Apa itu fluticasone-propionate?

Oleh

Nama AM: Fluticasone Propionate Jenama: Fluticasone Propionate.

Kegunaan

Apa kegunaan Fluticasone Propionate ?

Fluticasone propinate adalah steroid yang menghalang pelepasan bahan-bahan dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Fluticasone propinate biasanya digunakan untuk rawatan hidung tersumbat, bersin, hidung berair dan mata gatal atau berair disebabkan oleh alahan bermusim atau sepanjang tahun.

Bagaimanakah kegunaan Fluticasone Propionate?

Gunakan seperti yang diarahkan pada label, atau sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Jangan berkongsi ubat ini dengan orang lain, walaupun mereka mempunyai simptom yang sama seperti anda. Tanya doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang soalan.

Kanak-kanak yang menggunakan semburan hidung fluticasone propinate harus diawasi oleh orang dewasa.

Ubat ini disediakan dengan panduan pesakit untuk penggunaan yang selamat dan berkesan, dan arahan untuk penyediaan alat inhaler.

Sebelum penggunaan pertama anda, goncang pam semburan hidung dan lakukan 6 semburan ujian ke udara (jauh dari muka anda), sehingga semburan yang halus terhasil.

Jika anda bertukar kepada semburan hidung fluticasone propinate daripada ubat steroid lain, jangan berhenti menggunakan ubat tersebut secara tiba-tiba atau anda mungkin akan mengalami simptom yang tidak menyenangkan. Bincang dengan doktor anda tentang kaedah mengurangkan dos ubat steroid anda perlahan-lahan sebelum berhenti sepenuhnya.

Ia mungkin mengambil masa sehingga beberapa hari sebelum simptom-simptom anda bertambah baik. Teruskan penggunaan ubat seperti yang diarahkan dan maklumkan doktor anda jika simptom anda tidak bertambah baik selepas seminggu rawatan.

Bagaimana saya menyimpan Fluticasone Propionate?

Fluticasone propionate lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan fluticasone propionate dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama fluticasone propionate berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam fluticasone propionate ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Fluticasone Propionate?

Sebelum mengambil ubat ini, terdapat beberapa maklumat penting yang anda boleh notis:

  • Anda tidak boleh menggunakan semburan hidung fluticasone propinate jika anda alah kepadanya.
  • Maklumkan doktor anda jika anda baru sahaja mengalami kecederaan atau menjalani pembedahan hidung.
  • Pastikan bahawa semburan hidung fluticasone propinate tidak menyebabkan kesan berbahaya pada hidung atau sinus anda, doktor anda mungkin perlu mengwasi keadaan anda secara berterusan.
  • Semburan hidung fluticasone propinate boleh melemahkan sistem imun anda, meningkatkan risiko mendapat jangkitan atau menyebabkan jangkitan sedia ada bertambah teruk. Maklumkan doktor anda mengenai sebarang penyakit atau jangkitan yang anda alami dalam beberapa minggu yang lalu.
  • Maklumkan doktor anda jika anda mempunyai diabetes. Ubat-ubatan steroid boleh meningkatkan tahap glukosa (gula) dalam darah atau air kencing anda. Anda juga mungkin perlu menyesuaikan dos ubat diabetes anda.
  • Tiada kepastian bahawa fluticasone propinate tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Jangan gunakan ubat ini tanpa nasihat doktor jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung.
  • Tiada kepastian bahawa fluticasone propinate tidak akan melalui susu ibu atau ¬†membahayakan bayi yang menyusu. Jangan gunakan ubat ini tanpa nasihat doktor jika anda sedang menyusukan bayi.
  • Ubat steroid boleh menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak. Maklumkan doktor anda jika anak anda tidak membesar pada kadar yang normal semasa menggunakan ubat ini.

Adakah selamat untuk mengambil Fluticasone Propionate semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan fluticasone propionate semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil fluticasone propionate. Fluticasone propionate adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Dilarang (Contraindicated)
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Fluticasone Propionate?

Kesan sampingan biasa apabila menggunakan ubat ini termasuklah:

  • Hidung berdarah
  • Rasa terbakar atau gatal-gatal dalam hidung
  • Luka atau tompok putih di dalam atau di sekitar hidung anda
  • Batuk
  • Sukar bernafas
  • Sakit kepala
  • Sakit belakang
  • Sakit sinus
  • Sakit tekak
  • Demam
  • Loya
  • Muntah

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Pendarahan hidung yang teruk atau berterusan
  • Pernafasan bising
  • Hidung berair
  • Pembentukan kerak sekitar hidung
  • Kemerahan hidung, kudis, atau tompok putih dalam mulut atau tekak
  • Demam
  • Menggigil
  • Rasa lemah
  • Loya
  • Muntah
  • Simptom flu
  • Sebarang luka yang sukar sembuh
  • Penglihatan kabur
  • Sakit mata
  • Melihat halo di sekitar lampu

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan termasuklah gatal-gatal; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Fluticasone Propionate?

Fluticasone propionate mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Beritahu doktor anda jika anda mengambil:

  • Ubat-ubatan antikulat
  • Ubat antiviral untuk merawat hepatitis C atau HIV / AIDS

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Fluticasone Propionate?

Fluticasone propionate mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Fluticasone Propionate?

Fluticasone propionate mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Tuberkulosis atau sebarang jangkitan atau penyakit lain
  • Glaukoma atau katarak
  • Penyakit hati
  • Jangkitan herpes simplex virus pada mata
  • Luka atau ulser dalam hidung

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Etomidate Lipuro yang disyorkan untuk dewasa?

Rinitis (keradangan hidung):

Semburan hidung fluticasone propinate (furoate): 2 semburan (27.5 mcg / semburan) dalam setiap lubang hidung sekali sehari. Apabila kesan maksimum telah dicapai dan simptom telah reda, pengurangan dos kepada 55 mcg (1 semburan dalam setiap lubang hidung) sekali sehari mungkin berkesan.

Semburan hidung fluticasone propinate (propionate): 1 atau 2 semburan (50 mcg / semburan) dalam setiap lubang hidung sekali sehari seperti yang diperlukan.

Penggunaan: rawatan simptom bermusim dan rinitis alahan.

Dos yang biasa adalah 1 hingga 2 semburan ke dalam setiap lubang hidung sekali sehari.

Apakah dos Etomidate Lipuro yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Rinitis:

2 hingga 11 tahun:

Semburan hidung fluticasone propinate (furoate): 1 semburan (27.5 mcg / semburan) dalam setiap lubang hidung sekali sehari.

4 ke 11 tahun:

Semburan hidung fluticasone propinate (propinate): 1 semburan (50 mcg / semburan) dalam setiap lubang hidung sekali sehari.

12 tahun atau lebih:

Semburan hidung fluticasone propinate (furoate): 2 semburan (27.5 mcg / semburan) dalam setiap lubang hidung sekali sehari.

Semburan hidung fluticasone propinate (propinate): 1 atau 2 semburan (50 mcg / semburan) dalam setiap lubang hidung sekali sehari seperti yang diperlukan.

Semburan hidung fluticasone propinate (furoate):

  • Kanak-kanak antara 2 hingga 11 tahun yang tidak berkesan dengan 55 mcg boleh menggunakan 110 mcg (2 semburan dalam setiap lubang hidung) sekali sehari.
  • Apabila kesan maksimum telah dicapai dan simptom-simptom telah dikawal, pengurangan dos kepada 55 mcg (1 semburan dalam setiap lubang hidung) sekali sehari mungkin tetap berkesan.

Penggunaan: rawatan simptom bermusim dan rinitis alahan.

Apakah bentuk penyediaan Etomidate Lipuro

Fluticasone propionate boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • 27.5mcg /semburan (Flonase Sensimist Allergy Relief [OTC])
  • 50mcg /semburan (Flonase Allergy Relief [OTC], ClariSpray [OTC])

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos semburan hidung fluticasone propionate, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.