Nama AM: Glutethimide Jenama: .

Kegunaan

Apa kegunaan Glutethimide ?

Glutethimide biasanya digunakan untuk rawatan jangka pendek insomnia.

Bagaimanakah kegunaan Glutethimide?

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan mengambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Bagaimana saya menyimpan Glutethimide?

Glutethimide paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, jangan menyimpan glutethimide di dalam tandas atau penyejuk beku. Mungkin ada jenama glutethimide yang berbeza yang mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak bungkusan mengenai penyimpanan, atau bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh membuang glutethimide ke dalam tandas atau menuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila telah tamat tempoh atau tidak diperlukan lagi. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut mengenai cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Glutethimide?

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor anda jika anda alah kepada glutethimide.

Risiko-faedah harus dipertimbangkan apabila masalah perubatan berikut terjadi, seperti:

    • Halangan leher pundi kencing
    • Gangguan irama jantung
    • Glaukoma
    • Sudut-sempit
    • Ulser peptic
    • Pembengkakan prostat (prostatic hypertrophy)
    • Halangan aliran keluar gastrik (pyloroduodenal obstruction)
    • Penyalahgunaan atau ketergantungan kepaa dadah
    • Kesakitan yang tidak terkawal
    • Porphyria
    • Kemerosotan fungsi buah pinggang yang teruk
    • Sensitif terhadap glutethimide

Adakah selamat untuk mengambil Glutethimide semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat mencukupi di kalangan wanita untuk menentukan risiko apabila menggunakan glutethimide semasa mengandung atau menyusukan anak. Sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbangkan potensi faedah dan risiko sebelum mengambil glutethimide. Glutethimide ialah risiko kehamilan kategori C, menurut US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA seperti di bawah:

    • A = tiada risiko
    • B = tiada risiko dalam beberapa kajian
    • C = mungkin ada beberapa risiko
    • D = bukti positif risiko
    • X = bahaya digunakan (contraindicated)
    • N = tidak diketahui

Penghasilan susu ibu

Glutethimide diedarkan ke dalam susu ibu; penggunaan glutethimide oleh seorang wanita yang menyusukan bayi boleh menyebabkan bayi khayal.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Glutethimide?

Boleh berlaku beberapa kesan sampingan bila menggunakan ubat ini, termasuk:

  • Ruam kulit
  • Ketidakseimbangan darah
  • Sakit tekak
  • Demam
  • Pendarahan luar biasa atau lebam
  • Keletihan atau kelemahan luar biasa
  • Reaksi paradoks (keseronokan luar biasa)
  • Mengantuk, siang hari
  • Kabur penglihatan
  • Kecuaian
  • Kekeliruan
  • Pening
  • Kesan setelah mabuk
  • Sakit kepala
  • Rasa loya
  • Muntah-muntah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Glutethimide?

Glutethimide mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk  yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Ubat-ubatan yang menyebabkan ketagihan, terutama ubat penenang sistem saraf  pusat (CNS) dengan potensi kebiasaan.
  • Alkohol atau ubat-ubatan penenang sistem saraf pusat (CNS)
  • Ubat pencair darah, sama ada coumarin atau indandione

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Glutethimide?

Glutethimide mungkin bertindakbalas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang apa-apa makanan atau minuman beralkohol yang berpotensi bertindakbalas sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Glutethimide?

Glutethimide mungkin bertindabalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Ia adalah penting untuk sentiasa memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan yang anda ada sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Glutethimide yang disyorkan untuk dewasa?

Sedative-hypnotic

Oral , 500 mg sebelum tidur; dos diulang jika perlu, tetapi tidak kurang daripada empat jam sebelum pesakit bangun tidur.

Nota: Warga emas atau pesakit yang lemah mungkin lebih sensitif kepada kesan dos orang dewasa biasa. Dos harian yang awal tidak harus melebihi 500 mg sebelum tidur.

Apakah dos Glutethimide yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos yang disyorkan pada ibu bapa pesakit pediatrik. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila merujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut

Apakah bentuk penyediaan Glutethimide

Glutethimide boleh didapati dalam bentuk dos berikut dan kekuatan:

    • Tidak terdapat secara komersial

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Voltamicin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda