Decadron

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Decadron Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Decadron?

Decadron® sering digunakan untuk merawat keadaan yang berkaitan fungsi kelenjar adrenal. Ia juga digunakan untuk merawat radang yang teruk disebabkan sesetengah kondisi, termasuklah lelah yang teruk, alahan yang teruk, radang sendi reumatoid, ulcerative colitis, penyakit berkaitan darah, lupus, multiple sclerosis, dan gangguan mata dan kulit. Ia mungkin digunakan untuk gangguan lain sebagaimana yang ditentukan oleh doktor.

Decadron® ialah sejenis kortikosteroid. Ia berfungsi dengan mengurangkan atau menghalang tisu dari bertindak balas terhadap radang. Ia juga mengubah tindak balas badan terhadap sesetengah rangsangan imun.

Bagaimanakah kegunaan Decadron?

Decadron®  diambil seperti yang diarahkan oleh doktor. Sila semak label pada ubat untuk  mengetahui dos yang tepat.

Decadron®  diambil secara oral bersama makanan.

Bagaimana saya menyimpan Decadron?

Decadron® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Decadron?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Decadron® (Dexamethasone) atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Anda dijadualkan untuk pengambilan vaksin hidup (contoh,cacar).
  • Anda mempunyai tiroid tidak aktif, masalah hati atau buah pinggang, kencing manis, atau ulcerative colitis.
  • Anda mempunyai masalah jantung, radang esofagus, radang perut, perut berlubang atau tersumbat,atau ulser.
  • Anda mempunyai sejarah masalah mental (seperti tekanan), glukoma, katarak, atau masalah mata yang lain.
  • Anda mempunyai jangkitan herpes pada mata atau jangkitan lain (bakteria,kulat atau virus); sedang mengalami atau baru sembuh dari batuk kering (TB) atau disahkan positif untuk TB, campak, atau cacar air.

Adakah selamat untuk mengambil Decadron semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Decadron® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori  bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terbukti berisiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Semua ubatan boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi kebanyakannya hanya mengalami sedikit atau kadang-kadang tidak mengalami kesan sampingan. Semak dengan doktor anda jika mana-mana kesan sampingan yang biasa ini berkekalan atau mengganggu anda:

  • Kesukaran untuk tidur.
  • Rasa berpusing-pusing.
  • Selera bertambah.
  • Peluh berlebihan.
  • Masalah penghadaman.
  • Perubahan angin.
  • Gemuruh.

Sila minta bantuan doktor segera jika kesan sampingan berikut berlaku pada anda:

  • Tindak balas alahan yang teruk (ruam; gatal-gatal; sukar bernafas; sesak dada; bengkak mulut, muka, bibir atau lidah)
  • Hilang selera
  • Najis hitam pekat
  • Perubahan waktu haid
  • Menggigil
  • Tertekan
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Demam
  • Tidak selesa badan
  • Sakit kepala
  • Tekanan pada mata
  • Sakit otot atau sendi
  • Perubahan angin
  • Lemah otot
  • Perubahan personaliti
  • Demam, selesema, sakit tekak berpanjangan
  • Muka membengkak
  • Muntah dan loya yang teruk
  • Bengkak kaki
  • Peningkatan berat badan secara tiba-tiba
  • Muntah berwarna hitam pekat
  • Lemah badan
  • Turun berat badan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Decadron?

Decadron® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Barbiturates (seperti, phenobarbital), carbamazepine, hydantoins (seperti., phenytoin), atau rifampin kerana mungkin mengurangkan kadar efektif Decadron’s.
  • Clarithromycin, azole antikulat (seperti., ketoconazole), steroid pencegah kehamilan (seperti, desogestrel), atau troleandomycin kerana kemungkinan lemah badan, kekeliruan, sakit otot, sakit sendi, atau kadar gula dalam darah menurun berlaku.
  • Methotrexate atau ritodrine kerana Decadron boleh meningkatkan risiko kesan sampingannya.
  • Hydantoins (seperti, phenytoin), mifepristone, atau vaksin hidup kerana Decadron boleh mengurangkan kadar efektifnya.
  • Ubat cair darah (seperti, warfarin) atau aspirin kerana Decadron boleh mengurangkan dan meningkatkan kesan sampingan dan tindak balasnya.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Decadron?

Decadron®  mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Decadron?

Decadron® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda, terutamanya:

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Secara oral

Dos permulaan mungkin berbeza dari 0.75 hingga 9 mg sehari bergantung bagaimana penyakit itu dirawat.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Decadron® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, USP: dexamethasone.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Decadron®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 1, 2018

Rujukan