Daraprim

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Daraprim Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Daraprim?

Daraprim® biasanya digunakan untuk merawat atau mencegah malaria dan merawat toksoplasmosis apabila digunakan dengan ubat-ubat lain (contoh, asid folinik).

Daraprim® adalah antiparasitik. Ia berfungsi dengan membunuh parasit atau menghalang tumbesaran mereka.

Bagaimanakah kegunaan Daraprim?

Daraprim® boleh diambil bersama atau tidak bersama makanan. Jika ketakselesaan perut berlaku, ambil makanan untuk mengurangkan iritasi perut.

Doktor anda juga akan mempreskripsi ubat lain yang dipanggil asid folinik (leucovorin kalsium) untuk diambil bersama Daraprim®.

Terus menggunakan Daraprim® bagi rawatan penuh walaupun dia anda sudah berasa sihat dalam beberapa hari.

Bagaimana saya menyimpan Daraprim?

Daraprim® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Daraprim® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Daraprim® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Daraprim® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Daraprim?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Daraprim® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mengalami depresi, sawan, masalah hati atau buah pinggang, masalah tulang sumsum, masalah perut atau usus (contoh, sindrom malpenyerapan), fenilketonuria, atau alkoholisme.

Penting untuk menggunakan Daraprim® untuk rawatan penuh. Kegagalan untuk berbuat sedemikian akan mengurangkan keberkesanan Daraprim® dan meningkatkan risiko yang mana organism tersebut tidak lagi sensitif terhadap Daraprim® dan tidak boleh dirawat dengan ubat ini atau antibiotik yang lain pada masa akan datang.

Daraprim® boleh meningkatkan risiko kanser. Berbincang dengan doktor jika terdapat sebarang soalan atau kebimbangan.

Jauhkan daripada kanak-kanak. Terdedah secara tidak sengaja boleh menyebabkan kematian. Jika kanak-kanak terambil ubat ini tanpa sengaja, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Ujian makmal akan dilakukan bagi memantau progres atau bagi memeriksa kesan sampingan. Pastikan anda menghadiri semua temu janji doktor dan makmal.

Adakah selamat untuk mengambil Daraprim semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Daraprim® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Daraprim®. Daraprim® termasuk dalam risiko hamil kategori C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Sila rujuk doktor anda jika sebarang kesan-kesan sampingan yang biasa berlaku ini tetap ada atau mengganggu anda:

  • Hilang selera makan.
  • Mual.
  • Muntah.

Dapatkan perhatian perubatan dengan segera jika sebarang kesan-kesan sampingan yang teruk ini berlaku:

  • Reaksi alahan teruk (ruam; geligata; sukar bernafas; rasa ketat pada dada; bengkak mulut, muka, bibir atau lidah).
  • Darah dalam urin.
  • Degupan jantung tidak sekata.
  • Kulit pucat.
  • Tompokan merah pada kulit.
  • Kulit merah, bengkak, melepuh, atau mengelupas.
  • Muntah teruk atau berterusan.
  • Sakit tekak atau demam.
  • Pendarahan atau lebam luar biasa.
  • Letih atau lemah luar biasa.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Daraprim?

Daraprim® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Phenytoin meningkatkan kesan sampingan Daraprim®.
  • Methotrexate, proguanil, quinine, sulfonamides (contoh, sulfamethoxazole), atau zidovudine kerana boleh meningkatkan risiko tulang sumsum kurang berfungsi.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Daraprim?

Daraprim® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Daraprim?

Daraprim® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Bagi rawatan Toksoplasmosis:

Dos permulaan bagi orang dewasa ialah 50 hingga 75 mg ubat setiap hari, bersama dengan 1 hingga 4 g setiap hari sulfonamide daripada jenis sulfapyrimidine, contoh sulfadoxine.

Dos ini biasanya akan terus diambil selama 1 hingga 3 minggu, bergantung kepada kesan terhadap pesakit dan toleransi terhadap terapi.

Dos ini kemudiannya akan dikurangkan separuh daripada dos yang diberikan sebelum ini bagi setiap ubat dan diteruskan untuk 4 hingga 5 minggu tambahan.

Bagi rawatan Malaria Akut:

Penggunaan Daraprim® sahaja tidak disarankan dalam rawatan malaria akut. Skizontisid cepat tindak, seperti chlorquine atau quinine diperlukan dalam rawatan malaria akut.

Walau bagaimanapun, Daraprim® pada dos 25 mg setiap hari selama 2 hari bersama sulfonamide akan memulakan kawalan jangkitan dan menghentikan jangkitan malaria bukan falciparum.

Daraprim® hanya disarankan kepada pesakit yang dijangkiti dalam kawasan di mana terdapat plasmodia rentan.

Hanya Daraprim® sahaja yang digunakan pada individu yang mempunyai separuh imuniti, dos dewasa bagi malaria akut 50 mg untuk 2 hari; kanak-kanak yang berusia 4 hingga 10 tahun boleh diberi 25 mg setiap hari untuk 2 hari.

Bagi mana-mana keadaan, sembuh secara klinikal harus diikuti dengan regimen sekali seminggu seperti yang dinyatakan di bawah untuk kimoprokfilaksis.

Regimen yang mana termasuk menghentikan jangkitan harus dilanjutkan berdasarkan mana-mana ciri tempoh muncul kembali awal dan relaps lambat. Contohnya sekurang-kurangnya 10 minggu dalam setiap kes.

Bagi kimoprofilaksis Malaria:

Orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih daripada 10 tahun – 25 mg (1 tablet) sekali seminggu.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Bagi rawatan Toksoplasmosis

Dos bagi pediatrik ialah 1mg / kg / hari yang dibahagikan kepada 2 dos sama rata setiap hari; selepas 2 hingga 4 hari dos ini akan dikurangkan kepada satu setengah dan diteruskan sekurang-kurangnya 1 bulan.

Dos sulfonamide yang biasa bagi pediatrik digunakan bersama Daraprim®.

Bagi kimoprofilaksis Malaria:

Pesakit pediatrik yang berumur 10 tahun ke atas – 25 mg (1 tablet) sekali seminggu.

Kanak-kanak yang berusia 4 hingga 10 tahun – 12.5 mg (1/2 tablet) sekali seminggu.

Bayi dan kanak-kanak di bawah 4 tahun – 6.25 mg (1/4 tablet) sekali seminggu.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Daraprim® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet: pyrimethamine 25mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Daraprim®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Rujukan