Cobanzyme

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Cobanzyme Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Cobanzyme?

Cobanzyme biasanya digunakan untuk merawat:

  • Kekurangan B12
  • Terapi kompleks untuk zat besi dan anemia selepas pendarahan
  • Anemia aplastik akibat bahan dan ubat toksik
  • Penyakit hati (hepatitis, cirrhosis)
  • Funicular myelosis
  • Polyneuritis, radiculitis, neuralgia, amyotrophic lateral sclerosis
  • Kanak-kanak dengan cerebral palsy, sindrom Down, kecederaan saraf periferal
  • Penyakit kulit (psoriasis, photodermatosis, herpetiformis dermatitis, neurodermatitis)
  • Penyakit radiasi

Bagaimanakah kegunaan Cobanzyme?

Cobanzyme diambil dalam bentuk suntikan  SC, IV, IM, intralumbar, dan oral.

Patuhi semua arahan pada label preskripsi anda.

Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang besar atau melebihi masa yang disyorkan.

Bagaimana saya menyimpan Cobanzyme?

Cobanzyme paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Cobanzyme?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda jika :

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Cobanzyme atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Cobanzyme semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa anda mengambil ubat ini ialah:

  • Sistem saraf utama
  • Sistem kardiovaskular (sakit pada jantung, degupan jantung laju)
  • Tindakbalas alahan (urticaria)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Cobanzyme?

Cobanzyme mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Teruatamanya jika anda mengambil:

  • Ubat cegah hamil hormon
  • Ubat anti-sawan
  • Neomycin, asid aminosalicylic, colchicine, cimetidine, ranitidine, ubat potasium
  • Thiamine
  • Chloramphenicol
  • Thromboembolism, erythremia, erythrocytosis

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Cobanzyme?

Cobanzyme mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Cobanzyme?

Cobanzyme akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Jika berlaku anemia bersama kekurangan cobanzyme, dos yang disyorkan ialah 100-200 mcg dalam masa 2 hari.

Jika anemia dengan simptom funicular myelosis dan anemia megalositik serta penyakit sistem saraf, dos yang disyorkan ialah 400-500 mikrogram pada 7 hari pertama, kemudian sekali setiap 5-7 hari.

Dalam tempoh remisi jika tiada berlaku myelosis funikular, dos yang disyorkan ialah 100 mcg 2 kali sebulan; dengan adanya gejala neurologi, dos yang disyorkan ialah 200-400 mcg 2-4 kali sebulan

Dalam kes anemia selepas pendarahan akut dan anemia zat besi, dos yang disyorkan ialah 30-100 mcg, 2- kali seminggu.

Bagi penyakit sistem saraf utama dan periferal serta neurologi dengan simptom sakit, anda perlu meningkatkan dos, iaitu 200-500 mcg; apabila pesakit semakin pulih, dos yang disyorkan ialah 100 mcg / day. Rawatan mengambil masa selama 2 minggu.

Bagi kecederaan sistem saraf periferal, dos yang disyorkan ialah 200-400 mcg selang sehari selama 40-45 hari.

Bagi pesakit hepatitis dan cirrhosis, dos yang disyorkan ialah 30-60 mcg / day atau 100 mg untuk 25-40 hari.

Bagi pesakit funicular myelosis, amyotrophic lateral sclerosis, ia boleh diberikan melalui saluran saraf tunjang sebanyak 15-30 mcg, secara berperingkat, tambah dos kepada 200-250 mikrogram.

Dalam kes penyakit radiasi, diabetic neuropathy, sprue, dos yang disyorkan ialah 60-100 mcg untuk 20-30 hari.

Bagi individu kekurangan cobanzyme, dos yang disyorkan ialah IV atau IM 1 mg sebulan; untuk rawatan, dos yang disyorkan ialah IV atau IM 1mg selama 1-2 minggu. Dos penyelenggaraan ialah 1-2 mg IV atau IM, permulaannnya sekali seminggu kemudian sekali sebulan. Durasi rawatan berbeza bagi setiap individu.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Bagi pesakit anemia aplastik, dos yang disyorkan ialah 100 mikrogram sebelum pemulihan klinikal.

Bagi pesakit anemia nutrisi dalam kalangan bayi dan bayi pramatang, dos yang disyorkan ialah 30 mcg / day selama 15 hari. Dystrophy dalam kalangan kanak-kanak, sindrom Down dan cerebral palsy, dos yang disyorkan ialah 15-30 mcg selang sehari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Cobanzyme boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut::

  • Kapsul ; Oral; 1 mg
  • Suntikan

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 1, 2018