Dermoplast

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Dermoplast Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Dermoplast?

Dermoplast® digunakan untuk mengurangkan kesakitan disebabkan iritasi kulit kecil, sakit tekak, selaran matahari, sakit gigi, iritasi vagina atau rektal, cekam, buasir dan banyak sumber sakit kecil yang lain pada permukaan badan.

Dermoplast® juga digunakan untuk menjadikan kulit atau permukaan dalam mulut, hidung, tekak, vagina atau rektum menjadi kebas bagi mengurangkan kesakitan kerana memasukkan instrumen perubatan seperti tiub atau spekulum.

Dermoplast® mungkin juga digunakan untuk tujuan lain yang tidak disenaraikan di sini.

Bagaimanakah kegunaan Dermoplast?

Sapukan pada bahagian yang terjejas setiap hari. Ia boleh digunakan 6 ke 2 inci daripada bahagian yang terjejas, bahagian muncung semburan dan butang. Untuk kegunaan pada muka, sembur pada tapak tangan dan elakkan sentuhan pada bahagian mata.

Untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan sembur pada mata, muka atau ke dalam mulut. Jangan hidu.

Penyalahgunaan dengan menumpukan dan menghidu  secara sengaja kandungan ubat ini adalah berbahaya atau boleh membawa maut.

Sila bertanya kepada penjaga kesihatan anda sebarang persoalan tentang cara untuk menggunakan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan Dermoplast?

Dermoplast® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Dermoplast?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Dermoplast® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami simptom ethemoglobinemia: sakit kepala, rasa penat, keliru, degupan jantung laju, dan rasa pening  atau sesak nafas, atau kulit, bibir atau kuku kelihatan pucat, biru atau kelabu.

Jangan gunakan ubat ini pada kanak-kanak kurang daripada dua  tahun tanpa nasihat perubatan.

Jangan gunakan Topikal Benzocaine jika anda pernah mengalami methemoglobinemia pada masa lalu.

Ubat kebas berlebihan dos boleh menyebabkan kesan sampingan yang meragut nyawa jika terlalu banyak ubat diserap melalui kulit ke dalam darah anda. Hal ini lebih cenderung berlaku apabila ubat kebas ini digunakan tanpa nasihat perubatan (seperti semasa prosedur kosmetik, contohnya pembuangan bulu secara laser). Berhati-hati dengan prosedur kecantikan kerana kebanyakannya dilakukan tanpa kehadiran doktor.

Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi anda tentang keselamatan menggunakan ubat ini sekiranya anda mengalami:

  • Asthma, bronkitis atau gangguan pernafasan lain.
  • Penyakit jantung.
  • Sejarah peribadi atau keluarga berkaitan gangguan  methemoglobinemia, atau sebarang kekurangan enzim genetik (keturunan).
  • Merokok.

Adakah selamat untuk mengambil Dermoplast semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori  bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terbukti berisiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Topikal Benzocaine digunakan di dalam mulut atau tekak menyebabkan keadaan jarang berlaku tetapi boleh meragut nyawa dikenali sebagai methemoglobinemia. Dalam keadaan ini, jumlah oksigen di dalam darah anda menjadi rendah yang berbahaya. Keadaan ini berlaku selepas sekali atau beberapa kali penggunaan Benzocaine.

Tanda-tanda dan simptom berlaku dalam masa beberapa minit sehingga dua jam selepas menggunakan Topikal Benzocaine di dalam mulut atau tekak. Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami:

  • Sakit kepala, berasa penat, keliru.
  • Degupan jantung laju.
  • Pening kepala atau sesak nafas.
  • Kulit, bibir dan kuku kelihatan pucat, biru atau kelabu.

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami tanda-tanda tindak.balas alahan: bengkak kemerah-merahan, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Berhenti menggunakan Topikal Benzocaine dan hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami:

  • Rasa terbakar, disengat teruk atau sensitif pada bahagian ubat digunakan.
  • Bengkak, kepanasan atau kemerahan.
  • Meleleh, gelembung atau apa-apa tanda jangkitan.

Kesan sampingan yang lazim berlaku ialah:

  • Rasa disengat, terbakar atau gatal sederhana pada tempat ubat digunakan .
  • Sakit ketika disentuh atau kulit kemerah-merahan.
  • Garis putih kering pada bahagian ubat digunakan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dermoplast?

Dermoplast® bertindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mengubah keberkesanan ubat tersebut atau meningkatkan risiko berlaku kesan sampingan yang serius. Untuk mengelak daripada berlaku sebarang potensi tindak balas ubat, anda perlu menyimpan senarai semua ubat-ubatan yang anda ambil (termasuk ubat dipreskripsi, ubat tidak dipreskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dermoplast?

Dermoplast®  mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dermoplast?

Dermoplast® mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin menyebabkan keadaan kesihatan anda semakin teruk atau ia akan mengubah cara ubat ini bertindak. Adalah penting untuk selalu memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda alami.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Orang dewasa dan kanak-kanak berusia 2 tahun atau lebih: Gunakan pada bahagian yang terjejas tidak lebih daripada 3 ke 4 kali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak bawah 2 tahun: Sila berunding dengan doktor anda.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Dermoplast® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Semburan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 1, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.