Creobic

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Creobic Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Creobic?

Krim Creobic® digunakan untuk jangkitan fungal topikal yang disebabkan oleh dermatofit, yis, kulat dan fungal yang lain termasuk jangkitan tinea, paronikia, pityriasis versicolour, eritrasma, intertrigo, ruam lampin fungal, kandida vulvitis dan balanitis.

Bagaimanakah kegunaan Creobic?

Guna krim Creobic® seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Periksa label pada ubat bagi mengetahui arahan dos yang sebenar.

Krim Creobic® hanya untuk kegunaan topikal pada kulit sahaja.

Cuci kawasan yang terlibat dengan sabun dan air dan keringkan dengan baik.

Sapu satu lapisan nipis ubat pada kawasan yang terlibat. Gosok dengan lembut. Jangan tutup kawasan tersebut melainkan dengan arahan doktor.

Terus cuci tangan anda selepas menggunakan krim Creobic®, melainkan tangan tersebut merupakan kawasan yang dirawat.

Untuk jangkitan tersebut sembuh sepenuhnya, guna krim Creobic® bagi rawatan penuh. Terus menggunakan ubat ini walaupun jika anda sudah berasa sihat dalam masa beberapa hari.

Bagaimana saya menyimpan Creobic?

Krim Creobic® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan krim Creobic® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama krim Creobic® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang krim Creobic® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Creobic?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif krim Creobic® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Creobic semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Creobic ?

Krim Creobic® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Creobic ?

Krim Creobic® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Creobic ?

Krim Creobic® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sapu dengan nipis dan rata pada kawasan yang terlibat dua hingga tiga kali untuk sekurang-kurangnya 1 bulan atau 2 minggu selepas semua tanda jangkitan sudah hilang bagi mengelakkan jangkitan kembali.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berusia 2 tahun atau lebih:

Sapu dengan nipis dan rata pada kawasan yang terlibat dua hingga tiga kali untuk sekurang-kurangnya 1 bulan atau 2 minggu selepas semua tanda jangkitan sudah hilang bagi mengelakkan jangkitan kembali.

Kanak-kanak di bawah usia 2 tahun:

Tanya doktor sebelum guna.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Krim Creobic® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Krim Creobic® 1% 10g.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos krim Creobic®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 9, 2019

Rujukan