Coreg

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Coreg Jenama: Coreg.

Kegunaan

Apakah kegunaan Coreg® (carvedilol)?

Coreg® adalah penghalang beta (beta blocker). Ia memberi kesan kepada jantung dan peredaran darah (aliran darah melalui arteri dan vena).

Coreg® digunakan untuk merawat kegagalan jantung dan tekanan darah tinggi. Ia juga digunakan selepas serangan jantung yang menyebabkan jantung anda tidak mengepam.

Coreg® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimana saya boleh mengambil Coreg® (carvedilol)?

Ambil Coreg® seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin akan mengubah dos anda untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Coreg® berfungsi dengan baik jika anda mengambilnya bersama makanan.

Anda boleh membuka kapsul Coreg® CR dan taburkan ubat tersebut ke dalam sudu untuk menelannya dengan lebih mudah .Telan segera tanpa mengunyah. Jangan simpan campuran tersebut untuk kegunaan kemudian. Buang kapsul yang kosong.

Ambil pada masa yang sama setiap hari. Jangan terlepas dos atau berhenti mengambil ubat ini tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. Berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba boleh menjadikan keadaan anda semakin teruk.

Jika anda menukar pengambilan ubat dari tablet Coreg® ke kapsul Coreg® CR extended-release, dos harian harian ubat ini mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada sebelumnya. Orang dewasa lebih tua mungkin lebih cenderung menjadi pening atau pengsan apabila beralih dari tablet ke kapsul Coreg® CR extended-release. Sil ikut arahan doktor anda.

Tekanan darah anda perlu diperiksa dengan kerap.

Sekiranya anda dirawat untuk tekanan darah tinggi, gunakan ubat ini walaupun anda berasa sihat. Tekanan darah tinggi sering tidak mempunyai simptom. Anda mungkin perlu menggunakan ubat tekanan darah untuk sepanjang hayat anda.

Jika anda memerlukan pembedahan, maklumkan pakar bedah terlebih dahulu bahawa anda sedang menggunakan Coreg®. Anda mungkin perlu berhenti menggunakan ubat untuk masa yang singkat.

Anda tidak boleh berhenti menggunakan Coreg® secara tiba-tiba. Berhenti secara tiba-tiba boleh menjadikan keadaan anda teruk.

Coreg® boleh memberi kesan kepada anak mata (pupil) anda semasa pembedahan katarak. Maklumkan kepada doktor bedah mata terlebih dahulu bahawa anda sedang menggunakan ubat ini. Jangan berhenti menggunakan ubat ini sebelum pembedahan melainkan pakar bedah anda memberitahu anda.

Coreg® hanya sebahagian daripada program rawatan lengkap untuk tekanan darah tinggi yang juga meliputi diet, senaman, dan kawalan berat badan. Ikuti diet, ubat, dan rutin senaman anda dengan teliti jika anda menerima rawatan tekanan darah tinggi.

Bagaimana saya harus menyimpan Coreg® (carvedilol)?

Coreg® adalah paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Coreg® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat beberapa jenama Coreg® yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau bertanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Coreg® di tandas atau ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Coreg® (carvedilol)?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan kepada doktor anda sekiranya:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda memberi bayi anda makan, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan-bahan Coreg® atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan kesihatan atau keadaan perubatan yang lain.

Anda tidak harus mengambil Coreg® jika anda mempunyai:

  • Asma,bronkitis, emfisema
  • Penyakit hati yang teruk
  • Keadaan jantung yang serius seperti jantung tersumbat (heart block), “sindrom sinus sakit,” atau kadar denyutan yang perlahan (kecuali jika anda mempunyai perentak jantung, pacemaker)

Adakah selamat jika digunakan ketika hamil atau menyusu?

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Coreg® semasa mengandung dan menyusu. Sila rujuk dengan doktor anda untuk mempertimbang manfaat dan risiko yang berpotensi sebelum mengambil Coreg®. Coreg® adalah kategori risiko kehamilan X, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Anda tidak boleh membuang Coreg® di tandas atau ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti:

  • A= tiada risiko
  • B= tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=mungkin ada sesetengah risiko
  • D=bukti positif kehadiran risiko
  • X= dilarang
  • N= tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh saya dapati daripada Coreg® (carvedilol)?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan terhadap Coreg®: hives; difficulty breathing; swelling of your face, lips, tongue, or throat.

Hubungi doktor anda jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:

  • Rasa kepala ringan, seperti anda mungkin pengsan
  • Degupan jantung perlahan atau tidak sekata
  • Bengkak, peningkatan berat badan yang cepat, bernafas pendek (walaupun dengan kerja ringan)
  • Rasa sejuk atau kebas di jari tangan atau jari kaki anda
  • Kesakitan dada, batuk kering, berdehit (wheezing) , sesak dada, kesukaran bernafas
  • Gula dalam darah tinggi (dahaga, kerap kencing, kelaparan, mulut kering, nafas berbau buah-buahan, mengantuk, kulit kering, penglihatan kabur, penurunan berat badan)

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Kelemahan, pening
  • Cirit-birit
  • Mata kering
  • Rasa letih
  • Pertambahan berat badan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Interaksi

Apa ubat-ubatan boleh berinteraksi dengan Coreg® (carvedilol)?

