Covapril

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Covapril Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Covapril® ?

Covapril biasanya digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Ia juga  boleh digunakan sendiri atau bersama ubat-ubat yang lain.

Ia juga boleh digunakan bagi mengurangkan risiko serangan jantung atau kematian disebabkan oleh masalah jantung pada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari stabil. Ia juga boleh digunakan untuk merawat keadaan lain seperti yang disarankan oleh doktor anda.

Bagaimanakah kegunaan Covapril®?

Guna perindopril seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Periksa label pada bungkusan ubat bagi mengetahui arahan dos yang tepat.

Ambil perindopril melalui mulut bersama atau tanpa makanan.

Ambil perindopril mengikut jadual berkala bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya.

Ambil perindopril pada masa yang sama setiap hari akan membantu anda untuk ingat mengambil ubat.

Terus mengambil perindopril walaupun jika anda sudah berasa sihat. Jangan tinggal mana-mana dos.

Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda sebarang soalan yang anda ada mengenai cara menggunakan perindopril.

Bagaimana saya menyimpan Covapril®?

Covapril paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Covapril di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Covapril yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Covapril ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Covapril®?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Covapril atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sejarah angioedema (bengkak pada tangan, muka, bibir, mata, kerongkong, atau lidah; sukar untuk telan atau bernafas; atau suara garau), termasuk angioedema disebabkan oleh rawatan menggunakan perencat ACE (contoh, lisinopril).
  • Anda mempunyai masalah buah pinggang yang teruk.
  • Anda mengambil ubat yang mengandungi aliskiren dan anda juga mempunyai diabetes atau masalah buah pinggang. Periksa dengan doktor atau ahli farmasi anda jika anda tidak pasti sama ada ubat yang anda ambil mengandungi aliskiren.

Adakah selamat untuk mengambil Covapril® semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Covapril semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Covapril. Covapril termasuk dalam risiko hamil kategori D, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini, seperti:

  • Sakit kepala.
  • Pening.
  • Vertigo.
  • Parestesia.
  • Gangguan penglihatan.
  • Tinitus.
  • Hipotensi.
  • Batuk.
  • Dispnea.
  • Gangguan GI.
  • Ruam.
  • Gatal-gatal.
  • Kekejangan otot.
  • Astenia.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Covapril®?

Covapril® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini, termasuk:

  • Diuretik.
  • Litium.
  • Diuretik mengekal potassium.
  • Makanan tambahan potassium atau pengganti garam potassium.
  • NSAID.
  • Antihipertensif & vasodilator.
  • Antidiabetik.
  • TCA.
  • Antipsikotik.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Covapril®?

Covapril mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Covapril®?

Covapril akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Hipertensi:

Dos yang disarankan 4 mg sekali sehari, mungkin boleh ditambah kepada 8 mg sekali sehari selepas 1 bulan.

Orang tua: Mulakan rawatan dengan 2 mg, kemudian tambah secara progressif kepada 4 mg selepas 1 bulan, kemudian 8 mg jika perlu.

Kegagalan jantung simptomatik

Dos yang disarankan ialah 2 mg, boleh ditambah dengan 2 mg kenaikan >2 minggu 4 mg sekali sehari jika boleh bertoleransi.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Covapril boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet Covapril® 4mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Covapril, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 2, 2019 | Kali terakhir kemaskini: April 2, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut