Delsym

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Delsym Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Delsym?

Delsym® digunakan untuk melegakan batuk.

Delsym®  mempunyai ubat pelepasan masa yang dipatenkan di mana cepat melegakan batuk anda dalam tempoh 12 jam, sehingga dua kali lebih lama daripada cecair batuk lain.

Bagaimanakah kegunaan Delsym?

Gunakan ubat ini seperti yang diarahkan pada label, atau sebagaimana yang disarankan oleh doktor anda. Jangan mengambil ubat ini dalam dos yang lebih banyak dari yang sepatutnya, atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ubat batuk hanya mengambil masa yang pendek untuk melegakan batuk.

Sukat ubat yang berbentuk cecair menggunakan sudu khas, bukan sudu biasa. Jika anda tidak mempunyai alatan atau sudu khas, beli satu di farmasi.

Minum air dengan banyak untuk melegakan dan melancarkan tekak semasa mengambil ubat ini.

Sila berjumpa dengan doktor jika simptom anda tidak pulih dalam masa tujuh hari rawatan, atau anda mempunyai demam serta sakit kepala, batuk, atau gatal kulit.

Bagaimana saya menyimpan Delsym?

Delsym®  paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Delsym?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Delsym® atau Delsym® (Dextromethorphan).
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Jangan beri ubat ini kepada kanak-kanak di bawah empagt (4) tahun. Sila bertanya kepada doktor sebelum memberi ubat batuk atau ubat selesema kepada kanak-kanak. Kematian boleh berlaku disebabkan penyalahgunaan ubat batu dan selesema dalam kalangan kanak-kanak.

Jauhi alkohol. Ia akan meningkatkan kesan sampingan Dextromethorphan.

Ubat ini boleh menyebabkan gangguan terhadap cara anda berfikir dan bertindak. Berhati-hati ketika memandu atau membuat aktiviti yang memerlukan anda berwaspada dan cergas.

Elakkan pengambilan pil diet, pil kafein, atau perangsang lain (seperti ubat ADHD ) tanpa nasihat doktor. Pengambilan ubat perangsang bersama ubat batuk boleh menyebabkan risiko kesan sampingan meningkat.

Sila bertanya doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan ubat demam, alergik, atau sakit. Terdapat banyak ubat yang dijual di kaunter (OTC) mengandungi Dextromethorphan.  Pengambilan ubat ini menyebabkan anda mengambil ubat seperti ini secara berlebihan. Semak label untuk memeriksa ubat ini mengandungi penahan batuk.

Adakah selamat untuk mengambil Delsym semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Delsym® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terbukti berisiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda alergik berikut: hives, kesukaran bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak.

Hentikan pengambilan Dextromethorphan dan hubungi doktor jika anda mengalami:

  • Pening kepala yang teruk.
  • Cemas.
  • Rasa tidak selesa.
  • Gemuruh.
  • Kekeliruan.
  • Halusinasi.
  • Nafas perlahan dan cetek.

Kesan sampingan yang biasa termasuklah perut tidak selesa.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Delsym?

Delsym® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Delsym?

Delsym® mungkin akan bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Delsym?

Delsym® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang disarankan ialah 10ml untuk setiap 12jam tidak melebihi 20ml dalam 24 jam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak 12 tahun ke atas: Dos yang disarankan ialah 10ml untuk setiap 12jam tidak melebihi 20ml dalam 24 jam.

Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun: Dos yang disarankan ialah 5 ml untuk setiap 12jam tidak melebihi 10 ml dalam 24 jam.

Kanak-kanak 4 hingga 6 tahun: Dos yang disarankan ialah 2.5 ml untuk setiap 12jam tidak melebihi 5 ml dalam 24 jam.

Kanak-kanak bawah 4 tahun: Tidak disarankan.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Delsym® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Cecair Delsym® 148 ml.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Delsym®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Jun 1, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 1, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda