Ex-Lax

Oleh

Nama AM: Ex-Lax Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Ex-Lax®?

Ex-Lax® biasanya digunakan untuk merawat najis yang keras (sembelit).

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Gunakan ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Ikuti semua arahan dengan teliti.

Ikut cara untuk mengambil Ex-Lax® seperti yang telah diberitahu oleh doktor anda. Jangan gunakan lebih daripada apa yang diberitahu kepada anda tentang cara menggunakannya.

Jangan ambil ubat lain dalam masa 2 jam selepas mengambil ubat ini.

Ambil pada waktu tidur jika dosnya sekali sehari. Kunyah sebaiknya sebelum menelan.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Ex-Lax® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Ex-Lax® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Ex-Lax® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Ex-Lax® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil Ex-Lax®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Ex-Lax® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang masalah kesihatan: Usus terhalang, sakit perut, pendarahan rektum, muntah, atau perubahan pada tabiat buang air besar sehingga > 2 minggu.

Beritahu semua penyedia penjagaan kesihatan anda bahawa anda mengambil ubat ini. Ini termasuklah doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi anda.

Jangan gunakan Ex-Lax® selama lebih daripada 1 minggu kecuali diberitahu untuk berbuat demikian oleh doktor anda.

Jangan gunakan julap atau pelembut najis yang lain kecuali jika disuruh oleh doktor.

Jika anda mengalami pendarahan rektum atau anda tidak mempunyai pergerakan usus selepas menggunakan ubat ini, sila berbincang dengan doktor anda.

Beritahu doktor anda jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil. Anda perlu berbincang tentang manfaat dan risiko menggunakan Ex-Lax® semasa mengandung.

Beritahu doktor anda jika anda sedang menyusu badan. Anda perlu berbincang mengenai sebarang risiko kepada bayi anda.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori C dalam risiko kehamilan, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti positif risiko
  • X = Tidak boleh sama sekali
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beritahu doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala berikut yang mungkin berkaitan dengan kesan sampingan yang sangat buruk:

  • Tanda-tanda reaksi alergi, seperti ruam; semugota; gatal; kemerahan, bengkak, lepuh, atau  kulit mengelupas dengan atau tanpa demam; berdehit; sesak di dada atau tekak; masalah bernafas atau bercakap; suara bertukar; atau bengkak pada mulut, muka, bibir, lidah, atau tekak.
  • Sakit perut yang amat sangat.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Ex-Lax® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Ex-Lax® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Ex-Lax® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa Biasa untuk Penyediaan Usus

2 tablet (50 mg) secara oral sekali atau dua kali sehari.

Dos Dewasa Biasa untuk Sembelit.

2 tablet (50 mg) secara oral sekali atau dua kali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa untuk Penyediaan Usus

6 hingga kurang daripada 12 tahun: 1 tablet (25 mg) secara oral sekali atau dua kali sehari.

12 hingga kurang daripada 18 tahun: 2 tablet (50 mg) secara oral sekali.

Dos Pediatrik Biasa untuk Sembelit

6 hingga kurang daripada 12 tahun: tidak melebihi 50 mg setiap hari.

12 hingga kurang daripada 18 tahun : tidak melebihi 100 mg setiap hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Ex-Lax® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Ex-Lax®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.