Apa itu foscarnet-natri?

Oleh

Nama AM: Foscarnet Natri Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Foscarnet Natri ?

Foscarnet Natri adalah sejenis ejen antiviral yang berfungsi dengan menghalang pertumbuhan dan pembiakan virus, lalu membantu melawan jangkitan disebabkan virus.

Foscarnet natri biasanya digunakan untuk merawat masalah mata disebabkan oleh Cytomegalovirus (CMV) pada pesakit AIDS. Ia juga digunakan untuk merawat virus Herpes Simplex (HSV) yang tidak boleh dirawat dengan ubat lain pada pesakit dengan sistem imun yang lemah.

Ia juga boleh digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Bagaimanakah kegunaan Foscarnet Natri?

Foscarnet diberikan sebagai suntikan di pejabat, hospital, atau klinik doktor anda. Hubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Anda disyorkan meminum cecair tambahan semasa mengambil foscarnet. Semak arahan daripada doktor anda.

Tanya doktor anda tentang sebarang soalan tentang penggunaa foscarnet.

Bagaimana saya menyimpan Foscarnet Natri?

Foscarnet akan dikendalikan dan disimpan oleh pihak kesihatan. Anda tidak akan menyimpannya di rumah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Foscarnet Natri?

Sebelum menggunakan foscarnet natri, maklumkan doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan dalam foscarnet natri.
  • Anda mempunyai masalah jantung tertentu atau sedang menjalani diet rendah natrium.
  • Anda sedang menjalani hemodialisis.
  • Anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau sedang menyusukan anak.
  • Anda sedang mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, persediaan herba, atau makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan lain.

Foscarnet boleh menyebabkan pening. Kesan ini boleh menjadi lebih teruk jika anda mengambilnya dengan alkohol atau ubat-ubatan tertentu. Gunakan foscarnet dengan berhati-hati. Jangan memandu atau melaksanakan tugas-tugas lain yang mungkin tidak selamat sehingga anda tahu tindak balas badan anda kepadanya.

Jika anda mengalami sawan, pening, atau mengantuk semasa menggunakan foscarnet, jangan memandu atau melaksanakan tugas-tugas lain yang mungkin tidak selamat. Bincangkan seabarang soalan atau kebimbangan dengan doktor anda.

Foscarnet bukanlah penyembuh untuk jangkitan CMV, dan keradangan mata mungkin bertambah semasa dan selepas rawatan.

Foscarnet bukanlah penyembuh untuk jangkitan HSV. Walaupun penyembuhan penuh boleh dicapai, jangkitan mungkin kembali.

Sawan mungkin berlaku dengan foscarnet. Kematian kadangkala boleh berlaku dengan sawan. Bincangkan sebarang soalan atau kebimbangan dengan doktor anda.

Foscarnet boleh menyebabkan keradangan vena. Ia boleh membakar kulit jika ubat dalam vena bocor keluar sewaktu diberikan. Maklumkan jururawat anda jika anda mengalami sebarang kemerahan, rasa terbakar, sakit, bengkak, atau terdapat cecair bocor di tempat ubat dimasukkan ke dalam badan anda.

Ujian makmal, termasuk pemeriksaan mata, ujian fungsi buah pinggang, dan tahap elektrolit boleh dilakukan semasa anda menggunakan foscarnet. Ujian-ujian ini boleh digunakan untuk memantau keadaan anda atau memeriksa kesan sampingan. Pastikan anda menyimpan semua tarikh temu janji doktor dan makmal.

Keselamatan dan keberkesanan pada kanak-kanak belum disahkan. Gunakan foscarnet dengan berhati-hati kepada kanak-kanak. Bincanglah dengan doktor anda.

Adakah selamat untuk mengambil Foscarnet Natri semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan foscarnet natri semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan risiko sebelum mengambil foscarnet natri.  Foscarnet natri adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Tidak disokong/Contraindicated
  • N =tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Foscarnet Natri?

Beberapa kesan sampingan yang biasa berlaku termasuklah:

  • Resah-gelisah
  • Kurang selera makan
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Sakit perut
  • Berpeluh
  • Keletihan
  • Muntah
  • Lemah

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk seperti berikut berlaku:

  • Reaksi alahan yang teruk (ruam; gatal-gatal, sukar bernafas, sesak dada, bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah)
  • Rasa terbakar, kebas atau kesemutan
  • Kemurungan
  • Ulser atau kerengsaan kelamin
  • Tidak dapat mengawal pergerakan otot
  • Sawan
  • Sesak nafas
  • Simptom masalah cecair dan elektrolit (contohnya, perubahan mood; kekeliruan; kekejangan, sakit, atau lemah otot; kebas atau kesemutan di sekeliling mulut atau pada tangan atau kaki; degupan jantung laju atau tidak teratur; sawan, kehilangan selera makan, loya yang teruk atau muntah; pening yang teruk atau pengsan; lebih dahaga; mulut atau mata kering)
  • Simptom jangkitan (contohnya, demam, menggigil, batuk, sakit tekak)
  • Tanda-tanda masalah buah pinggang (contohnya, tidak dapat membuang air kecil, perubahan dalam berapa banyak air kencing, darah dalam air kencing, berat badan bertambah)
  • Keletihan atau lemah yang luar biasa
  • Perubahan penglihatan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan tertentu, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Foscarnet Natri?

Foscarnet natri mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Foscarnet Natri?

Foscarnet natri mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Foscarnet Natri?

Foscarnet natri mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Masalah sistem saraf pusat
  • Masalah elektrolit darah (contohnya, kalsium, fosfat, magnesium, kalium)
  • Masalah jantung
  • Masalah buah pinggang
  • Dehidrasi
  • Masalah darah (contohnya anemia, bilangan sel darah putih rendah)
  • Masalah sawan

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Foscarnet Natri yang disyorkan untuk dewasa?

Retinitis (keradangan retina mata) disebabkan CMV

Pesakit dengan AIDS: Terapi gabungan dengan ganciclovir disyorkan untuk pesakit yang mendapat jangkitan berulang setelah foscarnet atau ganciclovir.

Induksi: Dos yang disyorkan ialah 60 mg / kg untuk 8 jam IV x14-21 hari; infusi IV sekurang-kurangnya 60 min.

Dos pengekalan: Dos yang disyorkan adalah 90-120 mg / kg IV Day; infusi IV sekurang-kurangnya 60-90 min.

Herpes Simplex

Untuk pesakit Herpes simplex rendah imun yang tidak berkesan menggunakan acyclovir.

Pilihan 1: Dos yang disyorkan ialah 40 mg / kg IV q8hr x14-21 hari; suntikan IV sekurang-kurangnya 60 min.

Pilihan 2: Dos yang disyorkan adalah 40-60 mg / kg IV q12hr x14-21 hari; suntikan IV sekurang-kurangnya 60 min.

Apakah dos Foscarnet Natri yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos belum ditentukan pada pesakit kanak-kanak di bawah 18 tahun. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Foscarnet Natri

Foscarnet natri boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

suntikan 24mg / ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos foscarnet, hubungi doktor anda dengan segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.