Depakote

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Depakote Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Depakote?

Depakote® menjejaskan bahan kimia di dalam badan yang menyebabkan sawan.

Depakote® digunakan untuk merawat pelbagai jenis sawan. Ia kadang kala digunakan bersama ubat sawan lain.

Depakote® juga digunakan untuk merawat episod mania berkaitan gangguan bipolar (kemurungan mania) dan untuk mencegah migrain.

Depakote® mungkin juga digunakan untuk tujuan lain yang tidak disenaraikan di sini.

Bagaimanakah kegunaan Depakote?

Ambil Depakote® seperti yang diarahkan oleh doktor. Patuhi semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin akan menukar dos untuk memastikan anda mendapat manfaat yang terbaik. Jangan ambil ubat ini dalam kuantiti yang banyak atau sedikit atau dalam tempoh yang lebih lama daripada yang disyorkan oleh doktor anda.

Minum banyak air semasa anda mengambil ubat ini. Dos anda perlu ditukar jika anda tidak mengambil air secukupnya setiap hari.

Anda boleh membuka kapsul Depakote® dan taburkan ubat tersebut ke dalam satu sudu penuh puding atau manisan supaya mudah ditelan. Telan campuran ini dengan segera.

Jangan menghancurkan, mengunyah, memecahkan atau membuka tablet atau kapsul pelepasan lanjut atau lambat . Telan kesemuanya.

Semasa mengambil Depakote®, anda perlu melakukan beberapa kali ujian darah.  

Jika anda perlu menjalani pembedahan, beritahu pakar bedah bahawa anda sedang mengambil Depakote®.

Jangan berhenti mengambil Depakote® secara tiba-tiba, walaupun anda berasa sihat. Berhenti secara tiba-tiba akan menyebabkan jenis sawan yang serius dan boleh membawa maut. Patuhi arahan doktor anda tentang cara untuk mengurangkan dos secara berperingkat.

Bagaimana saya menyimpan Depakote?

Depakote® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Depakote?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Depakote® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Anda tidak boleh menggunakan Depakote® jika anda mengalami:

  • Penyakit hati.
  • Gangguan kitaran urea.
  • Gangguan mitokondria genetik seperti penyakit Alpers atau sindrom ’ Alpers-Huttenlocher, terutamanya bagi kanak-kanak berusia kurang daripada dua (2) tahun.

Depakote® boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati yang boleh membawa maut, terutamanya bagi kanak-kanak berusia kurang daripada dua  (2) tahun dan individu yang menghidap penyakit hati akibat gangguan mitokondria genetik.

Sesetengah orang mudamengalami pemikiran untuk membunuh diri apabila pertama kali mengambil Depakote®. Doktor perlu memeriksa tahap kesihatan anda secara berkala sepanjang penggunaan ubat ini. Keluarga atau penjaga anda juga perlu berhati-hati dengan perubahan mood dan simptom anda.

Jangan ambil Depakote® untuk mencegah migrain semasa anda hamil.

Jika anda mengambil Depakote® untuk sawan atau episodmania, ubat ini boleh membahayakan janin atau menyebabkan kecacatan semasa lahir dan boleh menjejaskan kebolehan kognitif (memberi sebab, kecerdikan, menyelesaikan masalah) semasa zaman kanak-kanaknya. Tetapi, sawan semasa hamil boleh menjejaskan ibu dan anak. Jangan mula mengambil ubat ini semasa hamil tanpa kebenaran doktor anda.

Gunakan pil pencegah kehamilan semasa mengambil Depakote®, dan maklumkan kepada doktor anda dengan segera jika anda hamil.

Sila maklumkan kepada doktor anda jika anda mula atau berhenti menggunakan pencegah kehamilan hormon yang mengandungi estrogen (pil cegah hamil, suntikan, implan, tampalan kulit dan gelung vagina). Estrogen boleh bertindakbalas dengan Natrium Divalproex dan mengurangkan keberkesanan ubat ini untuk mencegah sawan.

Kawalan sawan adalah sangat oenting semasa hamil. Kebaikan mencegah sawan adalah lebih baik daripada risiko mengambil Depakote®. Terdapat ubat sawan lain yang lebih selamat digunakan semasa hamil. Patuhi arahan doktor tentang pengambilan ubat ini semasa anda hamil.

Natrium Divalproex boleh melepasi susu ibu dan mungkin membahayakan bayi anda. Sila maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda sedang menyusukan bayi.

Adakah selamat untuk mengambil Depakote semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat  Depakote®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang lazim berlaku ialah:

  • Loya atau muntah sederhana.
  • Sakit perut sederhana.
  • Cirit-birit.
  • Sakit kepala.
  • Pening sederhana.
  • Lemah.
  • Gigil.
  • Masalah keseimbangan atau berjalan.
  • Kabur penglihatan atau penglihatan dua.
  • Berubah selera makan.
  • Bertambah berat badan.

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami salah satu daripada kesan sampingan berikut:

  • Kekeliruan, kepenatan, rasa sejuk, muntah, perubahan status mental.
  • Mudah lebam, pendarahan luar biasa (hidung, mulut atau gusi), bintik ungu atau merah pada kulit.
  • Mengantuk melampau.
  • Sawan menjadi semakin teruk.
  • Tanda radang pada badan – kelenjar bengkak, simptom selsema, kebas teruk, lemah otot, sakit dada, atau batuk semakin teruk bersama demam, sukar bernafas.
  • Tindak balas kulit yang teruk – demam, sakit tekak, bengkak pada muka atau lidah, rasa panas dalam mata, sakit kulit, diikiuti dengan ruam kulit berwarna merah atau ungu yang merebak (terutama pada bahagian muka atau badan atas) dan menyebabkan gelembung dan mengelupas.

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alahan pada ubat Depakote: bengkak kemerah-merahan, demam, kelenjar bengkak. Sakit mulut, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibit, lidah atau tekak.

Hubungi doktor anda segera jika individu yang mengambil ubat ini mengalami tanda awal masalah hati atau pankreas, seperti hilang selera makan, sakit bahagian atas perut (merebak ke bahagian belakang), loya atau muntah, air kencing berwarna gelap, bengkak pada muka, atau jaundis (kulit atau mata kekuningan).

Laporan sebarang simptom baru atau simptom yang semakin teruk kepada doktor anda, seperti perubahan mood atau tingkahlaku, kemurungan, cemas, serangan panik, sukar tidur, atau anda berasa impulsif, mudah marah, gelisah, agresif, bermusuhan, tidak tenang, terlampau aktif (secara mental atau fizikal) atau pemikiran tentang membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Depakote?

Depakote® bertindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mengubah keberkesanan ubat tersebut atau meningkatkan risiko berlaku kesan sampingan yang serius. Untuk mengelak daripada berlaku sebarang potensi tindakbalas ubat, anda perlu menyimpan senarai semua ubat-ubatan yang anda ambil (termasuk ubat dipreskrip, ubat tidak dipreskrip dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Depakote?

Depakote® mungkin bertinda kbalas dengan makanan atau minum beralkohol dengan mengubah cara ubat tersebut bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan serius berlaku. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang potensi tindak balas makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Depakote?

Depakote® mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin menyebabkan keadaan kesihatan anda semakin teruk atau ia akan mengubah cara ubat ini bertindak. Adalah penting untuk selalu memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda alami.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak.balas dengan ubat ini ialah:

  • Masalah hati akibat gangguan mitokondria genetik / keturunan.
  • Sejarah kemurungan, penyakit mental atau pemikiran atau perlakuan
  • membunuh diri.
  • Sejarah keluarga yang mempunyai gangguan kitaran urea atau kematian bayi tanpa sebab yang diketahui.
  • Jangkitan HIV atau CMV (cytomegalovirus).

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Mania

Tablet Depakote diambil secara oral. Dos permulaan yang dicadangkan ialah 750 mg sehari dalam dos yang dibahagikan. Dos ini perlu ditambah dengan segera untuk mencapai dos teraputik paling rendah bagi menghasilkan kesan klinikal yang diingini atau jumlah konsentrasi plasma yang diingini.

Dalam percubaan klinikal placebo terkawal bagi mania akut, pesakit diberi dos mengikut tindakbalas klinikal dengan konsentrasi plasma antara 50 dan 125 mcg / mL.

Konsentrasi maksimum secara amnya diperolehi dalam masa 14 hari. Dos cadangan maksimum ialah 60mg / kg / hari.

Sawan Separa Kompleks

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia 10 tahun dan keatas.

Monoterapi (terapi awal)

  • Depakote® tidak dikaji secara sistematik bagi terapi permulaan. Pesakit perlu memulakan terapi pada 10 ke 15 mg/kg/hari.
  • Dos perlu ditambah sebanyak 5 ke 10 mg/kg/minggu untuk mendapat tindak balas klinik optimum.
  • Biasanya, tindak balas klinikal optimum diperolehi pada dos harian bawah 60 mg/kg/day.
  • Jika tindak balas klinik yang memuaskan belum dicapai, paras plasma perlu diukur untuk menentukan sama ada ia adalah jumlah teraputik yang diterima atau tidak (50 ke 100 mcg/mL).
  • Tiada cadangan tentang keselamatan valproate pada dos melebihi 60 mg/kg/hari.

Penukaran kepada Monoterapi

  • Pesakit perlu memulakan terapi pada dos 10 ke 15 mg/kg/hari.
  • Dos perlu ditambah kepada 5 ke 10 mg/kg/minggu untuk mendapat tindak balas klinikal optimum.
  • Biasanya, tindak balas klinikal optimum diperolehi pada dos harian bawah 60 mg/kg/day.
  • Jika tindak balas klinik yang memuaskan belum dicapai, paras plasma perlu diukur untuk menentukan sama ada ia adalah jumlah teraputik yang diterima atau tidak (50 ke 100 mcg/mL).
  • Tiada cadangan tentang keselamatan valproate pada dos melebihi 60 mg/kg/hari.
  • Dos ubat antiepilepsi bersama/konkomiten (AED) boleh dikurang dengan anggaran 25% setiap 2 minggu.
  • Pengurangan ini bermula pada terapi permulaan Depakote®, atau dilewatkan 1-2 minggu jika sawan kemungkinan berlaku dengan pengurangan dos.
  • Kelajuan dan durasi pengeluaran AED konkomiten mungkin sangat berbeza, dan pesakit perlu dipantau selalu semasa tempoh ini bagi melihat kekerapan sawan meningkat.

Terapi Adjunctive

  • Depakote boleh ditambah ke dalam regimen pesakit pada dos 10 ke 15 mg / kg / hari.
  • Dos mungkin ditambah sebanyak 5 ke 10 mg / kg minggu untuk mendapat tindak balas klinikal yang optimum.
  • Biasanya, tindak balas klinikal optimum diperolehi pada dos harian bawah 60 mg/kg/day.
  • Jika tindak balas klinik yang memuaskan belum dicapai, paras plasma perlu diukur untuk menentukan sama ada ia adalah jumlah teraputik yang diterima atau tidak (50 ke 100 mcg/mL).
  • Tiada cadangan tentang keselamatan valproate pada dos melebihi 60 mg/kg/hari.

Sawan Ketiadaan Mudah dan Kompleks

Dos permulaan cadangan ialah 15 mg / kg / hari, ditambah pada interval seminggu sebanyak 5 ke 10 mg / kg / hari sehingga sawan boleh dikawal atau kesan sampingan menghalang peningkatan selanjutnya.

Dos cadangan maksimum ialah 60 mg/kg/day.

Jika jumlah dos harian melebihi 250 mg, ia perlu diberi dalam dos terbahagi.

Migrain

Depakote® diguna bagi mencegah migrain dalam kalangan orang dewasa.

Tablet Depakote diambil secara oral. Dos permulaan cadangan  ialah 250 mg dua kali sehari. Sesetengah pesakit mendapat kebaikan daripada dos tersebut sehingga 1,000 mg/hari. Dalam percubaan klinikal, tiada bukti bahawa dos yang lebih tinggi akan meningkatkan keberkesanannya.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos bagi kanak-kanak bawah 10 tahun masih belum diterima pakai. Adalah penting untuk anda memahami secara keseluruhan keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Depakote® boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut:

  • Tablet, Natrium Divalproex yang lambat dilepaskan 125mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 1, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.