Gum canker-X

Oleh

Nama AM: Gum canker-X Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Canker-X Gum®?

Canker-X Gum® biasanya digunakan untuk:

  • Merawat kudis kanker & kudis mulut.
  • Membantu meningkatkan penyembuhan tanpa rasa menyengat.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda.

Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang terlalu banyak atau sedikit atau lebih lama daripada yang disarankan.

Sapu 1 atau 2 titik gel untuk menyelaputi seluruh kudis.

Sapu lapisan nipis gel dengan kapas kesat atau jari yang bersih.

Jangan sentuh kudis dengan lidah sekurang-kurangnya dua minit selepas disapu bagi membolehkan penghadang lindungan dapat dibentuk.

Elakkan daripada makan atau minum selama satu jam.

Untuk kegunaan luar sahaja.

Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda sebarang soalan yang mungkin anda ada mengenai cara menggunakan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Canker-X Gum® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Canker-X Gum® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Canker-X Gum® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Canker-X Gum® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan bayi anda. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Canker-X Gum® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan guna ubat ini jika terdapat bukti penutup pinggir bekas ubat telah dibuang.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Canker-X Gum® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Canker-X Gum®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Segera dapatkan perhatian perubatan jika:

  • Reaksi alahan (ruam; geligata; gatal-gatal; sukar bernafas; dada rasa ketat; bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah); demam panas, sakit kepala, mual, atau muntah.
  • Keadaan bertambah buruk.
  • Simptom-simptom berlarutan lebih daripada 7 hari atau hilang dan kemudian berlaku sekali lagi dalam masa beberapa hari.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Canker-X Gum® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Canker-X Gum® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Canker-X Gum® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sapu gel terus pada kudis kanker atau kudis mulut dengan kerap mengikut keperluan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Canker-X Gum® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Gel.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Canker-X Gum®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018