Coreg® mungkin berinteraksi dengan ubat lain yang sedang anda ambil, yang boleh mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyenaraikan semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan maklumat ini dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol berinteraksi dengan Coreg® (carvedilol)?

Coreg® mungkin berinteraksi dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat berkerja atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk sebarang potensi interaksi makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan Coreg® (carvedilol)?

Coreg® mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memperburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bekerja . Adalah penting untuk sentiasa membenarkan doktor dan ahli farmasi anda tahu semua maklumat berkaitan keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Diabetes (mengambil Coreg boleh membuat lebih sukar bagi anda untuk memaklumkan bila anda mempunyai gula dalam darah rendah)
  • Angina (sakit dada)
  • Penyakit hati atau buah pinggang
  • Gangguan tiroid
  • Feokromositoma (ketumbuhan kelenjar adrenal)
  • Masalah peredaran darah (seperti sindrom Raynaud)
  • Sejarah alahan

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakan ubat Coreg® (carvedilol).

Berapakah dos Coreg® (carvedilol) untuk orang dewasa?

Dos biasa orang dewasa untuk Angina Pektoris:

Tablet pelepasan segera:

  • Dos permulaan: 6.25 mg secara oral dua kali sehari dengan makanan
  • Dos penyelenggaraan: 6.25 mg hingga 25 mg secara oral dua kali sehari dengan makanan
  • Dos maksimum: 50 mg sehari

Dos Biasa bagi orang dewasa untuk kegagalan Jantung (Congestive):

Tablet pelepasan segera:

  • Dos permulaan: 3.125 mg secara oral dua kali sehari selama 2 minggu. Jika pesakit mampu manahan dos terbabit, kenaikan dos kepada 6.25 mg secara oral dua kali sehari.
  • Dos itu hendaklah digandakan setiap 2 minggu ke paras tertinggi yang peskit mampu.
  • Dos maksimum: 50 mg secara oral dua kali sehari bagi pesakit dengan berat 85 kg atau lebih dan 25 mg secara oral dua kali sehari bagi pesakit dengan berat 85 kg atau kurang.

Kapsul pelepasan lanjut:

  • Dos permulaan: 10 mg secara lisan sekali sehari selama 2 minggu. Jika pesakit mampu menahan dos terbabit, tambahkan dos kepada 20 mg, 40 mg, dan 80 mg dalam jangka masa sekurang-kurangnya 2 minggu.

Dos biasa bagi orang dewasa  untuk tekanan darah tinggi:

Tablet pelepasan segera:

  • Dos permulaan: 6.25 mg secara oral dua kali sehari dengan makanan
  • Dos penyelenggaraan: 6.25 mg hingga 25 mg secara oral dua kali sehari dengan makanan
  • Dos maksimum: 50 mg sehari

Kapsul pelepasan lanjutan:

  • Dos permulaan: 20 mg secara oral sekali sehari selama 7 hingga 14 hari. Sekiranya boleh diterima, dos boleh ditingkatkan kepada 40 mg secara oral sekali sehari, dan jika sekali lagi boleh diterima badan,dos ditingkatkan  hingga 80 mg secara oral sekali sehari selepas 7 hingga 14 hari.
  • Maksimum dos: 80 mg sehari

Dos biasa orang dewasa  untuk ventrikel kiri tidak berfungsi:

Tablet pelepasan segera:

  • Dos permulaan: 6.25 mg secara oral dua kali sehari (dos awal sebanyak 3.25 mg dua kali sehari boleh diberikan kepada pesakit yang tidak mampu menahan dos biasa).
  • Dos penyelenggaraan: Jika diterima, dos awal boleh dititrasi kepada 12.5 mg dua kali sehari selepas 3 hingga 10 hari kepada dos sasaran sebanyak 25 mg dua kali sehari.

Kapsul pelepasan lanjut:

  • Dos permulaan: 20 mg secara oral sekali sehari (dos awal 10 mg sekali sehari boleh diberikan kepada pesakit yang tidak dapat bertolak ansur dengan dos awal). Sekiranya diterima badan, dos boleh ditingkatkan kepada 40 mg selepas 3 hingga 10 hari, jika diterima badan sekali lagi,  dos boleh ditingkatkan hingga 80 mg secara oral sekali sehari.

Berapakah dos Coreg® (carvedilol) untuk kanak-kanak?

Dos ini masih belum ada untuk pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia adalah penting untuk  sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Coreg® (carvedilol) boleh didapati?

Coreg® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet, bersalut filem: 3.125mg carvedilol

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan?

Sekiranya berlaku kecemasan atau dos berlebihan, hubungi perkhidmatan kecemasan setempat atau pergi ke bilik kecemasan di hospital yang terdekat dengan anda.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Coreg® , ambil secepat mungkin. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir masanya untuk dos anda seterusnya, langkau dos yang terlepas dan ambil dos biasa seperti yang dijadualkan. Jangan ambil dos berganda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut