Children's Allegra Allergy

Oleh

Nama AM: Children's Allegra Allergy Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Children’s Allegra Allergy?

Children’s Allegra Allergy® biasanya digunakan untuk merawat simptom alahan bermusim (demam disebabkan alahan), kulit gatal-gatal, dan geligata disebabkan oleh keadaan dipanggil idiopathic urticaria kronik pada kanak-kanak.

Children’s Allegra Allergy® boleh juga digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Children’s Allegra Allergy?

Guna seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang disyorkan oleh doktor. ,Jangan guna dalam kuantiti yang banyak atau kurang atau bagi tempoh yang lama daripada yang disyorkan.

Ambil tablet dengan segelas air. Jangan guna cecair lain.

Goncang ubat cecair dengan baik sebelum anda menyukat dos. Bagi memastikan dos tepat, sukat ubat dengan sudu penyukat bertanda atau cawan ubat, bukan dengan sudu biasa. Sekiranya anda tidak mempunyai alat penyukat dos, minta satu daripada ahli farmasi.

Untuk pengambilan tablet pengurai fexofenadine secara oral (Allegra ODT):

  • Simpan tablet dalam pek sehingga anda bersedia untuk mengambil ubat ini. Buka bungkusan dan koyakkan kertas kerajang di belakang pek tablet. Jangan tolak tablet melalui kerajang kerana itu akan merosakkan tablet.
  • Gunakan tangan yang kering untuk mengeluarkan tablet dan masukkan ke dalam mulut anda. Tablet akan mula larut.
  • Jangan telan; biarkan tablet larut di dalam mulut anda tanpa menguyah.
  • Telan beberapa kali semasa tablet sedang larut. Jika mahu, anda boleh minum cecair untuk bantu menelan tablet yang sudah larut.

Ambil tablet pengurai ketika perut kosong, sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan.

Beritahu doktor sekiranya simptom anda tidak bertambah baik, atau sekiranya simptom menjadi lebih teruk selepas anda mengambil fexofenadine. Jangan ambil dos berlebihan lebih dari yang disarankan.

Bagaimana saya menyimpan Children’s Allegra Allergy?

Children’s Allegra Allergy® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Children’s Allegra Allergy® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Children’s Allegra Allergy® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Children’s Allegra Allergy® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Children’s Allegra Allergy®?

Sebelum mengambil Children’s Allegra Allergy®, beritahu doktor jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Children’s Allegra Allergy® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan ambil fexofenadine dengan jus buah (seperti epal, oren, atau limau gedang)

Ambil tablet pengurai ketika perut kosong, sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan.

Mungkin terdapat ubat lain yang boleh menganggu fungsi fexofenadine. Beritahu doktor mengenai semua ubat yang anda guna. Ini termasuk ubat preskripsi, tanpa preskripsi, vitamin, dan produk-produk herba. Jangan mula ubat baru tanpa memberitahu doktor anda.

Hentikan penggunaan ubat ini dan dapatkan bantuan kecemasan jika anda rasa anda telah menggunakan terlalu banyak ubat, atau jika anda mempunyai mana-mana tanda reaksi alahan: geligata, susah bernafas, bengkak pada wajah, bibir, lidah, atau kerongkong anda.

Beritahu doktor sekiranya simptom anda tidak bertambah baik, atau sekiranya simptom tersebut menjadi lebih teruk selepas anda mengambilnya. Jangan guna lebih daripada dos yang disarankan.

Tablet dan kapsul fexofenadine boleh digunakan untuk merawat simptom alahan bermusim pada kanak-kanak yang berusia sekurang-kurangnya 6 tahun. Ubat cecair fexofenadine boleh digunakan pada kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun. Bagi merawat idiopathic urticaria kronik, cecair boleh digunakan pada kanak-kanak semuda usia 2 bulan.

Jangan beri ubat ini kepada kanak-kanak tanpa nasihat perubatan.

Adakah selamat untuk mengambil Children’s Allegra Allergy® semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Children’s Allegra Allergy® semasa hamil dan menyusukan bayi. Berunding dengan untuk mmgetahui manfaat dan risiko sebelum mengambil  Children’s Allegra Allergy®.  Children’s Allegra Allergy® termasuk dalam risiko hamil kategori C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Children’s Allegra Allergy®?

Dapatkan bantuan kecemasan sekiranya anda mengalami sebarang tanda reaksi alahan ini: geligata; susah bernafas; bengkak pada wajah, bibir, lidah, atau kerongkong anda.

Hentikan pengambilan fexofenadine dan hubungi doktor jika anda mengalami demam, sakit badan, batuk, atau simptom selsema lain.

Kesan-kesan sampingan yang kurang serius termasuk:

  • Mual, cirit birit, sakit perut
  • Kejang disebabkan haid
  • Mengantuk, rasa letih
  • Sakit kepala
  • Sakit otot atau belakang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Children’s Allegra Allergy®?

Children’s Allegra Allergy® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Ketoconazole (Nizoral)
  • Erythromycin (E.E.S., EryPed, Ery-Tab, Erythrocin, Pediazole)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Children’s Allegra Allergy®?

Children’s Allegra Allergy® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Rujuk doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Children’s Allegra Allergy®?

Children’s Allegra Allergy® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Rujuk doktor untuk maklumat lanjut.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik biasa untuk Rinitis Alahan

6 bulan hingga 2 tahun: 15 mg secara oral 2 kali sehari

2 tahun to 11 tahun: 30 mg secara oral 2 kali sehari

12 tahun dan ke atas: 180 mg secara oral sekali sehari ATAU 60 mg secara oral 2 kali sehari

Dos Pediatrik biasa untuk Urticaria

6 bulan hingga 2 tahun: 15 mg secara oral 2 kali sehari

2 tahun to 11 tahun: 30 mg secara oral 2 kali sehari

12 tahun dan ke atas: 180 mg secara oral sekali sehari ATAU 60 mg secara oral 2 kali sehari

Apakah bentuk penyediaan Children’s Allegra Allergy® ?

Children’s Allegra Allergy® boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Tablet
  • Kapsul

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi terus ke hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Children’s Allegra Allergy®  , sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018

Rujukan