Excedrin

Oleh

Nama AM: Excedrin Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Excedrin®?

Excedrin® mengandungi kombinasi Acetaminophen, Aspirin, dan Kafein. Acetaminophen berfingsi untuk mengurangkan sakit dan demam. Aspirin adalah dalam kumpulan ubat-ubatan yang dipanggil salicylates. Ia berfungsi dengan mengurangkan bahan di dalam tubuh yang menyebabkan rasa sakit, demam, dan keradangan. Kafein pula adalah perangsang sistem saraf pusat. Ia melegakan pengecutan otot dalam saluran darah untuk memperbaiki aliran darah.

Excedrin® digunakan untuk merawat kesakitan yang disebabkan oleh sakit kepala kerana tertekan, sakit kepala migrain, sakit otot, kekejangan sewaktu haid, radang sendi, sakit gigi, selesema biasa, atau kesesakan hidung.

Excedrin® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Gunakan Excedrin® dengan betul seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Jangan mengambil ubat ini melebihi dos yang disyorkan. Dos Acetaminophen yang berlebihan boleh merosakkan hati anda atau menyebabkan kematian.

Ambil Excedrin® dengan makanan atau susu jika ia menyebabkan anda sakit perut.

Hubungi doktor anda jika gejala tidak bertambah baik selepas tujuh (7) hari rawatan, atau jika anda mengalami demam yang berlanjutan lebih daripada tiga (3) hari, atau sebarang bengkak atau kesakitan yang berlanjutan lebih lama daripada 10 hari.

Ubat ini boleh menyebabkan keputusan yang luar biasa dengan ujian makmal tertentu untuk glukosa (gula) dalam air kencing. Beritahu mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda menggunakan Excedrin®.

Sekiranya anda memerlukan pembedahan, beritahu pakar bedah terlebih dahulu bahawa anda menggunakan Excedrin®. Anda mungkin perlu berhenti menggunakan ubat ini untuk masa yang singkat.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Excedrin®  paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Excedrin® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Excedrin® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Excedrin® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil Excedrin®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Excedrin® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan berikan Excedrin® kepada kanak-kanak atau remaja yang mengalami demam, gejala selesema, atau cacar air. Aspirin boleh menyebabkan sindrom Reye, yang serius dan kadang-kadang boleh membawa maut kepada kanak-kanak.

Anda tidak boleh menggunakan Excedrin® jika anda alah kepada Acetaminophen (Tylenol), Aspirin, Kafein, atau mana-mana NSAIDs (Advil, Motrin, Aleve, Orudis, Indocin, Lodine, Voltaren, Toradol, Mobic, Relafen, Feldene dan lain-lain).

Aspirin boleh menyebabkan pendarahan pada perut atau usus, yang boleh membawa maut. Keadaan ini boleh berlaku tanpa sebarang amaran semasa anda mengambil Excedrin®.

Tanya doktor atau ahli farmasi sama ada anda selamat untuk mengambil Excedrin® atau tidak jika anda mempunyai keadaan perubatan yang lain, terutamanya:

  • Penyakit hati, sirosis, sejarah penyalahgunaan alkohol, atau jika anda minum lebih daripada 3 minuman beralkohol setiap hari.
  • Asma atau asma bermusim.
  • Demam dengan leher yang kejang.
  • Ulser perut,  pendarahan perut atau usus, ulcerative colitis.
  • Penyakit pendarahan atau pembekuan darah seperti hemofilia.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Jika anda sedang menggunakan ubat untuk merawat glaukoma atau mencegah penggumpalan darah.

Jika anda mengambil Excedrin® untuk merawat sakit kepala, dapatkan bantuan perubatan jika anda mengalami:

  • Sakit kepala yang sangat teruk sehingga anda perlu berbaring.
  • Sakit kepala yang menyebabkan muntah.
  • Anda merasakan sakit kepala yang paling buruk yang pernah anda alami.
  • Sakit kepala yang kelihatan berbeza dari sakit kepala biasa anda.
  • Sakit kepala setiap hari.
  • Sakit kepala selepas batuk, lenturan, bersenam, atau kecederaan kepala.
  • Jika anda tidak pernah mengalami migrain yang didiagnosis oleh doktor.
  • Jika anda mengalami sakit kepala pertama selepas umur 50 tahun.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Excedrin®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai sebarang tanda reaksi alergi terhadap Excedrin: gatal-gatal; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Dalam kes yang jarang berlaku, acetaminophen boleh menyebabkan reaksi kulit yang teruk yang boleh membawa maut. Ini boleh berlaku walaupun anda telah mengambil acetaminophen pada masa lalu dan tiada reaksi. Berhenti mengambil Excedrin® dan hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai  kulit kemerahan atau ruam yang menyebar dan melepuh serta mengelupas. Sekiranya anda mempunyai tindak balas jenis ini, anda tidak sepatutnya mengambil ubat yang mengandungi acetaminophen.

Berhenti menggunakan Excedrin® dan hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai:

  • Kebimbangan yang teruk, kerunsingan, kekeliruan, panik.
  • Mudah lebam atau berdarah.
  • Rasa pusing, seperti anda mungkin pitam.
  • Jika anda merasa sangat dahaga atau panas, tidak dapat kencing, dan berpeluh banyak atau kulit panas dan kering.
  • Tanda-tanda pendarahan perut- najis berdarah atau berwarna hitam, batuk berdarah atau muntah yang kelihatan seperti kopi.
  • Kadar potassium tinggi- denyutan jantung perlahan, nadi lemah, kelemahan otot, rasa kebas.
  • Masalah hati- loya, sakit perut bahagian atas, gatal-gatal, kehilangan nafsu makan, air kencing berwarna gelap, najis berwarna cerah, jaundis (kuning kulit atau mata).

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Sakit perut, pedih ulu hati.
  • Mood yang tertekan, rasa cemas atau gelisah.
  • Masalah tidur (insomnia).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Excedrin® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Excedrin® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Excedrin® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa Biasa untuk Analgesik / Antipiretik

Sehingga 650mg acetaminophen dan aspirin digabungkan untuk setiap 4-6 jam yang diperlukan.

Dos Dewasa biasa untuk Migrain

500 mg acetaminophen, 500 mg aspirin, dan 130 mg kafein digabungkan untuk setiap hari yang diperlukan.

Tempoh maksimum terapi migrain: 48 jam

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Excedrin® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet.
  • Serbuk.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Excedrin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.