Enantone LP

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Enantone LP Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Enantone LP?

Leuprolide ialah sejenis agonis hormon merembes gonadotropin (GnRH). Ia berfungsi dengan mengurangkan beberapa hormon yang dihasilkan oleh testis dan ovari. Ini akan mencegah pertumbuhan beberapa jenis ketumbuhan yang memerlukan hormon ini untuk terus membesar/merebak.

Enantone LP biasanya digunakan untuk merawat simptom kanser prostat seirus. Ia juga digunakan untuk keadaan lain seperti yang dtentukan oleh doktor.

Bagaimanakah kegunaan Enantone LP?

Gunakan enantone LP seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Tanya penjaga kesihatan anda tentang sebarang persoalan berkaitan penggunaan ubat ini.

Enantone LP biasanya diberikan setiap bulan (4 minggu) dalam bentuk suntikan di pejabat/bilik doktor, hospital atau klinik. Jika anda menggunakan enantone LP di rumah, penjaga kesihatan akan mengajar anda cara-cara menggunakannya. Pastikan anda memahami dengan baik cara penggunaan leuprolide. Patuhi prosedur yang telah diajar. Hubungi penjaga kesihatan anda sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan.

Jangan gunakan enantone LP jika ia mengandungi partikel, menjadi keruh atau berubah warna, atau botol ubat ini sudah retak atau rosak.

Simpan produk ini bersama picagari dan jarum. Jauhi daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Jangan gunakan semula jarum, picagari atau bahan-bahan lain. Tanya penjaga kesihatan anda tentang cara untuk membuang bahan-bahan ini selepas menggunakannya. Patuhi arahan untuk pelupusannya.

Bagaimana saya menyimpan Enantone LP?

Enantone LP paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Enantone LP?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda jika :

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada leuprolide, GnRH, atau agonis GnRH yang lain  (contoh histrelin).
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Anda sedang mengambil ubat yang boleh melemahkan tulang, seperti anticonvulsant/ ubat sawan ( phenytoin) atau kortikosteroid (prednisone).
  • Anda sedang mengambil ubat yang mungkin meningkatkan risiko beberapa jenis degupan jantung tidak teratur (interval QT panjang) atau sawan. Periksa dengan doktor atau ahli farmasi anda jika anda tidak pasti mana-mana ubat anda mungkin meningkatkan risiko masalah ini berlaku.

Beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu ialah:

  • Sesetengah paras hormon mungkin meningkat semasa beberapa minggu pertama rawatan dengan enantone LP. ini akan menyebabkan anda berasa simtom menjadi semakin teruk atau berlaku simptom baru (seperti sakit tulang; kencing berdarah; sukar kencing; berasa panas; kebas) semasa beberapa minggu awal rawatan. Pesakit yang mempunyai ketumbuhan pada saraf tunjang atau berhampirannya, atau pundi kencing atau ureter tersumbat mungkin berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi serius atau meragut nyawa. Hubungi doktor anda sekiranya simptom baru muncul atau simptom menjadi semakin teruk semasa menggunakan enantone LP.
  • Enantone LP merendahkan paras sesetengah hormon dalam badan anda. Ini akan menyebabkan berlaku beberapa kesan sampingan yang dijangka seperti perubahan saiz payudara, payudara sakit atau luka, perubahan testis, kurang rangsangan seksual, muka berasa panas dan merah atau berpeluh pada waktu malam. Hubungi doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang kesan sampingan yang anda alami.
  • Enantone LP mungkin menyebabkan tulang anda menjadi lemah atau lebih cenderung untuk patah terutama ubat ini diambil dalam jangka masa yang panjang. Hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami sakit tulang atau anda mempunyai persoalan berkaitan perubahan densiti tulang.
  • Peningkatan risiko mendapat strok atau masalah jantung yang serius dan boleh meragut nyawa telah dilaporkan dalam kalangan pengguna agonis GnRH. walaupun risikonya agak rendah, cari bantuan perubatan sesegera mungkin jika anda mengalami kesakitan di dada, rahang atau lengan kiri; kekeliruan; pengsan; kebas kaki atau tangan; lemah separuh badan; percakapan tidak jelas; sakit kepala atau muntah secara tiba-tiba dan serius; atau perubahan penglihatan. Sila berbincang dengan doktor anda tentang sebarang persoalan.
  • Gula tinggi dalam darah dan peningkatan risiko diabetes telah dilaporkan bagi pengguna agonis GnRH. Pesakit yang menghidap diabetes mungkin mempunyai masalah untuk mengawal gula dalam darah mereka. Gula tinggi dalam darah akan menyebabkan anda berasa keliru, mengantuk, atau dahaga. Ia juga akan membuatkan anda berasa panas muka, bernafas laju atau nafas berbau seperti buah. Jika simptom ini berlaku, sila beritahu doktor anda dengan segera.
  • Pesakit diabetes: Enantone LP mungkin menjejaskan gula dalam darah. Selalu periksa paras gula dalam darah anda. Tanya doktor anda sebelum mengubah dos ubat diabetes anda.
  • Masalah kelenjar pituitari serius (pituitary apoplexy) jarang sekali dilaporkan dengan penggunaan enantone LP. kebanyakan kes berlaku selepas 2 minggu penggunaan dos pertama. Terus hubungi doktor anda jika anda mengalami sakit kepala secara tiba-tiba, muntah, pengsan, lemah mata, tidak boleh menggerakkan mata, perubahan status mental atau perubahan penglihatan.
  • Leuprolide juga mungkin mengganggu beberapa ujian makmal, termasuk beberapa ujian hormon tertentu dan ujian fungsi kelenjar pituitari. Pastikan doktor dan pekerja makmal tahu anda sedang mengambil ubat ini.
  • Ujian makmal, termasuklah paras testosterone dalam darah, antigen khusus prostat (PSA), hemoglobin A1c, glukosa dalam darah dan densiti tulang. Ujian-ujian ini  dilakukan untuk memantau keadaan anda atau untuk memeriksa sebarang kesan sampingan yang berlaku. Pastikan anda menghadiri temu janji dengan doktor dan melakukan ujian tersebut.  
  • Leuprolide tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak; keselamatan dan keberkesanan kepada kanak-kanak masih belum diketahui.

Adakah selamat untuk mengambil Enantone LP semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori  bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Menyusu bayi:

Kontraindikasi; tidak diketahui sama ada ubat ini dirembeskan di dalam susu ibu atau tidak; tentukan pilihan anda sama ada mahu teruskan penyusuan atau menghentikan ubat ini, ambil kira tentang risiko dan manfaat ubat ini kepada ibu tersebut.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Semua jenis ubat mempunyai kesan sampingan tetapi kebanyakan individu mengalami kesan sampingan minor atau tidak mengalaminya. Periksa dengan doktor jika anda mengalami mana-mana kesan sampingan lazim berikut atau ia mengganggu anda:

  • Sakit payudara
  • Sembelit
  • Kurang rangsangan dan kemampuan seksual
  • Sukar tidur
  • Muka merah atau berpeluh
  • Jangkitan (demam, menggigil, sakit tekak)
  • Loya atau muntah
  • Sakit, merah, atau bengkak pada tempat suntikan

Cari bantuan perubatan segera jika anda mengalami mana-mana kesan sampingan serius berikut:

  • Tindakbalas alahan yang terus (ruam; bengkak kemerahan; sukar bernafas; berasa sesak dada; bengkak mulut, bibir, atau lidah)
  • Kencing berdarah
  • Rasa terbakar, kebas, ‘semut-semut’ atau lemah
  • Pengsan
  • Degupan jantung laju, perlahan atau tidak teratur
  • Perubahan mental atau mood (cemas, delusi, kemurungan, gelisah)
  • Sakit tulang semakin teruk atau baru terjadi
  • Lumpuh
  • Sawan
  • Pening yang teruk
  • Mengantuk yang teruk
  • Sakit kepala serius
  • Bengkak tangan, buku lali atau kaki
  • Sesak nafas
  • Simptom serangan jantung (sakit dada, rahang atau lengan kiri, kebas tangan atau kaki; sakit kepala atau muntah serius ; perubahan penglihatan)
  • Simptom tinggi gula dalam darah (mengantuk, bernafas laju; muka merah; nafas berbau seperti buah; cepat dahaga, lapar atau kerap kencing)
  • Simptom strok (keliru; lemah separuh badan; percakapan tidak jelas; perubahan penglihatan)
  • Sukar untuk kencing atau tidak boleh kencing
  • Perubahan penglihatan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Enantone LP?

Enantone LP mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk ini mungkin bertindakbalas dengan ubat berikut:

  • Ubat Antiarrhythmic (contoh, amiodarone, quinidine, sotalol), kerana ia akan meningkatkan risiko kepada beberapa jenis degupan jantung tidak teratur (interval QT berpanjangan).

Bupropion atau selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) (contoh., sertraline), kerana ia meningkatkan risiko sawan.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Enantone LP?

Enantone LP mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Enantone LP?

Enantone LP akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Terutamanya jika anda mengalami:

  • Sejarah diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah
  • Masalah saluran kencing (contoh; pundi atau ureter tersumbat)
  • Masalah saraf tunjang
  • Ketumbuhan tidak normal berhampiran atau pada saraf tunjang
  • Masalah sistem saraf (ketumbuhan)
  • Sawan
  • Beberapa jenis degupan jantung tidak teratur (sindrom QT panjang kongenital) atau masalah jantung yang lain ( kegagalan fungsi jantung)
  • Masalah saluran darah ( di dalam otak)
  • Strok
  • Masalah tulang (tulang lemah, osteoporosis)
  • Masalah elektrolit dalam darah (paras magnesium atau potasium rendah dalam darah)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Kanser Prostate

Dos yang dicadangkan ialah  3.75-mg DPS setip bulan, atau 11.25-mg DPS setiap 3 bulan, suntikan tunggal SC/IM.

Endometriosis

Dos yang dicadangkan ialah one 3.75-mg DPS setiap bulan, atau 11.25-mg DPS setiap 3 bulan, suntikan dos tunggal SC/IM.

Pesakit <50 kg

Dos yang dicadangkan ialah 1.88-mg DPS setiap bulan. Mulakan semasa 5 hari pertama kitaran haid. Durasi: 6 bulan, boleh digunakan selama 12 bulan bersamaan HRT(norethindrone acetate 5 mg sehari).

Fibroid rahim

Dos yang dicadangkan ialah 1.88-mg DPS setiap bulan, atau 3.75-mg DPS bagi pesakit yang mempunyai rahim yang besar atau berat, selama  bulan, atau 11.25-mg DPS sebagai suntikan dos tunggal SC/IM

Kanser Payudara

Dos yang dicadangkan ialah  3.75-mg DPS setiap bulan sebagai suntikan dos tunggal SC/IM

Kematangan Awal Utama

Dos yang dicadangkan ialah 3.75-mg DPS 90-400 mcg/kg SC/IM setiap bulan. Dos diubah suai mengikut tindakbalas pesakit.  

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kematangan Awal Utama

Diperlukan apabila tanda kematangan seksual mula berkembang pada kanak-kanak perempuan sebelum berusia 8 tahun dan pada kanak-kanak lelaki sebelum usia 9 tahun; mungkin dihentikan pada umur yang sesuai dengan kematangan/baligh (contohnya., 11 tahun bagi wanita dan 12 tahun bagi lelaki) pada pertimbangan doktor.

<2 tahun: tidak diketahui tentang keselamatan dan keberkesanan ubat ini.

Lupron Depot-Ped (dos bulanan)

  • <25 kg: Dos yang dicadangkan ialah 7.5 mg IM bulanan.
  • >25 kg ke 37.5 kg: Dos yang dicadangkan ialah 11.25 mg IM bulanan.
  • >37.5 kg: Dos yang dicadangkan ialah 15 mg IM bulanan.
  • penilaian tindakbalas 1-2 bulan selepas suntikan pertama; jika dos awal tidak mencapai penahanan hormon dan klinikal yang mencukupi, dos akan ditambah pada bulan berikutnya.

Lupron Depot-Ped (dos 3  bulan)

  • Dos yang dicadangkan ialah 11.25 mg atau 30 mg sebagai suntikan dos tunggal IM setiap 3 bulan (dos bukan berdasarkan berat)
  • Tanpa mengira dos yang dipilih, matlamat utama ialah untuk menahan/menyekat gonadotropin pituitari dan steroid seks periferal dan meyekat perkembangan karekter seksual sekunder.  
  • Penilaian tindakbalas 2-3 bulan selepas suntikan pertama dan 6 bulan selepas suntikan.

Leuprolide acetate

  • Dos yang dicadangkan ialah 50 mcg/kg/day SC;

boleh dititrasi ke atas 10 mcg / kg / hari jika downregulation tidak dicapai.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Enantone LP  boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut:

  • Enantone L.P. serbuk untuk suntikan 1.88 mg
  • Enantone L.P. serbuk untuk suntikan  11.25 mg
  • Enantone L.P.serbuk untuk suntikan  3.75 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 1, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 1, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.