untuk sehingga 3 bulan.
  • Dos maksimum: 40 mg / hari.

Tampalan:

  • Langkah 1: 21 mg tampalan secara tansdermal sekali sehari.
  • Langkah 2: 14 mg tampalan secara tansdermal sekali sehari.
  • Langkah 3: 7 mg tampalan secara tansdermal sekali sehari.

Lebih daripada 10 rokok / hari: Langkah 1 selama 4 minggu, kemudian langkah 2 selama 2 minggu, dan akhirnya langkah 3 selama 2 minggu

10 rokok / hari atau kurang: Langkah 2 selama 6 minggu, kemudian langkah 3 selama 2 minggu.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Habitrol® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Gula-gula getah.
  • Lozeng.
  • Penyedut.
  • Penyembur hidung.
  • Tampal.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Habitrol®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.