Cozaar

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Cozaar Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Cozaar?

Cozaar® adalah antagonis reseptor angiotensin II. Losartan menghalang saluran darah daripada menjadi sempit, yang mana dapat merendahkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

Cozaar® digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi) pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur sekurang-kurangnya 6 tahun. Ia juga digunakan bagi mengurangkan risiko strok bagi individu tertentu yang menghidapi penyakit jantung.

Cozaar® juga digunakan untuk memperlahankan kerosakan buah pinggang bagi jangka masa yang lama pada individu yang menghidapi diabetes jenis 2 yang juga mengalami tekanan darah tinggi.

Bagaimanakah kegunaan Cozaar?

Ambil Cozaar® seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Kadang-kadang doktor anda akan menukar dos bagi memastikan anda mendapat hasil yang terbaik. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang terlalu banyak atau sedikit atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Anda boleh ambil Cozaar® dengan atau tanpa makanan.

Hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah atau cirit birit yang berterusan, atau anda berpeluh lebih daripada biasa. Anda mudah untuk mengalami dehidrasi semasa mengambil ubat ini, yang mana akan menyebabkan tekanan darah yang sangat rendah atau ketakseimbangan elektrolit yang serius.

Tekanan darah anda perlu selalu diperiksa. Anda mungkin perlu menjalani ujian darah dan urin di pejabat doktor anda.

Anda perlu mengambil Cozaar® selama tiga (3) hingga enam (6) minggu sebelum tekanan darah anda terkawal. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, terus guna ubat ini seperti yang diarahkan. Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik selepas tiga (3) minggu rawatan.

Jika anda sedang dirawat untuk tekanan darah tinggi, teruskan guna ubat ini walaupun anda sudah berasa sihat. Tekanan darah tinggi selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom. Anda mungkin perlu mengambil ubat tekanan darah tinggi seumur hidup anda.

Bagaimana saya menyimpan Cozaar?

Cozaar® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Cozaar® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Cozaar® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Cozaar® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Cozaar?

Sebelum mengambil Cozaar®, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Cozaar®  atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jika anda mengalami diabetes, jangan guna Cozaar® bersama dengan mana-mana ubat yang mengandungi aliskiren (Amturnide, Tekturna, Tekamlo).

Anda juga perlu elak daripada mengambil Cozaar® dengan aliskiren jika anda menghidapi penyakit buah pinggang.

Jangan guna ubat ini jika anda sedang hamil. Jika anda hamil, berhenti mengambil ubat ini dan terus beritahu doktor anda. Cozaar® boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada bayi yang belum lahir jika anda mengambil ubat ini semasa trimester kedua atau ketiga.

Bagi memastikan Cozaar® selamat untuk anda, beritahu doktor jika anda mengalami:

  • Penyakit buah pinggang.
  • Penyakit hati.
  • Kegagalan jantung kongestif.
  • Ketakseimbangan elektrolit (seperti paras potassium yang tinggi dalam darah).
  • Jika anda mengamalkan diet kurang garam.
  • Jika anda sedang dehidrasi.

Losartan tidak diketahui sama ada boleh masuk ke dalam susu badan atau jika ia berbahaya kepada bayi yang disusukan. Anda tidak boleh menyusu badan semasa menggunakan ubat ini

Cozaar® tidak boleh digunakan oleh sesiapa yang muda daripada enam tahun.

Adakah selamat untuk mengambil Cozaar semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Cozaar® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Cozaar®. Cozaar® termasuk dalam risiko hamil kategori D, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Segera dapatkan bantuan perubatan jika anda mengalami sebarang tanda-tanda reaksi alahan terhadap Cozaar®: geligata; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.

Segera hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Rasa pening, seperti anda mahu pitam.
  • Sakit atau rasa seperti terbakar apabila sedang kencing.
  • Kulit pucat, rasa pening atau sesak nafas, kadar degupan jantung laju, sukar tumpukan perhatian.
  • Sakit dada.
  • Potassium tinggi – mual, kadar degupan jantung perlahan atau luar biasa, lemah, hilang pergerakan.
  • Masalah buah pinggang – sedikit atau tiada langsung kencing, sakit atau sukar untuk kencing, bengkak pada kaki dan buku lali, rasa letih atau sesak nafas.

Kesan-kesan sampingan yang biasa berlaku termasuklah:

  • Pening.
  • Batuk kering.
  • Sakit belakang.
  • Simptom selsema seperti hidung tersumbat, bersin, sakit tekak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Cozaar?

Cozaar® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara senarai nama ubat adalah seperti berikut:

  • Diuretik atau “pil air”.
  • Ubat tekanan darah yang lain.
  • Litium.
  • Celecoxib.
  • Aspirin atau NSAID (ubat antiradang tanpa steroid) yang lain seperti ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib, diclofenac, indomethacin, meloxicam, dan lain-lain.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Cozaar?

Cozaar® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Cozaar?

Cozaar® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Nefropati Diabetes:

Dos awal: 50 mg secara oral sekali setiap hari

Dos pengekal: 25 hingga 100 mg secara oral setiap hari dalam 1 atau 2 dos yang dibahagikan

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Hipertensi:  

Dos awal: 50 mg secara oral sekali setiap hari

Dos pengekal: 25 hingga 100 mg secara oral setiap hari dalam 1 atau 2 dos yang dibahagikan

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos biasa bagi pediatrik untuk Hipertensi:  

Umur 6 tahun atau lebih tua:

Dos awal: 0.7 mg/kg secara oral sekali sehari (sehingga jumlah keseluruhan)

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Cozaar® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet, bersalut filem: losartan potassium 25mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Cozaar®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda