Apa itu clomipramine-hydrochloride?

Oleh

Nama AM: Clomipramine Hydrochloride Jenama: Clomipramine Hydrochloride.

Kegunaan

Apa kegunaan Clomipramine Hydrochloride ?

Clomipramine HCL adalah antidepresan tricyclic. Ia berfungsi dengan meningkatkan aktiviti bahan kimia di dalam otak yang membantu untuk mengurangkan tingkah laku obsesif-kompulsif.

Clomipramine HCL biasanya digunakan untuk merawat kecelaruan obsesif kompulsif (OCD). Ia juga boleh digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Bagaimanakah kegunaan Clomipramine Hydrochloride?

Ambil clomipramine HCL secara oral dengan makanan untuk mengurangkan sakit perut.

Ia mungkin mengambil masa 2 hingga 3 minggu sebelum anda merasai kesan clomipramine. Teruskan penggunaan clomipramine HCL walaupun setelah anda berasa sihat. Jangan terlepas sebarang dos.

Tanya doktor anda sebarang soalan yang anda hadapi tentang bagaimana untuk menggunakan clomipramine.

Bagaimana saya menyimpan Clomipramine Hydrochloride?

Clomipramine HCL lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan clomipramine HCL dalam bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama HCL clomipramine berbeza yang mungkin mempunyai keperluan simpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda untuk arahan penyimpanan, atau rujuk ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam clomipramine HCL ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farm

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Clomipramine Hydrochloride?

Sebelum menggunakan clomipramine HCL, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan anak.
  • Anda sedang mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan lain.
  • Anda alah kepada mana-mana bahan dalam clomipramine HCL atau ubat-ubatan yang sama.
  • Anda telah mengambil linezolid atau perencat monoamine oxidase (MAOI) (contohnya, phenelzine) dalam tempoh 14 hari lepas.
  • Anda sedang pulih daripada serangan jantung baru-baru ini.
  • Anda dijadualkan untuk menjalani sebarang pembedahan.

Clomipramine HCL boleh menyebabkan rasa mengantuk, pening, atau penglihatan kabur, atau pitam.  Alkohol, cuaca panas, senaman, demam, atau ubat-ubatan tertentu boleh meningkatkan kesan sampingan  ini. Gunakan clomipramine HCL dengan berhati-hati. Jangan memandu atau melaksanakan tugas-tugas lain yang mungkin tidak selamat sehingga anda tahu bagaimana tindak balas anda kepadanya. Untuk mengelakkan kesan sampingan, duduk atau berdiri perlahan-lahan, terutama pada waktu pagi. Duduk atau baring pada tanda pertama kesan sampingan.

Jangan membiarkan diri anda terlalu panas dalam cuaca panas atau ketika sedang aktif; kerana strok haba panas mungkin berlaku.

Kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang muda yang mengambil clomipramine HCL mungkin berisiko tinggi mengalami perasaan atau perilaku membunuh diri. Orang dewasa juga mungkin terjejas. Risiko mungkin lebih tinggi pada pesakit yang pernah mengalami fikiran atau perilaku membunuh diri pada masa lalu. Risiko juga mungkin lebih tinggi pada pesakit bipolar (manik-depresif), atau jika mempunyai ahli keluarga yang menghadapinya. Awasi semua pesakit yang mengambil clomipramine HCL dengan teliti. Hubungi doktor segera jika berlaku simptom baru, simptom semakin teruk, atau simptom secara tiba-tiba seperti tertekan;cemas, gelisah, atau tingkah laku cepat marah; serangan panik; atau sebarang perubahan yang luar biasa dalam mood atau tingkah laku berlaku. Hubungi doktor segera jika sebarang tanda-tanda pemikiran atau tindakan membunuh diri berlaku.

Sindrom serotonin ialah sindrom yang mungkin membawa maut yang mungkin berlaku disebabkan oleh clomipramine. Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi jika anda mengambil clomipramine HCL dengan ubat-ubatan lain yang tertentu (contohnya, triptan, MAOIs, SSRIs). Simptomnya termasuklah resah gelisah; kekeliruan; halusinasi; koma; demam; degupan jantung cepat atau tidak teratur; tangan menggeletar; peluh berlebihan; dan loya, muntah-muntah, cirit-birit. Hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai sebarang simptom berikut.

Adakah selamat untuk mengambil Clomipramine Hydrochloride semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan clomipramine HCL semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil clomipramine HCL. Clomipramine HCL adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Dilarang (Contraindicated)
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Clomipramine Hydrochloride?

Beberapa kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Mengantuk
  • Mulut kering
  • Sakit kepala
  • Marah
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Mimpi ngeri
  • Berpeluh
  • Keletihan
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Lemah
  • Turun atau bertambah berat badan

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mempunyai sebarang kesan sampingan yang teruk:

  • Reaksi alahan yang teruk (ruam, gatal-gatal, sukar bernafas, sesak dada, bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah)
  • Perubahan dalam keinginan hubungan kelamin
  • Sakit dada
  • Kekeliruan
  • Kurang keupayaan hubungan kelamin
  • Pengsan
  • Degupan jantung laju, lambat, atau tidak teratur
  • Demam
  • Pembilasan (Flushing)
  • Kerap atau sukar membuang air kecil
  • Tingkah laku impulsif atau perubahan luar biasa lain dalam tingkah laku
  • Perubahan mental atau mood (contohnya, kebimbangan meningkat, perubahan mood, hasutan, keresahan, ketakutan, kegelisahan)
  • Rasa kebas atau kesemutan pada kulit
  • Serangan panik
  • Bunyi dalam telinga
  • Sawan
  • Pening kepala yang teruk atau mengantuk
  • Sakit tekak
  • Keinginan atau perilaku membunuh diri
  • Bengkak buah zakar
  • Tangan terketar
  • Masalah tidur
  • Masalah berjalan atau menjaga keseimbangan
  • Sentak (Twitches) pada muka atau lidah
  • Pergerakan yang tidak terkawal atau kekejangan tangan dan kaki
  • Pendarahan luar biasa atau lebam
  • Kemurungan yang semakin teruk
  • Kekuningan pada kulit atau mata

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Clomipramine Hydrochloride?

Clomipramine HCL mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan maklumkan pada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Terutamanya jika anda mengambil:

  • Buspirone, cimetidine, fentanyl, Flecainide, haloperidol, litium, methylphenidate, phenothiazines (contohnya, chlorpromazine), Propafenone, quinidine, perencat terpilih serotonin reuptake (SSRIs) (contohnya, fluoxetine), serotonin-norepinephrine reuptake inhibitor ( SNRIs) (contohnya, duloxetine), Wort St John, tramadol,triptan (contohnya, sumatriptan), atau tryptophan, kerana mereka boleh meningkatkan risiko kesan sampingan clomipramine ini.
  • Linezolid atau MAOIs (contohnya, phenelzine), kerana risiko tekanan darah tinggi, masalah jantung yang serius (contohnya, denyutan jantung tidak teratur), atau sawan boleh meningkat.
  • Barbiturat (contohnya, phenobarbital) atau phenytoin, kerana mereka boleh mengurangkan keberkesanan clomipramine.
  • Antikolinergik (contohnya, benztropine), antikoagulan (contohnya, warfarin), carbamazepine, digoxin, atau sympathomimetics (contohnya, phenylephrine), kerana risiko kesan sampingan mereka boleh bertambah dengan clomipramine.
  • Clonidine, guanethidine, atau guanfacine, kerana keberkesanannya boleh menurun disebabkan clomipramine.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Clomipramine Hydrochloride?

Clomipramine HCL mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Clomipramine Hydrochloride?

Clomipramine HCL boleh bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini akan memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.

Keadaan kesihatan termasuk:

  • Sejarah penyalahgunaan alkohol
  • Sejarah tiroid hiperaktif
  • Sejarah masalah kelenjar adrenal
  • Glaukoma atau peningkatan tekanan mata
  • Masalah jantung
  • Masalah buah pinggang atau hati
  • Diabetes
  • Sawan
  • Masalah membuang air kecil
  • Porphyria (penyakit darah)
  • Masalah darah yang lain
  • Sejarah keinginan atau perilaku membunuh diri
  • Gangguan Bipolar
  • Gangguan mental lain
  • Terapi Electroshock

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Clomipramine Hydrochloride yang disyorkan untuk dewasa?

Kecelaruan obsesif kompulsif – dewasa

Dos yang disyorkan ialah 25 mg q.d (sekali sehari) pada mulanya.

Secara beransur-ansur tingkatkan kepada 100 mg / hari (dibahagikan mengikut waktu makan) selama 2 minggu. Boleh ditingkatkan kepada 250 mg / hari maksimum; boleh diberikan sebagai satu dos sahaja apabila badan sudah boleh menerima.

Kecelaruan obsesif kompulsif -geriatrik (orang tua);

Lebih baik dielakkan kerana kesan  antikolinergik kuat dan sedatif; boleh menyebabkan tekanan darah rendah ortostatik (kriteria Beers).

Pertimbangkan alternatif; jika perlu digunakan, mulakan dengan dos permulaan yang lebih rendah.

Dos yang disyorkan ialah 25 mg q sehari pada mulanya.

Tingkatkan kepada 100 mg / hari secara beransur-ansur (dibahagikan mengikut waktu makan) selama 2 minggu. Boleh ditingkatkan kepada 250 mg / hari maksimum; boleh diberikan sebagai satu dos sahaja apabila badan sudah boleh menerima.

Apakah dos Clomipramine Hydrochloride yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kecelaruan obsesif kompulsif

<10 tahun: Keselamatan dan keberkesanan tidak ditentukanubuhkan

≥10 tahun: Dos yang disyorkan ialah 25 mg PO qDay mulanya.

Secara beransur-ansur tingkatkan kepada maksimum 3 mg / kg / hari atau 100 mg / hari. Kemudian boleh ditingkatkan kepada maksimum 3 mg / kg / hari atau 200 mg / hari, boleh diberikan sebagai satu dos sahaja apabila badan sudah boleh menerima.

Apakah bentuk penyediaan Clomipramine Hydrochloride

Clomipramine HCL boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul 25mg clomipramine HCL
  • Clomipramine HCL 50mg kapsul
  • Clomipramine HCL kapsul 75mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos clomipramine HCL, sila ambilnya secepat yang mungkin. Walaubagaimanapun, jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas  dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus. Jika anda perlu mengambil 1 dos harian sebelum tidur, jangan ambil pada waktu pagi jika terlepas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.