Coumadin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Coumadin Jenama: Coumadin.

Kegunaan

Apakah kegunaan coumadin® (warfarin)?

Coumadin® adalah sejenis anticoagulant (pencair darah). Warfarin mengurangkan pembentukan bekuan darah.

Coumadin® digunakan untuk merawat atau mencegah pembekuan darah dalam vena atau arteri, yang boleh mengurangkan risiko stroke, serangan jantung, atau keadaan serius yang lain.

Coumadin® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimana saya harus mengambil Coumadin® (warfarin)?

Ambil Coumadin® dengan tepat seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin akan mengubah dos anda untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik. Jangan mengambil Coumadin® dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang diarahkan oleh doktor anda.

Ambil Coumadin® pada masa yang sama setiap hari. Jangan sekali-kali mengambil ubat ini dengan dos berganda.

Anda boleh mengambil warfarin dengan atau tanpa makanan.

Semasa menggunakan warfarin, anda memerlukan “INR” atau ujian masa prothrombin yang kerap (untuk mengukur berapa lama darah anda mengambil masa untuk beku). Fungsi darah anda akan membantu doktor menentukan dos terbaik untuk anda. Anda mesti kekal di bawah jagaan doktor semasa mengambil Coumadin®.

Sekiranya anda telah menerima warfarin di hospital, sila hubungi atau berjumpa doktor anda 3 hingga 7 hari selepas anda meninggalkan hospital. INR anda perlu diuji pada masa itu. Jangan terlepas sebarang temujanji susulan.

Beritahu doktor anda jika anda mengalami cirit-birit, demam, menggigil, atau simptom selsema, atau mengalami perubahan berat badan.

Anda mungkin perlu berhenti mengambil Coumadin® 5 hingga 7 hari sebelum menjalani pembedahan atau prosedur  pergigian. Hubungi doktor anda untuk mendapatkan arahan yang sepatutnya. Anda juga mungkin perlu berhenti mengambil Coumadin® jika perlu mengambil antibiotik, atau jika anda menjalani prosedur pengambilan cecair tulang belakang atau anestesia tulang belakang (epidural).

Bagaimana kaedah penyimpanan Coumadin® (warfarin)?

Coumadin® adalah yang terbaik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Coumadin® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat beberapa jenama Coumadin® yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau bertanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Coumadin® di tandas atau ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Coumadin® (warfarin)?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda sekiranya:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda memberi bayi anda makan, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai akahan dengan bahan-bahan Coumadin® atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan kesihatan atau keadaan perubatan yang lain.

Anda tidak harus mengambil Coumadin® jika anda mempunyai:

  • Hemofilia atau sebarang gangguan pendarahan yang diwarisi atau disebabkan oleh penyakit
  • Gangguan sel darah (seperti sel darah merah rendah atau platelet rendah)
  • Darah dalam air kencing atau najis, atau batuk bardarah
  • Jangkitan lapisan jantung (bacterial endocarditis)
  • Pendarahan atau ulser perut atau usus
  • Tekanan darah tinggi
  • Baru atau akan menjalani pembedahan di otak, tulang belakang, atau mata
  • Kecederaan kepala terkini, aneurisma, atau pendarahan di dalam otak
  • Prosedur pengambilan cecair tulang belakang atau anestesia tulang belakang (epidural)

Anda tidak boleh mengambil Coumadin® , jika anda mampu mengambilnya disebabkan alkohol, masalah psikiatri, demensia, atau keadaan yang serupa dengannya.

Coumadin® boleh membuat anda mudah berdarah, terutamanya jika anda mempunyai:

  • Sejarah masalah pendarahan
  • Tekanan darah tinggi atau penyakit jantung yang teruk
  • Penyakit buah pinggang atau hati
  • Kanser
  • Penyakit yang menjejaskan saluran darah di otak anda
  • Sejarah pendarahan perut atau usus
  • Pembedahan atau kecemasan perubatan, atau jika anda menerima apa-apa jenis suntikan (shot)
  • Berusia 65 tahun ke atas
  • Sakit teruk atau dalam keadaan lemah

Warfarin boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran, tetapi mencegah pembekuan darah mengatasi risiko ke atas bayi. Anda mungkin boleh mengambil Coumadin® semasa hamil jika anda mempunyai injap jantung mekanikal. Gunakan kaedah pencegah kehamilan yang berkesan untuk mencegah kehamilan semasa mengambil ubat ini dan sekurang-kurangnya 1 bulan selepas dos terakhir anda. Beritahu doktor anda sekiranya anda hamil.

Tiada maklumat mengatakan warfarin boleh masuk ke dalam susu ibu. Beritahu doktor anda jika anda menyusukan bayi. Perhatikan tanda-tanda lebam atau pendarahan pada bayi jika anda mengambil Coumadin® semasa anda sedang menyusukan bayi.

Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan risiko pendarahan atau kecederaan. Sila lebih berhati-hati semasa mencukur atau memberus gigi. Anda masih boleh mudah berdarah selama beberapa hari selepas anda berhenti mengambil Coumadin.

Elakkan minuman alkohol.

Jus limau gedang, jus kranberi, jus noni, dan jus delima boleh berinteraksi dengan warfarin dan membawa kepada kesan sampingan yang tidak diingini. Elakkan daripada menggunakan produk jus ini semasa mengambil Coumadin®.

Elakkan membuat sebarang perubahan dalam diet anda sebelum berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Makanan yang tinggi vitamin K (hati, sayuran berdaun hijau, atau sayur-sayuran) boleh membuatkan warfarin kurang berkesan. Jika makanan ini adalah sebahagian daripada diet anda, makanlah jumlah yang konsisten setiap minggu.

Tanya doktor sebelum mengambil apa-apa ubat tahan sakit, artritis, demam, atau bengkak. Ini termasuk acetaminophen (Tylenol), aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib (Celebrex), diclofenac, indomethacin, meloxicam, dan lain-lain. Ubat-ubatan ini boleh menjejaskan pembekuan darah dan juga boleh meningkatkan risiko pendarahan perut.

Adakah selamat jika digunakan ketika hamil atau menyusu?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Coumadin® semasa mengandung dan menyusu. Sila rujuk dengan doktor anda untuk mempertimbang manfaat dan risiko yang berpotensi sebelum mengambil Coumadin® .

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh saya dapati daripada Coumadin® (warfarin)?

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Loya
  • Muntah
  • Kesakitan perut ringan
  • Kembung perut, gas
  • Perubahan deria rasa

Hubungi doktor anda sekiranya anda mempunyai:

  • Kesakitan, bengkak, rasa panas atau sejuk, perubahan kulit, atau perubahan warna di mana-mana badan anda
  • Kesakitan kaki yang mengejut dan teruk, ulser kaki, jari berwarna ungu.
  • Sakit  kepala, pening kepala, atau kelemahan yang mengejut.
  • Mudah lebam atau berdarah (hidung berdarah, gusi berdarah), bintik-bintik ungu atau merah di bawah kulit anda
  • Pendarahan dari luka atau suntikan jarum yang tidak akan berhenti
  • Kulit pucat, kepala terasa ringan atau sesak nafas, kadar denyutan jantung yang laju, masalah menumpukan perhatian
  • Air kencing gelap, kulit atau mata menguning
  • Air kencing sedikit atau tiada.
  • Kebas atau kelemahan otot
  • Sakit di perut, belakang, atau sisi

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas akahan terhadap Coumadin®:geligata; pernafasan sukar; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Coumadin® boleh menyebabkan anda berdarah dengan lebih mudah, yang boleh menjadi teruk atau mengancam nyawa. Dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda mengalami pendarahan yang luar biasa, atau pendarahan yang tidak akan berhenti. Anda mungkin mengalami pendarahan di bahagian dalam badan anda, seperti perut atau usus anda. Hubungi doktor anda secepatnya jika anda mempunyai darah dalam air kencing anda, najis hitam atau berdarah, atau jika anda batuk darah atau muntah yang kelihatan seperti kopi.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Interaksi

Apa ubat-ubatan boleh berinteraksi dengan  Coumadin® (warfarin)?

Coumadin® mungkin berinteraksi dengan ubat lain yang sedang anda ambil, yang boleh mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyenaraikan semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan maklumat ini dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Produk yang boleh berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Ubat-ubatan lain yang menghalang pembekuan darah
  • Ubatan untuk merawat sebarang jenis jangkitan, termasuk batuk kering
  • Makanan tambahan yang mengandungi vitamin K
  • Antidepresan – citalopram, duloxetine, fluoxetine, fluvoxamine, paroxetine, sertraline, venlafaxine, vilazodone, dan lain-lain
  • Ubat sawan/kekejangan – carbamazepine, phenobarbital, phenytoin
  • Produk herba (botani) – coenzyme Q10, cranberry, echinacea, bawang putih, ginkgo biloba, ginseng, goldenseal, atau St. John’s wort.

Adakah makanan atau alkohol berinteraksi dengan Coumadin® (warfarin)?

Coumadin® mungkin berinteraksi dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat berkerja atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk sebarang potensi interaksi makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan Coumadin® (warfarin) ?

Coumadin® (warfarin) mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memperburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat terbabit bekerja . Adalah penting untuk sentiasa membenarkan doktor dan ahli farmasi anda tahu semua maklumat berkaitan keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Celiac sprue (gangguan usus)
  • Kencing manis (diabetes)
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Tiroid terlalu aktif
  • Penyakit tisu penghubung seperti sindrom Marfan, sindrom Sjögren, skleroderma, artritis reumatoid, atau lupus
  • Kekurangan agen pembekuan yang diwarisi dari ibu bapa (warfarin boleh membuat simptom anda lebih buruk sejak awal)
  • Jika anda menggunakan kateter
  • Jika anda pernah mengalami platelet darah rendah selepas menerima heparin

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakan ubat  Coumadin® (warfarin).

Berapakah dos Coumadin® (warfarin) untuk orang dewasa?

Venous Thromboembolism (termasuk trombosis vena mendalam [DVT] dan embolisme paru-paru , PE)

Sesuaikan dos warfarin bagi mengekalkan sasaran INR 2.5 (jangkauan INR, 2.0-3.0) untuk sepanjang tempoh rawatan. Tempoh rawatan adalah berdasarkan petunjuk seperti berikut:

  • Bagi pesakit dengan DVT atau PE sekunder yang terdedah kepada faktor risiko sementara (reversible), rawatan warfarin selama 3 bulan adalah disyorkan.
  • Bagi pesakit yang mempunyai DVT atau PE yang tidak dirangsang (unprovoked), rawatan warfarin disyorkan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan. Selepas 3 bulan terapi, nisbah risiko-manfaat rawatan jangka panjang harus dinilai bagi setiap pesakit.
  • Bagi pesakit yang mempunyai dua episod DVT atau PE yang tidak dirangsang (unprovoked), rawatan jangka panjang dengan warfarin disyorkan.
  • Bagi pesakit yang menerima rawatan antikoagulan jangka panjang secara berkala, nisbah risiko-manfaat harus dinilai untuk meneruskan rawatan bagi setiap individu.

Fibrilasi Atrium (AF)

Bagi pesakit dengan AF non-valvular (bukan disebabkan masalah injap), gunakan warfarin bagi mencapai sasaran  INR 2.5 (julat, 2.0-3.0).

