Cymbalta

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Cymbalta Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Cymbalta?

Cymbalta® biasanya digunakan untuk merawat keadaan kesihatan berikut:

  • Gangguan depresi major bagi orang dewasa.
  • Gangguan kerisauan bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur sekurang-kurangnya 7 tahun.
  • Fibromialgia (gangguan kesakitan kronik).
  • Kesakitan otot atau sendi kronik (seperti sakit pada bahagian bawah belakang dan sakit akibat osteoartritis.
  • Sakit disebabkan oleh kerosakan saraf bagi orang dewasa yang menghidapi diabetes (neuropati diabetes).

Cymbalta® boleh dipreskripsi untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut,

Bagaimanakah kegunaan Cymbalta?

Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang terlalu banyak atau terlalu sedikit atau bagi jangka masa yang lebih lama daripada yang disarankan.

Ambil Cymbalta® melalui mulut dengan segelas penuh air, jangan kunyah atau pecahkan ubat ini, telan seluruh kapsul ubat.

Tanya pembekal penjagaan kesihatan tentang sebarang soalan yang mungkin anda ada mengenai cara penggunaan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan Cymbalta?

Cymbalta® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Cymbalta® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Cymbalta® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Cymbalta® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Cymbalta?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Cymbalta® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Cymbalta semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Cymbalta® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Cymbalta®. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US., Cymbalta® termasuk dalam risiko hamil kategori C. Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Cymbalta® boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:

  • Mual.
  • Mulut kering.
  • Sembelit.
  • Hilang selera makan.
  • Letih.
  • Mengantuk.
  • Kerap berpeluh.
  • Pening atau kepala berasa ringan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Cymbalta?

Cymbalta® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • MAOI, seperti isocarboxazid (Marplan), linezolid (Zyvox), dan phenelzine (Nardil).
  • Penipis darah, seperti warfarin (Coumadin, Jantoven).
  • Antidepressan yang lain, termasuk amitriptyline (Elavil), amoxapine (Asendin), clomipramine (Anafranil), dan perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRI) seperti fluoxetine (Prozac, Sarafem).
  • Ubat tanpa preskripsi, termasuk aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), dan naproxen (Aleve).
  • Ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental, termasuk lithium (Eskalith, Lithobid).
  • Diuretik (pil air).
  • Ubat untuk jantung dan tekanan darah, termasuk amiodarone (Cordarone) dan flecainide (Tambocor).
  • Preskripsi ubat sakit, termasuk fentanyl (Abstral, Actiq, Fentora, Onsolis).
  • Ubat yang digunakan untuk merawat pedih ulu hati, seperti cimetidine (Tagamet), lansoprazole (Prevacid), dan omeprazole (Prilosec).
  • Sesetengah antibiotik, termasuk ciprofloxacin (Cipro) dan enoxacin (Penetrex).
  • Ubat yang digunakan untuk merawat migrain, termasuk almotriptan (Axert), eletriptan (Relpax), dan frovatriptan (Frova).
  • Wort John.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Cymbalta?

Cymbalta® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Cymbalta?

Cymbalta® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan ini termasuk:

  • Penyakit hati atau buah pinggang.
  • Sawan atau epilepsi.
  • Gangguan pendarahan atau darah beku.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Glaukoma bersudut sempit.
  • Gangguan bipolar (depresi maniak).
  • Sejarah penyalahgunaan dadah atau terfikir untuk bunuh diri.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa untuk depresi ialah 40 hingga 60 miligram (mg) sehari.

Dos biasa untuk kesakitan saraf diabetes, kerisauan, fibromialgia, atau kesakitan otot/tulang ialah 60 mg sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur 7-17 tahun

Dos yang disarankan ialah 30 mg secara oral sekali sehari pada awalnya; selepas 2 minggu, boleh meningkatkan dos kepada 60 mg / hari.

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik (berusia bawah 7 tahun). Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Cymbalta® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Kapsul lepasan lewat Cymbalta® 20mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Cymbalta®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.