Dristan Cold Multi-Symptom

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Dristan Cold Multi-Symptom Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Dristan Cold Multi-Symptom?

Dristan® Cold Multi Symptom biasanya digunakan untuk kelegaan sementara pelbagai keadaan seperti selesema biasa, sinusitis, demam alergi, dan alahan; dengan menyempitkan saluran darah di kawasan hidung, lalu mengurangkan bengkak dan kesesakan.

Bagaimanakah kegunaan Dristan Cold Multi-Symptom?

Ubat ini tersedia dalam bentuk tablet. Minum seluruhnya dengan segelas air penuh. Jangan dikunyah atau dihancurkan.

Bagaimana saya menyimpan Dristan Cold Multi-Symptom?

Dristan® Cold Multi Symptom paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Dristan® Cold Multi Symptom di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Dristan® Cold Multi Symptom yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Dristan® Cold Multi Symptom ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Dristan Cold Multi-Symptom?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Dristan® Cold Multi Symptom atau ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Adakah selamat untuk mengambil Dristan Cold Multi-Symptom semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Dristan® Cold Multi Symptom adalah pada kategori risiko kehamilan tahap N, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Antara kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Pening kepala
  • Mengantuk
  • Sakit kepala yang ringan
  • Penglihatan kabur
  • Mulut, hidung, atau tekak yang kering
  • Sembelit
  • Rasa gemuruh
  • Masalah tidur (insomnia)

Berhenti menggunakan ubat ini dan hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Sakit dada
  • Kadar denyutan jantung yang cepat atau tidak rata
  • Kekeliruan atau halusinasi
  • Rasa gemuruh yang teruk
  • Terketar-ketar
  • Sawan (kekejangan)
  • Mudah lebam atau pendarahan
  • Lemah badan yang luar biasa
  • Kencing yang kurang atau tiada
  • Loya
  • Sakit di bahagian atas perut anda
  • Gatal-gatal
  • Hilang selera makan
  • Air kencing berwarna gelap
  • Najis berwarna tanah liat (pudar)
  • Jaundis (kekuningan kulit atau mata)
  • Tekanan darah tinggi yang berisiko (sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, berdengung di telinga, keresahan, sakit dada, sesak nafas, degupan jantung tidak sekata, sawan)

Kesan sampingan lain seperti mulut kering, sembelit, dan kekeliruan mungkin lebih cenderung berlaku pada orang dewasa yang lebih tua.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dristan Cold Multi-Symptom?

Dristan® Cold Multi Symptom boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dristan Cold Multi-Symptom?

Dristan® Cold Multi Symptom mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dristan Cold Multi-Symptom?

Dristan® Cold Multi Symptom boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Gejala selesema

Tablet siang: 2 tablet setiap 4 jam, tidak melebihi 8 tablet setiap hari.

Tablet malam: 2 tablet setiap 4 jam, bermula selepas 4 jam daripada dos siang, tidak melebihi 4 tablet setiap hari.

Gejala Sinus

Tablet siang: 2 tablet setiap 4 jam, tidak melebihi 8 tablet setiap hari.

Tablet malam: 2 tablet setiap 4 jam, bermula selepas 4 jam daripada dos siang, tidak melebihi 4 tablet setiap hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Gejala selesema (umur 12 tahun ke atas)

Tablet siang: 2 tablet setiap 4 jam, tidak melebihi 8 tablet setiap hari.

Tablet malam: 2 tablet setiap 4 jam, bermula selepas 4 jam daripada dos siang, tidak melebihi 4 tablet setiap hari.

Gejala Sinus (umur 12 tahun ke atas)

Tablet siang: 2 tablet setiap 4 jam, tidak melebihi 8 tablet setiap hari.

Tablet malam: 2 tablet setiap 4 jam, bermula selepas 4 jam daripada dos siang, tidak melebihi 4 tablet setiap hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Dristan® Cold Multi Symptom boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Dristan® Cold Multi Symptom, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 28, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.