Crestor

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Crestor Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Crestor?

Crestor® tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil perencat HMG CoA reductase, atau “statin.”

Crestor® digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak yang sekurang-kurangnya berusia lapan (8) tahun bagi merendahkan kolesterol dan trigliserida (jenis lemak) di dalam darah dan bagi memperlahankan pembentukan plag (lemak terkumpul) di dalam saluran darah anda.

Crestor® juga digunakan untuk mengurangkan risiko strok, serangan jantung, dan komplikasi jantung yang lagi bagi individu yang menghidapi diabetes, penyakit arteri koronari, atau faktor risiko lain.

Crestor® juga digunakan bagi merawat jenis kolesterol tinggi yang diwarisi, termasuk jenis heterozigus (diwarisi daripada salah satu ibubapa) dan homozigus (diwarisi daripada kedua ibubapa). Bagi jenis heterozigus, Crestor® boleh digunakan oleh kanak-kanak yang berumur sekurang-kurangnya 8 tahun. Bagi jenis homozigus, Crestor® boleh digunakan oleh kanak-kanak yang berusia seawal 7 tahun.

Bagaimanakah kegunaan Crestor?

Ambil Crestor® seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda kadang-kadang akan menukar dos anda bagi memastikan anda dapat hasil yang terbaik. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang terlalu besar atau kecil atau lebih lama daripada yang disarankan.

Crestor® biasanya diambil sekali sehari, dengan atau tanpa makanan. Ambil ubat pada masa yang sama setiap hari.

Ketika menggunakan ubat ini, anda kerap memerlukan ujian darah.

Terus guna ubat ini seperti yang diarahkan, walaupun jika anda sudah berasa sihat. Kolesterol yang tinggi biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Anda perlu mengambil Crestor® bagi jangka masa yang panjang.

Anda tidak seharusnya berhenti menggunakan Crestor® melainkan atas arahan doktor.

Crestor® hanya sebahagian daripada program rawatan yang juga termasuk diet, senaman, dan kawalan berat badan. Ikut arahan doktor anda dengan baik.

Bagaimana saya menyimpan Crestor?

Crestor® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Crestor® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Crestor® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Crestor® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Crestor?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Crestor® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Anda perlu berhenti daripada menggunakan Crestor® untuk tempoh masa yang pendek jika anda mengalami:

  • Sawan yang tidak terkawal.
  • Ketakseimbangan elektrolit (seperti paras potassium tinggi atau rendah dalam darah).
  • Tekanan darah rendah yang teruk.
  • Jangkitan atau sakit yang teruk.
  • Dehidrasi.
  • Pembedahan atau kecemasan perubatan.

Anda tidak boleh mengambil Crestor® jika anda mempunyai penyakit hati.

Rosuvastatin boleh berbahaya kepada bayi yang belum lahir atau menyebabkan kecacatan sejak lahir. Jangan ambil ubat ini jika anda sedang hamil. Berhenti daripada mengambil Crestor® dan terus beritahu doktor anda jika anda telah hamil. Guna pil pencegah kehamilan bagi mengelakkan hamil semasa anda sedang mengambil Crestor®.

Rosuvastatin boleh masuk ke dalam susu badan dan berbahaya kepada bayi yang disusukan. Jangan menyusu badan semasa anda sedang mengambil ubat ini.

Crestor® boleh menyebabkan keadaan yang mana disebabkan oleh pemecahan tisu otot skeletal, mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Keadaan ini lebih cenderung berlaku kepada golongan yang lebih tua dan individu yang menghidapi penyakit buah pinggang atau hipotiroid yang tidak terkawal (tiroid tidak aktif).

Keturunan orang asia boleh menyerap rosusvastatin pada kadar yang lebih tinggi berbanding orang lain. Pastikan doktor anda tahu jika anda orang Asia. Anda mungkin memerlukan dos permulaan yang kurang daripada normal.

Adakah selamat untuk mengambil Crestor semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Crestor® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Crestor®. Crestor® termasuk dalam risiko hamil kategori X, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan-kesan sampingan yang biasa berlaku termasuk:

  • Simptom-simptom hati (sakit perut, urin berwarna gelap, jaundis).
  • Rasa lemah atau letih luar biasa.
  • Sakit kepala.
  • Lenguh otot.
  • Mual.
  • Perut tidak selesa.

Terus hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami:

  • Keliru.
  • Masalah ingatan.
  • Masalah hati – mual, sakit pada bahagian atas perut, gatal-gatal, rasa letih, hilang selera makan, urin berwarna gelap, najis berwarna seperti tanah liat, jaundis (kulit atau mata kekuningan).
  • Tanda-tanda masalah buah pinggang – sedikit atau tiada langsung urin; sakit atau sukar untuk kencing; bengkak pada kaki atau buku lali.
  • Rasa letih atau sesak nafas.

Segera dapatkan bantuan perubatan jika anda mengalami sebarang tanda-tanda reaksi alahan terhadap Crestor®: geligata; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.

Bagi kes terpencil, Crestor® boleh menyebabkan keadaan yang mana disebabkan oleh pemecahan tisu otot skeletal, mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Terus hubungi doktor anda jika anda mengalami sakit otot tanpa sebab, sakit, atau lemah terutamanya jika anda juga demam, rasa letih luar biasa, dan urin berwarna gelap.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Crestor?

Crestor® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Kolcisina
  • Cyclosporine
  • Ubat “statin” yang lain – atorvastatin, lovastatin, simvastatin, Lipitor, Pravachol, Zocor, Vytorin, dan lain-lain
  • Ubat antifungal – fluconazole, itraconazole, ketoconazole
  • Ubat antiviral bagi merawat HIV atau hepatitis C – atazanavir, fosamprenavir, lopinavir, ritonavir, simeprevir, tipranavir, dan lain-lain
  • Penipis darah – warfarin, Coumadin, Jantoven
  • Ubat kolesterol yang lain – fenofibrate, gemfibrozil
  • Ubat yang mengandungi niacin atau asid nikotinik – vitamin B3, Advicor, Niaspan, Niacor, Simcor, Slo-Niacin, dan lain-lain.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Crestor?

Crestor® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Crestor?

Crestor® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang boleh bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Sejarah penyakit hati.
  • Sejarah penyakit buah pinggang.
  • Diabetes.
  • Gangguan tiroid.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa bagi orang dewasa untuk hiperlipoproteinemia:

Dos awal: 5 mg hingga 10 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos pengekal: 5 mg hingga 40 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk hiperlipoproteinemia Jenis IIa (LDL meningkat):

Dos awal: 5 mg hingga 10 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos pengekal: 5 mg hingga 40 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk hiperlipoproteinemia Jenis IIb (LDL + VLDL meningkat):

Dos awal: 5 mg hingga 10 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos pengekal: 5 mg hingga 40 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk hiperlipoproteinemia Type IV (VLDL meningkat):

Dos awal: 5 mg hingga 10 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos pengekal: 5 mg hingga 40 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Aterosklerosis:

Dos awal: 5 mg hingga 10 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos pengekal: 5 mg hingga 40 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Hiperkolesterolemia Homozigus Familial:

Dos awal: 20 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos pengekal: 20 mg hingga 40 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk mencegah penyakit kardiovascular:

Dos awal: 5 mg hingga 10 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos pengekal: 5 mg hingga 40 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos biasa bagi geriatrik untuk Hiperlipidemia:

Dos awal: 5 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Dos pengekal: 5 mg hingga 20 mg sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos biasa bagi pedriatrik untuk Hiperkolesterolemia Homozigus Familial:

Pesakit pediatrik yang berusia 10 hingga 17 tahun:

  • Julat dos biasa: 5 hingga 20 mg secara oral sekali sehari dengan atau tanpa makanan. Dos berbeza mengikut individu berdasarkan gol terapi.
  • Ubahan boleh dibuat pada selangan 4 minggu atau lebih.
  • Dos maksimum: 20 mg secara oral sekali sehari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Crestor® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet, bersalut filem: Rosuvastatin kalsium 5mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Crestor®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.