  • Pada pesakit yang mempunyai AF non-valvular (bukan disebabkan masalah injap) yang berterusan atau paroksismal dan berisiko tinggi untuk mendapat stroke  (iaitu mempunyai ciri-ciri berikut: pernah mengalami stroke iskemia sebelum ini, serangan iskemia sementara (TIA), atau embolisme sistemik, atau 2 faktor risiko berikut: umur > 75 tahun, kegagalan fungsi sistolik ventrikel kiri dan / atau jantung, sejarah tekanan darah tinggi, atau kencing manis yang sederhana atau sangat teruk, penggunaan warfarin untuk jangka panjang adalah disyorkan.
  • Bagi pesakit dengan AF non-valvular (bukan disebabkan masalah injap) yang berterusan atau paroksismal dan berisiko sederhana untuk mendapat stroke iskemia (iaitu, mempunyai 1 daripada faktor risiko berikut: umur > 75 tahun, kegagalan fungsi systolik ventrikel kiri dan / atau jantung yang teruk atau sangat teruk , sejarah tekanan darah tinggi, atau kencing manis), penggunaan warfarin untuk jangka panjang adalah disyorkan.
  • Bagi pesakit dengan AF dan stenosis mitral, penggunaan warfarin untuk jangka panjang adalah disyorkan.
  • Bagi pesakit AF dan pesakit injap jantung prostetik, penggunaan warfarin untuk jangka panjang adalah disyorkan; sasaran INR mungkin ditingkatkan dan aspirin juga mungkin ditambah bergantung kepada jenis dan kedudukan injap, dan faktor pesakit.

Injap Jantung Mekanikal dan Bioprostetik

  • Bagi pesakit dengan injap mekanikal bileaflet atau injap cakera condong Medtronic Hall (Minneapolis, MN) pada kedudukan aorta yang berada dalam irama sinus (sinus rythm) dan tanpa pembesaran atrium kiri, terapi warfarin dengan sasaran INR 2.5 (julat, 2.0-3.0) disyorkan.
  • Bagi pesakit yang mempunyai injap cakera condong dan injap mekanik bileaflet pada kedudukan mitral, terapi warfarin dengan sasaran INR 3.0 (julat, 2.5-3.5) adalah disyorkan.
  • Bagi pesakit dengan bola sangkar (caged ball) atau injap cakera sangkar (caged disk valve), terapi warfarin dengan sasaran INR 3.0 (julat, 2.5-3.5) adalah disyorkan.
  • Bagi pesakit yang mempunyai injap bioprostetik pada kedudukan mitral, terapi warfarin dengan sasaran INR 2.5 (julat, 2.0-3.0) untuk 3 bulan pertama selepas kemasukan injap adalah disyorkan. Sekiranya terdapat faktor risiko tambahan bagi tromboembolism (AF, sejarah thromboembolism, ventrikel kiri tidak berfungsi), sasaran INR 2.5 (julat, 2.0-3.0) adalah disyorkan.

Post-Myocardial Infarction

  • Bagi pesakit berisiko tinggi mengalami MI (contohnya, mereka yang mempunyai anterior MI yang besar, mengalami kegagalan jantung yang ketara, mempunyai trombus intrakardiak boleh dilihat melalui transthoracic echocardiography, mengalami  AF, dan mereka yang mempunyai sejarah thromboembolic), gabungan terapi warfarin dengan kekuatan sederhana (INR, 2.0-3.0) dan aspirin dos rendah (≤100 mg / hari) selama sekurang-kurangnya 3 bulan selepas MI adalah disyorkan.

Berapakah dos Coumadin® (warfarin) untuk kanak-kanak?

Masih tiada dos untuk pesakit pediatrik . Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk  sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Ketersediaan Coumadin® (warfarin)

Coumadin® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet: warfarin sodium 1mg
  • Suntikan, serbuk, lyophilized (dibekukan dan dikeringkan), untuk digunakan di dalam 2 mg larutan warfarin sodium dalam 1mL

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan?

Sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan, hubungi perkhidmatan kecemasan setempat atau pergi ke bilik kecemasan di hospital yang terdekat dengan anda.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Coumadin® ambil secepat mungkin. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir masanya untuk dos anda seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ambil dos biasa seperti yang dijadualkan. Jangan ambil dos berganda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 8, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 8, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut