Duofilm

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Duofilm Jenama: Duofilm.

Kegunaan

Apa itu Duofilm® (Asid Salisilik)?

Duofilm® biasanya digunakan bagi merawat kulit atau kaki yang mempunyai ketuat, kematu dan belulang. Produk ini tidak boleh digunakan pada wajah atau tahi lalat, tanda lahir, ketuat dengan rambut yang tumbuh daripadanya, atau ketuat genital / anal.

Asid Salisilik bersifat keratolitik. Ia tergolong dalam kelas ubat seperti Aspirin (Salisilate). Ia berfungsi dengan meningkatkan jumlah kelembapan di dalam kulit dan melarutkan bahan yang menyebabkan sel kulit bercantum bersama. Perkara ini menjadikan sel kulit lebih mudah untuk luruh. Ketuat disebabkan oleh virus. Asid Salisilik tidak memberi apa-apa kesan terhadap virus.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ikut semua arahan pada bungkusan produk. Jika anda tidak faham mengenai mana-mana maklumat, rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Ubat ini hanya boleh digunakan pada kulit sahaja. Bagi mengelakkan iritasi, jangan biarkan ubat ini bersentuhan dengan mata, hidung, mulut, pelipat paha, atau pada bahagian kulit yang luka. Sekiranya anda perlu meletakkan ubat pada kawasan ini, cuci kawasan ini dengan air sejuk selama 15 minit. Basuh tangan selepas guna ubat ini.

Langkah-langkah untuk menggunakan ubat ini:

  • Cuci kawasan yang terlibat;
  • Rendam ketuat dengan air suam selama lima (5) minit;
  • Keringkan dengan baik;
  • Letak satu titik pada satu masa sahaja cukup untuk meliputi setiap ketuat;
  • Biarkan ia kering;
  • Pembalut disk lekat sendiri boleh digunakan untuk menutup wart;
  • Ulangi prosedur ini satu atau dua kali setiap hari seperti yang diperlukan (sehingga ketuat boleh dibuang) sehingga 12 minggu.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Duofilm® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Onkovertin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Duofilm® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Duofilm® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum menggunakan Asid Salisilik, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai alahan terhadap ubat ini; atau ubat antiradang tanpa steroid – NSAID (contoh, aspirin, ibuprofen, naproxen); atau jika anda mempunyai alahan yang lain. Produk ini mengandungi bahan tidak aktif, yang mana boleh menyebabkan reaksi alahan atau masalah lain. Sila berbincang dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Jangan beri ubat ini pada kanak-kanak atau remaja yang mengalami demam, simptom flu, atau demam campak. Asid salisilik boleh menyebabkan sindrom Reye, keadaan yang serius dan kadang kala boleh membawa maut kepada kanak-kanak.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan ubat ini semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US, ubat ini termasuk dalam risiko hamil kategori C.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

  • Rasa sedikit seperti terbakar, kulit kemerahan, atau mengelupas boleh terjadi. Kesan-kesan ini memang dijangka berlaku. Jika sebarang kesan ini menjadi bertambah teruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera. Jika doktor anda telah mengarahkan anda untuk menggunakan ubat ini, ingatlah bahawa doktor telah menimbang tara kebaikan ubat ini jauh lebih bermanfaat berbanding dengan risiko kesan sampingannya. Ramai orang yang telah menggunakan ubat ini tanpa mengalami kesan sampingan yang serius.
  • Segera beritahu doktor anda jika terdapat kesan sampingan yang teruk (kemerahan kulit merebak pada sekeliling kawasan yang dirawat, tanda-tanda jangkitan, pembentukan kudis pada tempat yang dirawat) atau reaksi alahan yang serius (ruam, gatal-gatal / bengkak pada wajah  / lidah / keringkong, pening yang teruk, masalah pernafasan).

Ini adalah senarai tidak lengkap bagi kesan sampingan ubat ini. Jika anda mengalami kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas, rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Duofilm® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Sebelum menggunakan produk ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda menggunakan produk lain pada kawasan kulit yang sedang dirawat.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Duofilm® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Duofilm® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Terutamanya, tanya doktor atau ahli farmasi anda sama ada selamat untuk anda menggunakan ubat ini jika anda menghidapi keadaan perubatan yang lain, seperti:

  • Penyakit hati atau buah pinggang;
  • Diabetes;
  • Masalah peredaran darah.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang digunakan berdasarkan keadaan perubatan anda, jenis / jenama produk, dan kesan terhadap rawatan. Jangan guna dalam kuantiti yang banyak, sapu ubat ini dengan lebih kerap, atau guna bagi tempoh masa yang lebih lama daripada yang diarahkan. Keadaan anda tidak akan hilang dengan cepat, tetapi peluang untuk mengalami kesan sampingan mungkin akan meningkat.

Dos ubat ini berbeza bagi setiap pesakit. Ikut arahan doktor anda atau panduan pada label bungkusan ubat. Maklumat tersebut termasuk dos purata yang ada pada ubat ini. Jika dos anda berbeza, jangan ubah dos ini melainkan atas arahan doktor.

Jumlah ubat yang anda ambil bergantung pada kekuatan ubat. Selain itu, jumlah dos yang anda ambil setiap hari, masa antara setiap dos, dan tempoh pengambilan ubat bergantung kepada masalah perubatan yang mana memerlukan anda untuk ambil ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Duofilm® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Asid salisilik 150.28mg dalam 1ml.
  • Cecair botol kartun 8 ml.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Bagi kes kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan (115) atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Duofilm®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.