Coricidin HBP (Cough/Cold/Flu Combinations, Daytime)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Coricidin HBP (Cough/Cold/Flu Combinations, Daytime) Jenama: Coricidin HBP (Cough/Cold/Flu Combinations, Daytime).

Kegunaan

Apakah kegunaan Coricidin® HBP Cold & Flu ?

Coricidin® HBP Cold & Flu biasanya digunakan secara sementara bagi melegakan sakit kecil, sakit kepala, bersin, hidung berair, dan demam.

Bagaimana saya boleh mengambil Coricidin® HBP (Cold & Flu)?

Gunakan Coricidin HBP Cold / Flu seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Semak label pada ubat untuk mendapatkan arahan yang tepat.

Coricidin HBP Cold / Flu boleh diambil bersama atau tanpa makanan.

Rujuk penyedia penjagaan kesihatan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara menggunakan Coricidin HBP Cold / Flu.

Bagaimana kaedah penyimpanan Coricidin® HBP Cold & Flu?

Coricidin® adalah paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Coricidin® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat beberapa jenama Coricidin® yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau bertanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Coricidin® di tandas atau ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum menggunakan Coricidin® HBP Cold & Flu?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda sekiranya:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda memberi bayi anda makan, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan bahan-bahan Coricidin® atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan kesihatan atau keadaan perubatan yang lain.

Produk ini mengandungi acetaminophen. Kerosakan hati boleh berlaku jika:

  • Orang dewasa mengambil lebih daripada 12 tablet dalam 24 jam.
  • Kanak-kanak mengambil lebih daripada 5 tablet dalam masa 24 jam.
  • Diambil dengan ubat lain yang mengandungi acetaminophen.
  • Orang dewasa yang minum 3 atau lebih minuman beralkohol setiap hari semasa menggunakan produk ini.

Jangan gunakan ubat lain yang mengandungi acetaminophen (preskripsi atau bukan preskripsi). Jika anda tidak pasti sama ada ubat mengandungi acetaminophen, tanya doktor atau ahli farmasi.

Apabila menggunakan produk ini:

  • Keterujaan boleh berlaku, terutamanya pada kanak-kanak.
  • Mengantuk.
  • Elakkan minuman beralkohol.
  • Alkohol, sedatif dan penenang boleh meningkatkan rasa mengantuk.
  • Gunakan berhati-hati apabila memandu kenderaan bermotor atau jentera operasi.

Adakah selamat jika digunakan ketika hamil atau menyusu?

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Coricidin® semasa mengandung dan menyusu. Sila rujuk dengan doktor anda untuk mempertimbang manfaat dan risiko yang berpotensi sebelum mengambil Coricidin® . Coricidin® adalah kategori risiko kehamilan X, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti:

  • A= tiada risiko
  • B= tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=mungkin ada sesetengah risiko
  • D=bukti positif kehadiran risiko
  • X= dilarang
  • N= tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh saya dapati daripada Coricidin® HBP Cold & Flu?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi kebanyakan orang tidak mengalaminya, atau kesan sampingan tersebut ringan. Sila berhubung dengan doktor anda jika mana-mana kesan sampingan ini berterusan atau mengganggu:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Mengantuk
  • Kering mulut, hidung, atau tekak
  • Keterujaan
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Keresahan atau kebimbangan
  • Masalah tidur
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Kelemahan

Dapatkan segera rawatan perubatan jika ada kesan sampingan yang teruk:

  • Reaksi alergik yang teruk (ruam, gatal, sukar bernafas, sesak dada, bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah)
  • Air kencing gelap atau najis pudar/pucat
  • Kesukaran buang air kencing atau ketidakupayaan buang air kencing
  • Denyutan jantung cepat atau tidak teratur
  • Halusinasi
  • Sawan
  • Pening kepala yang teruk, kepala terasa ringan , atau sakit kepala yang teruk
  • Sakit perut
  • Menggigil
  • Masalah tidur
  • Keletihan yang luar biasa
  • Perubahan dalam penglihatan
  • Kuning kulit atau mata

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Interaksi

Apa ubat-ubatan boleh berinteraksi dengan Coricidin® HBP Cold & Flu?

Coricidin® mungkin berinteraksi dengan ubat lain yang sedang anda ambil, yang boleh mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyenaraikan semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan maklumat ini dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Produk yang boleh berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Furazolidone, Perencat MAO ( Phenelzine), natrium oxybate (GHB), atau antidepresan trisiklik (Amitriptyline) kerana kesan sampingan Coricidin HBP Cold / Flu boleh meningkat.
  • Pencair darah (Warfarin) kerana risiko kesan sampingan, seperti pendarahan, boleh meningkat jika diambil bersama Coricidin HBP Cold / Flu.
  • Hydantoins (Phenytoin) kerana kesan sampingan boleh meningkat jika diambil bersama Coricidin HBP Cold / Flu.
  • Isoniazid kerana kesan sampingan Coricidin HBP Cold / Flu boleh meningkat.

Adakah makanan atau alkohol berinteraksi dengan Coricidin® HBP Cold & Flu?

Coricidin® mungkin berinteraksi dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat berkerja atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk sebarang potensi interaksi makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan Coricidin® HBP Cold & Flu?

Coricidin® mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memperburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bekerja . Adalah penting untuk sentiasa membenarkan doktor dan ahli farmasi anda tahu semua maklumat berkaitan keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Penyakit hati
  • Masalah pernafasan seperti emfisema atau bronkitis kronik
  • Glaukoma
  • Masalah membuang air kencing akibat kelenjar prostat yang membesar

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakan ubat Coricidin® HBP Cold & Flu.

Berapakah dos Coricidin® HBP Cold & Flu untuk orang dewasa?

Dos yang disyorkan ialah 2 tablet setiap 4 hingga 6 jam, tidak lebih daripada 12 tablet dalam 24 jam.

Berapakah dos Coricidin® HBP Cold & Flu untuk kanak-kanak ?

  • Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas: Dos yang disyorkan adalah 2 tablet setiap 4 hingga 6 jam, tidak lebih daripada 12 tablet dalam 24 jam.
  • Kanak-kanak antara 6 dan 12 tahun: Dos yang disyorkan ialah 1 tablet setiap 4 hingga 6 jam, tidak lebih daripada 5 tablet dalam masa 24 jam.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun: sila bertanya doktor anda.

Bagaimanakah Coricidin® HBP Cold & Flu boleh didapati?

Coricidin® HBP Cold & Flu boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet Coricidin® HBP Cold & Flu: Acetaminophen 325 mg, Chlorpheniramine maleate 2 mg

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan?

Sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan, hubungi perkhidmatan kecemasan setempat atau pergi ke bilik kecemasan di hospital yang terdekat dengan anda.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Coricidin® ambil secepat mungkin. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir masanya untuk dos anda seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ambil dos biasa seperti yang dijadualkan. Jangan ambil dos berganda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut