Ery

Oleh

Nama AM: Ery Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Ery (asas Erythromycin)?

Ery biasanya digunakan untuk merawat atau mencegah pelbagai jenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Ia tidak berfungsi untuk jangkitan virus (seperti selsema, flu).

Ery boleh digunakan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda.

Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda jika ada sebarang pertanyaan mengenai cara menggunakan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Ery paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Ery di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Ery  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Ery  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil Ery, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan bayi anda. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Ery atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Kehamilan:

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori B dalam risiko kehamilan , menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti positif risiko
  • X = Tidak boleh sama sekali
  • N = Tidak diketahui

Penyusuan susu ibu: Ubat ini memasuki susu ibu; sila gunakan dengan berhati-hati.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Ery boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sakit perut , dan cirit-birit.

Dapatkan  rawatan perubatan dengan segera jika ada kesan sampingan yang teruk:

  • Ruam.
  • Semugota.
  • Gatal-gatal.
  • Kesukaran bernafas.
  • Kesesakan di dada.
  • Bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah.
  • Mual / muntah berterusan.
  • Mata atau kulit berwarna kuning.
  • Air kencing berwarna gelap.
  • Sakit perut / sakit abdomen.
  • Keletihan yang luar biasa.
  • Kelemahan otot.
  • Pertuturan yang tidak jelas.
  • Penglihatan kabur.
  • Jatuh kelopak mata.
  • Hilang pendengaran.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Ery mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah seperti:

  • Clindamycin
  • Digoxin
  • Amiodarone
  • Dofetilide
  • Cisapride
  • Pimozide
  • Procainamide
  • Propafenone
  • Quinidine
  • Sotalol

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Ery mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Ery akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Penyakit buah pinggang.
  • Penyakit hati.
  • Sejenis penyakit otot (myasthenia gravis).

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Doktor anda mungkin akan menetapkan dos yang berbeza.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Ubat ini sesuai untuk kanak-kanak dari 5 hingga 12 kg (kira-kira 3 bulan hingga 2 tahun).

Kanak-kanak: 30 hingga 50 mg / kg sehari.

  • Antara 5 dan 7 kg (kira-kira 3 hingga 6 bulan): 1 sachet dua kali sehari.
  • Antara 7 dan 12 kg (kira-kira 6 bulan hingga 2 tahun): 1 sachet tiga kali sehari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Ery boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Sachet Ery 125 mg.
  • Sachet Ery 250 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Ery, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Mei 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut