Ethambutol

Oleh

Nama AM: Ethambutol Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Ethambutol?

Ethambutol selalunya digunakan untuk merawat jangkitan tuberkulosis pada paru-paru (kategori diagnostik I dan III).

Ia mesti digunakan hanya untuk rawatan anti-tuberkulosis dan pada fasa berlangsungnya terapi.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Tablet tidak sepatutnya diambil ketika perut kosong (sekurang-kurangnya satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan). Telannya bersama air kosong atau minuman lain.

Selalulah ambil tablet seperti disarankan oleh doktor anda atau pakar kesihatan. Anda harus periksa dengan doktor anda atau ahli farmasi jika anda terdapat sebarang persoalan mengenai ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Ethambutol adalah lebih baik disimpan pada suhu bilik yang jauh daripada cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mencegah kerosakan ubat, anda tidak patut menyimpan ethambutol di dalam bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama-jenama ethambutol yang lain yang mempunyai cara penyimpanan berbeza. Adalah penting untuk membaca arahan penyimpanan pada pakej produk, atau bertanya dengan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda patut menyimpan semua ubat jauh daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak patut membuang ethambutol ke dalam mangkuk tandas atau membuangnya ke dalam longkang melainkan diarah sedemikian. Adalah amat penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia sudah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Sila berunding dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang bagaimana melupus ubat ini dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Ethambutol tidak boleh digunakan bersama apa-apa ubat anti-tuberkulosis yang lain, memandangkan ini akan meningkatkan lagi risiko kecedaraan hati.

Jika regimen rawatan tuberkulosis termasuk ubat-ubat anti-tuberkulosis tambahan, maka rumusan dos-dos ethambutol yang berbeza daripada apa yang terkandung di dalam tablet perlu digunakan.

Anda patut segera melaporkan tanda-tanda atau gejala-gejala selaras dengan kerosakan hati. Ini termasuklah kurang selera makan yang tidak dapat dijelaskan, loya, muntah-muntah, air kencing gelap, kulit kekuning-kuningan dan putih mata (jaundis), ruam, kesemutan pada tangan dan kaki, keletihan yang berterusan, rasa lemah lebih dari tiga hari dan/atau kelembutan abdominal, terutamanya di bahagian kanan atas perut anda. Doktor anda atau pakar kesihatan akan mengawal fungsi hati anda dengan kerap.

Anda patut segera melaporkan apa-apa kecacatan penglihatan, memandangkan salah satu agen aktif dalam ethambutol mungkin akan merosakkan mata anda. Doktor anda atau pakar kesihatan akan mengawal ketajaman visual anda sebelum terapi dan selang masa rawatan.

Para pesakit yang tidak mampu melaporkan perubahan penglihatan (contohnya kanak-kanak) dan para pesakit yang perubahan penglihatan sebelum bermulanya terapi dengan ethambutol, akan dipantau lebih dekat.

Jika anda mempunyai tahap asid urik yang tinggi di dalam darah atau tanda-tanda gout, doktor anda akan memantau anda untuk tanda-tanda kemerosotan ketika dirawat dengan ethambutol.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada lagi kajian yang mencukupi untuk wanita dalam menentukan risiko ketika menggunakan ubat ini ketika hamil atau  ketika menyusukan anak. Sila selalu berunding dengan doktor anda untuk mempertimbangkan faedah-faedah potensi dan risiko-risiko sebelum menggunakan ubat ini. Ubat ini merupakan risiko kehamilan kategori C, menurut US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan FDA mengenai kategori risiko kehamilan seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko menurut sebahagian kajian
  • C = Mungkin terdapat sebahagian risiko
  • D = Bukti risiko yang positif
  • X = Menunjukkan ubat ini tidak patut digunakan
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan-kesan buruk yang paling penting kesan daripada penggunaan ethambutol adalah:

  • Gangguan penglihatan akibat daripada keradangan saraf optik
  • Lain-lain kecederaan saraf
  • Keradangan hati yang teruk (kadangkala)

Kesan-kesan sampingan yang sering dilaporkan:

  • Sensasi kesemutan, menusuk, atau kebas pada kulit, terutamanya pada kaki dan tangan (neuropati peripheral)
  • Meningkatnya tahap asid urik dan enzim hati seperti diukur dalam sampel darah
  • Perubahan penglihatan akibat daripada keradangan saraf optik (neuritis optik)

Perubahan-perubahan ini selalunya boleh dihentikan selepas anda tidak lagi menerima rawatan ethambutol. Jika anda menyedari apa-apa gangguan penglihatan, sila maklumkan doktor anda atau pakar kesihatan dengan segera.

Kesan-kesan sampingan yang jarang didengari adalah seperti keradangan hati (hepatitis), serangan mengejut keradangan otak, perubahan tingkahlaku dan kecacatan memori. Jika anda menyedari tanda-tanda dan gejala-gejala yang menjurus kepada kerosakan hati, maklumkan doktor anda atau pakar kesihatan dengan segera.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda. 

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Ethambutol mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk-produk yang mungkin bertindakbalas dengan ethambutol, seperti:

  • Aluminium hidroksida (ubat yang digunakan untuk merawat penyakit berkaitan dengan gastrik asid)
  • Disulfiram (ubat yang digunakan untuk rawatan alkoholisme kronik)
  • Ubat-ubat tertentu untuk merawat gout (contohnya probenecid)
  • Ubat-ubat untuk merawat sawan epilepsi (contohnya phenytoin, carbamazepine, asid valproic)
  • Ubat-ubat membantu untuk tidur (benzodiazepines contohnya, diazepam, flurazepam, triazolam, midazolam)
  • Ubat-ubat untuk rawatan keadaan psikiatrik tertentu (neuroleptics, contohnya chlorpromazine, haloperidol)
  • Ubat-ubat untuk pencegahan gumpalan darah (coumarin – atau indandione-derivatif, contohnya warfarin)
  • Ubat-ubat yang digunakan sebelum pembedahan (narcotics, contohnya alfentanil, enflurane)
  • Theophylline (ubat-ubat untuk rawatan asma)
  • Kortikosteroid (contohnya prednisolone, ubat-ubat untuk rawatan keradangan dan lain-lain penyakit, seperti asma atau artritis reumatoid)
  • Acetaminophen atau paracetamol (ubat tahan sakit)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Ethambutol mungkin bertindakbalas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko untuk kesan-kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor anda atau ahli farmasi berkenaan apa-apa makanan berpotensi atau tindakbalas alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Ethambutol mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk doktor anda dan ahli farmasi tahu mengenai semua keadaan kesihatan yang sedang anda alami.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos ditentukan oleh doktor anda berdasarkan berat badan anda.

Jika pesakit berat 40 ke <55 kg, dos adalah 2 tablet diberi sekali sehari.

Jika pesakit berat 55 kg atau lebih, dos adalah 3 tablet diberi sekali sehari.

Tablet ethambutol tidak dinyatakan untuk pesakit berat < 40 kg kerana pengurangan dos yang sesuai untuk berat pesakit di bawah 40kg adalah tidak digalakkan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit kanak-kanak belum diadakan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk betul-betul memahami keselamatan ubat sebelum mengunakannya. Sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Ethambutol INH boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan seperti berikut:

  • Ethambutol 400 mg dan isoniazid 150 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi unit kecemasan terdekat dengan anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau lupa mengambil dos, ambil dos yang terlepas itu secepat yang mungkin, melainkan dos yang kemudian dijadualkan dalam 6 jam. Abaikan dos yang terlepas itu jika hampir masa dengan dos anda yang kemudian. Jangan ambil dua kali dos.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut