Goody's Headache Powders

Oleh

Nama AM: Goody's Headache Powders Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu serbuk sakit kepala Goody®?

Serbuk sakit kepala Goody® biasanya digunakan bagi merawat sakit akibat sakit kepala tekanan, sakit kepala migrain, sakit otot, kekejangan haid, artritis, sakit gigi, demam selsema, atau hidung tersumbat.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Guna ubat ini seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang telah dipreskripsi oleh doktor anda. Jangan ambil ubat ini lebih daripada yang disarankan. Dos acetaminophen yang berlebihan boleh merosakkan hati anda atau menyebabkan kematian.

Ambil ubat ini dengan makanan atau susu jika ia membuatkan perut anda tidak selesa.

Hubungi doktor anda jika simptom anda tidak bertambah baik selepas tujuh hari rawatan, atau jika anda mengalami demam lebih daripada tiga hari, atau terdapat sebarang bengkak atau kesakitan yang berlaku lebih daripada 10 hari.

Ubat ini boleh menyebabkan keputusan beberapa ujian makmal untuk glukosa (gula) dalam urin yang tidak betul. Beritahu mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda sedang menggunakan acetaminophen, aspirin dan kafein.

Jika anda memerlukan pembedahan, beritahu doktor bedah terlebih dahulu bahawa anda sedang menggunakan acetaminophen, aspirin, dan kafein. Anda mungkin perlu berhenti daripada menggunakan ubat ini untuk sementara waktu.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Serbuk sakit kepala Goody® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan serbuk sakit kepala Goody® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama serbuk sakit kepala Goody® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang serbuk sakit kepala Goody® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam serbuk sakit kepala Goody® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan serbuk sakit kepala Goody® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil serbuk sakit kepala Goody®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Segera dapatkan bantuan perubatan jika anda mengalami sebarang tanda-tanda reaksi alahan: geligata; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.

Dalam kes yang jarang berlaku, acetaminophen boleh menyebabkan reaksi kulit yang teruk sehinggakan boleh membawa maut. Perkara ini boleh berlaku walaupun anda pernah mengambil acetaminophen sebelum ini dan tidak mengalami sebarang reaksi. Berhenti daripada mengambil ubat ini dan terus hubungi doktor anda jika kulit anda kemerahan atau mempunyai ruam yang merebak dan menyebabkan lepuh dan mengelupas. Jika anda mempunyai jenis reaksi ini, anda tidak boleh lagi mengalami mana-mana ubat yang mengandungi acetaminophen.

Berhenti menggunakan ubat ini dan terus hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Kebimbangan, agitasi, keliru, panik yang teruk;
  • Mudah lebam atau berdarah;
  • Rasa pening, seolah-olah anda mahu pitam;
  • Jika anda berasa sangat dahaga atau panas, tidak boleh kencing, dan mengalami peluh yang berlebihan atau kulit yang panas dan kering;
  • Simptom pendarahan perut – najis berdarah atau berwarna seperti tar, batuk darah atau muntah yang kelihatan seperti tahi kopi;
  • Tinggi potassium – kadar degupan jantung perlahan, nadi lemah, otot lemah, rasa kebas;
  • Masalah hati – mual, sakit pada bahagian atas perut, gatal, hilang selera makan, urin berwarna gelap, najis berwarna tanah liat, jaundis (kulit atau mata kekuningan).

Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuk:

  • Perut tidak selesa, pedih ulu hati.
  • Mood murung, rasa bimbang atau resah.
  • Masalah tidur (insomia).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Serbuk sakit kepala Goody® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Serbuk sakit kepala Goody® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Serbuk sakit kepala Goody® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Migrain

500 mg acetaminophen, 500 mg aspirin, dan 130 mg kafein dalam kombinasi setiap hari mengikut keperluan.

Tempoh maksimum terapi migrain: 48 jam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Serbuk sakit kepala Goody® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Serbuk.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos serbuk sakit kepala Goody®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut