Apa itu dantrolene-natri?

Oleh

Nama AM: Dantrolene Natri Jenama: Dantrolene Natri.

Kegunaan

Apa kegunaan Dantrolene Natri ?

Dantrolene Natri ialah relaksan otot. Ia berfungsi dengan mengembalikan tahap normal kalsium dalam otot, yang membantu untuk mencegah atau mengurangkan peningkatan suhu badan yang melampau.

Dantrolene natri biasanya digunakan untuk merawat peningkatan suhu badan yang melampau (hipertermia malignan).

Ia juga digunakan untuk mencegah atau mengurangkan risiko hipertermia malignan pada pesakit tertentu sebelum atau selepas pembedahan atau anestesia. Ia juga boleh digunakan untuk keadaan lain, tanya doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Dantrolene Natri?

Dantrolene natri biasanya diberikan sebagai suntikan di pejabat, hospital, atau klinik doktor anda.

Jika anda menggunakan dantrolene natri di rumah, ikut prosedur suntikan  yang diajar kepada anda oleh doktor anda dengan berhati-hati.

Jika dantrolene natri mengandungi serdak atau berubah warna, atau jika botol retak atau rosak dalam apa jua cara, jangan menggunakannya.

Jauhkan produk ini, serta picagari dan jarum, daripada jangkauan kanak-kanak dan jauh daripada haiwan peliharaan. Jangan menggunakan semula picagari, jarum atau bahan-bahan lain. Lupuskan dengan betul selepas digunakan. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk menerangkan peraturan pelupusan tempatan yang betul.

Tanya doktor anda sebarang soalan yang anda ada tentang cara penggunaan dantrolene.

Bagaimana saya menyimpan Dantrolene Natri?

Dantrolene natri biasanya dikendalikan dan disimpan oleh pihak kesihatan berwajib. Jika anda menggunakan dantrolene natri di rumah, simpan dantrolene natri seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor anda. Jauhkan dantrolene natri daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Dantrolene Natri?

Sebelum menggunakan dantrolene natri, maklumkan doktor anda jika anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan dalam dantrolene.

Dantrolene natri boleh menyebabkan pening, mengantuk, atau pening ringan. Ia juga boleh menyebabkan otot lemah (contohnya, kurang daya cengkaman; otot kaki lemah, terutamanya sewaktu berjalan turun tangga). Simptom ini boleh berlaku sehingga 48 jam. Jangan memandu, mengendalikan mesin, atau melakukan perkara lain yang membahayakan pada masa ini.

Semak dengan doktor anda sebelum pengambilan alkohol atau penggunaan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk (contohnya, ubat tidur, relaksan otot) semasa anda menggunakan dantrolene; ia boleh menambah kesan ubat tersebut. Tanya ahli farmasi anda tentang ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Anda mungkin memerlukan bantuan berdiri dan berjalan sehingga kekuatan anda kembali normal.

Jangan gunakan lebih daripada dos yang disyorkan tanpa memeriksa dengan doktor.

Maklumkan doktor atau doktor gigi anda bahawa anda mengambil dantrolene natri sebelum menerima sebarang rawatan perubatan atau pergigian, rawatan kecemasan, atau pembedahan.

Untuk mengurangkan risiko tercekik, pastikan anda mengunyah makanan dengan baik dan menelan sedikit demi sedikit pada hari anda mengambil dantrolene natri.

Masalah hati yang serius dan kadangkala membawa maut telah berlaku dengan pengambilan dantrolene secara lisan. Ini berlaku paling kerap di antara bulan ke-3 hingga ke-12 rawatan. Risikonya mungkin lebih tinggi apabila digunakan dalam dos yang lebih tinggi, walaupun untuk tempoh yang singkat. Ia juga mungkin lebih berisiko dalam kalangan wanita, orang yang berusia lebih daripada 35 tahun, dan orang yang menggunakan ubat-ubat lain pada masa yang sama. Bincangkan sebarang soalan atau kebimbangan dengan doktor anda.

Dantrolene natri boleh menyebabkan kerosakan tisu jika bocor dari vena. Maklumkan doktor anda jika anda mempunyai sebarang kemerahan, rasa terbakar, sakit, bengkak, kulit menggelembung, melecet, atau cecair mengalir dari tempat kemasukan ubat.

Ujian makmal, termasuk ujian fungsi hati, boleh dilakukan semasa anda menggunakan dantrolene. Ujian ini boleh digunakan untuk memantau keadaan anda atau memeriksa kesan sampingan. Pastikan anda menyimpan semua tarikh temu janji doktor dan makmal.

Adakah selamat untuk mengambil Dantrolene Natri semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan dantrolene natri semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil dantrolene natri. Dantrolene natri adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Dilarang (Contraindicated)
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Dantrolene Natri?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi ramai orang tidak mengalami, atau hanya mengalami kesan sampingan ringan. Periksa dengan doktor anda jika sebarang kesan sampingan biasa di bawah berterusan atau mengganggu anda:

  • Daya memegang berkurang
  • Pening
  • Mengantuk
  • Pembilasan (Flushing)
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Pening kepala
  • Keletihan
  • perubahan suara
  • Lemah (contohnya, lemah otot)

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk berlaku:

  • reaksi alahan yang teruk (ruam; gatal-gatal, sukar bernafas, sesak dada, bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah)
  • keradangan saluran darah
  • sakit dada
  • Tercekik
  • kesukaran menelan
  • pernafasan cetek
  • sesak nafas
  • simptom  masalah hati ( contohnya, kekuningan kulit atau mata, air kencing berwarna gelap, najis berwarna pucat, loya, sakit perut, hilang selera makan, keletihan yang luar biasa)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dantrolene Natri?

Dantrolene natri  mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dantrolene Natri?

Dantrolene natri mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dantrolene Natri?

Dantrolene Natri mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Dantrolene Natri yang disyorkan untuk dewasa?

Hipertermia malignan (Per MHAUS)

Dos yang disyorkan ialah 2.5 mg / kg IV bolus laju, ulang PRN.

Kadangkala> 10 mg / kg (dos terkumpul) diperlukan (sehingga 30 mg / kg).

Dos pengekalan adalah 1 mg / kg IV q4-6 jam atau 0.25 mg / kg / jam IV infusi.

Berterusan sekurang-kurangnya selama 36 jam.

Malignan Hyperthermia,Pencegahan

1-3 hari sebelum pembedahan: Dos yang disyorkan ialah 4-8 mg / kg / hari PO dibahagikan kepada 6 jam.

75 minit sebelum anestesia: Dos yang disyorkan ialah 2.5 mg / kg IV. Apabila lebih 60 minit; masukkan dos tambahan PRN.

Spasticity (Ketegangan otot)

  • Dos yang disyorkan ialah 25 mg q.d (empat kali sehari) PO (secara oral) selama 7 hari.
  • Dos yang disyorkan ialah 25 mg q8 jam PO selama 7 hari.
  • Dos yang disyorkan ialah 50 mg q8 jam PO selama 7 hari.

Dos yang disyorkan ialah 100 mg q8 jam PO, tidak melebihi 100 mg q6 jam PO.

Dihentikan jika tiada manfaat dalam 6-7 minggu.

Sindrom Neuroleptik malignan (Off-label)

Dos yang disyorkan ialah 25 mg / hari IV; secara beransur-ansur meningkat kepada 150 mg / hari.

Fasikulasi disebabkan succinylcholine dan sakit otot selepas pembedahan (Off-label)

<45 kg: Dos yang disyorkan ialah 100 mg PO 2 jam pra-op (sebelum pembedahan).

≥45 kg: Dos yang disyorkan ialah 150 mg PO 2 jam pra-op.

Perlukan pengawasan: LFTs, bilirubin

Apakah dos Dantrolene Natri yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Malignan Hyperthermia (Per MHAUS)

Dos yang disyorkan ialah 2.5 mg / kg IV bolus laju, ulang PRN.

Kadangkala> 10 mg / kg (dos terkumpul) diperlukan (sehingga 30 mg / kg).

Dos pengekalan adalah 1 mg / kg IV q4-6 jam ATAU 0.25 mg / kg / jam IV infusi.

Berterusan sekurang-kurangnya selama 36 jam.

Malignan Hypertermia, Pencegahan

1-3 hari sebelum pembedahan: Dos yang disyorkan ialah 4-8 mg / kg / hari PO dibahagikan q6 jam.

75 minit sebelum anestesia: Dos yang disyorkan ialah 2.5 mg / kg IV apabila lebih 60 minit; masukkan dos tambahan PRN.

Spasticity (Ketegangan otot)

Awasi: LFTs, bilirubin

≥5 Tahun

  • Dos yang disyorkan adalah 0.5 mg / kg PO q sehari selama 7 hari.
  • Dos yang disyorkan adalah 0.5 mg / kg q8 jam PO selama 7 hari.
  • Dos yang disyorkan ialah 1 mg / kg q8 jam PO selama 7 hari.
  • Dos yang disyorkan ialah 2 mg / kg PO q8 jam, tidak melebihi 100 mg q6 jam PO.

<5 Tahun

  • Dos permulaan ialah 1 mg / kg / hari PO dibahagikan q12 jam.
  • Dos pengekalan maksimum ialah 12 mg / kg / hari PO dibahagikan q6jam.
  • Tidak melebihi 3 mg / kg PO q6-12 jam ATAU 400 mg / 24 jam PO.

Apakah bentuk penyediaan Dantrolene Natri

Dantrolene natri boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • kapsul dantrolene natri 25mg
  • kapsul dantrolene natri 50mg
  • kapsul dantrolene natri 100mg
  • serbuk dantrolene natri untuk suntikan 20mg / botol
  • serbuk dantrolene natri untuk suntikan 250mg / botol

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos dantrolene, hubungi doktor atau pakar kesihatan anda dengan segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut