Fructines

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Fructines Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Fructines?

Fructines® biasanya digunakan untuk merawat sembelit, sebelum menjalani beberapa jenis pembedahan atau pemeriksaan perubatan.

Natrium picosulfate menggalakkan otot usus untuk membuang produk yang tidak diperlukan di dalam badan. Ini membantu anda di tandas. Biasanya ia berkesan selepas 6-12 jam pengambilannya.

Bagaimanakah kegunaan Fructines?

Ubat ini diambil secara oral. Telan kesemua ubat ini. Jangan mengunyah atau mengahnurkannya. Ambil bersama segelas air.

Bagaimana saya menyimpan Fructines?

Fructines® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Fructines?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda jika :

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Fructines® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Ia untuk anak anda. Ini kerana julap hanya perlu diberikan kepada anak-anak mengikut nasihat doktor atau profesional penjaga kesihatan.
  • Anda mengalami kesakitan teruk pada perut anda dan berasa loya.
  • Anda baru menjalani pembedahan usus atau abdomen, atau anda didiagnos dengan keadaan radang usus
  • Kurang air di dalam badan anda (dehidrasi) atau mengambil tablet “air” (diuretik).

Adakah selamat untuk mengambil Fructines semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah:

  • Cirit- birit
  • Perut tidak selesa atau sakit
  • Kejang perut
  • Loya
  • Sembelit berpanjangan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Fructines?

Fructines® mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Fructines?

Fructines® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Fructines?

Fructines® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan berikut ialah:

  • Usus tersumbat
  • Paralytic ileus (usus kurang bergerak, menyebabkan usus tersumbat)
  • Sakit abdomen dan berasa sakit (loya) atau muntah
  • Penyakit inflamasi usus akut (seperti ulcerative colitis, penyakit usus bawah yang mempunyai luka terbuka dengan simptom cirit-birit bercampur darah)
  • Keadaan abdomen bagi pembedahan (appendisitis)
  • Dehidrasi

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos bagi orang dewasa ialah 2-4 tablet. Ambil kapsul dengan air untuk membantu anda menelan dengan baik. Sodium picosulfate mengambil masa 6-12 jam untuk bertindak di dalam badan, jadi ia baik diambil sebelum tidur.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tidak diketahui dos yang sesuai untuk pesakit kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat digunakan untuk anak anda. Adalah penting untuk anda memahami sepenuhnya tentang keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda  untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Fructines® boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut:

  • Tablet, boleh dikunyah; Oral; Sodium Picosulfate 5 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 1, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 1, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.