Cystex (Pelega Kesakitan Urinari)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Cystex (Pelega Kesakitan Urinari) Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Cystex (Pelega Kesakitan Urinari)?

Pelega Kesakitan Urinari Cystex® biasanya digunakan untuk membantu melegakan kesakitan dan rasa terbakar semasa kencing akibat jangkitan saluran urinari.

Bagaimanakah kegunaan Cystex (Pelega Kesakitan Urinari)?

Ubat ini diambil melalui mulut dengan segelas penuh air.

Minum banyak cecair.

Tanya doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana saya menyimpan Cystex (Pelega Kesakitan Urinari)?

Pelega Kesakitan Urinari Cystex® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Pelega Kesakitan Urinari Cystex® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Pelega Kesakitan Urinari Cystex®  yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Pelega Kesakitan Urinari Cystex® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Cystex (Pelega Kesakitan Urinari)?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Pelega Kesakitan Urinari Cystex® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mengambil 3 atau lebih minuman beralkohol setiap hari semasa menggunakan ubat ini.
  • Anda mengamalkan diet kurang garam.

Semasa menggunakan ubat ini, jangan ambil lebih daripada dos yang disarankan.

Berhenti daripada menggunakan ubat ini dan tanya doktor jika:

  • Produk telah digunakan selama tiga (3) hari.
  • Anda rasa mahu pitam, muntah darah, atau najis berdarah atau berwarna hitam. Ini merupakan tanda-tanda pendarahan perut; sakit perut atau perut tidak selesa menjadi bertambah teruk atau berterusan.

Sindrom Reye: kanak-kanak dan remaja yang menghidapi atau baru sembuh daripada campak atau simptom seperti selsema tidak boleh menggunakan produk ini.

Adakah selamat untuk mengambil Cystex (Pelega Kesakitan Urinari) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Pelega Kesakitan Urinari Cystex® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Pelega Kesakitan Urinari Cystex®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan-kesan sampingan berikut boleh berlaku semasa menggunakan ubat ini, seperti:

  • Perubahan kelakuan dengan mual dan muntah.
  • Pendarahan perut.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Cystex (Pelega Kesakitan Urinari)?

Pelega Kesakitan Urinari Cystex® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Ubat lain yang mengandungi NSAID (preskripsi atau tanpa preskripsi).
  • Penipis darah blood (antikoagulan atau ubat steroid).

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Cystex (Pelega Kesakitan Urinari)?

Pelega Kesakitan Urinari Cystex® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Cystex (Pelega Kesakitan Urinari)?

Pelega Kesakitan Urinari Cystex® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan ini termasuk:

  • Masalah perut yang berterusan atau kembali berlaku, seperti pedih ulu hati, perut tidak selesa, atau sakit perut.
  • Ulser.
  • Masalah pendarahan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Penyakit hati atau buah pinggang.
  • Anda berumur 60 tahun atau lebih.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun atau lebih: ambil 2 tablet dengan segelas penuh air 3 kali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik yang berusia bawah 12 tahun. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Pelega Kesakitan Urinari Cystex® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Pelega Kesakitan Urinari Cystex®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018